FOLLOW ME

Sunday, July 4, 2010

WORLD CUP- GERMANY WILL CONQUER!

GERMANY (4) V. ARGENTINA (0)

"I lived through this in 1982 as a player. I was a boy and didn't realise. Today, I am 50 in October and mature and it is the toughest day of my life. This is like a kick in the face. I have no more energy for anything.'' -MARADONA


NEXT MATCH -GERMANY V. SPAIN. 7/7/2010

My Prediction:  David Villa begging for a penalty after the team beaten 0-1 at half time. Full time score : GERMANY :2 SPAIN 1.

DONT MISS IT!

Thursday, June 10, 2010

Family Day-Padang/Kota Tinggi



Salam semua,

Alhamdullilah jumpa lagi kita disini. Tak ada banyak event nak diceritakan walaupun hampir sebulan melesapkan diri dari dunia blog kerana dihimpit kesibukan hidupan harian. Alhamdulillah kesihatan masih sama seperti dulu, rezeki tuhan bagi pun alhamdulillah tak putus2, membolehkan saya dan keluarga serta staff2 pejabat dan keluarga masing2 menikmati kebebasan sementara, jauh dari kesibukan
dan kepeningan urusan pejabat untuk 3hari 2 malam di kota sumatera, Indonesia.

Family day kali ni kami berjalan jauh sikit, ke kota Padang dan Bukittinggi, tiket kapal terbang dan agen untuk ground dan diselesaikan awal2. Kali ni saya menggunakan khidmat Sanabil Holiday Sdn Bhd. Alhamdulillah sangat puas hati dengan pengurusan pihak syarikat tersebut dan semua perancangan seperti dalam itinerary berjalan dengan lancar. Paling penting, hotel "The Hills" yang teletak di puncak kotatinggi yang menjadi hotel penginapan kami sepanjang berada di indonesia sangat selesa dan makanan pun ok.

Alhamdulillah jugak sebab tak ada gempa bumi atau apa-apa kemalangan lain melanda sepanjang berada di sana. Cuma satu yang perlu diingat, lain kali kalau berhajat nak kesana lagi, kenalah bawak duit rupiah lebih sikit, sebab atmnya tak banyak. visa/master pun byk kedai yang tak guna, jadi bila tengok kain cantik2, telan air liur jelah. 

Alhamdullillah dan syukur pada tuhan atas kemurahan rezeki yang diberikan kepada kami. Ini adalah family day ke-4 selepas Genting, Langkawi dan Sunway. Semoga dimurahkan lagi rezeki kami dan semoga kegembiraan dan keceriaan ini berterusan untuk tahun2 yang akan datang. Amin.

Salam.

Tuesday, May 4, 2010

Selamat Hari Ibu, Mak.

Selamat Hari Ibu untuk Hjh Rafeah Binti Ismail. Tiada apa yang dapat dibandingkan dengan kesemua jasa-jasa mak dari melahirkan, membesarkan, mendidik, mendengar. menasihati dan semua perkara2 lain yang mak telah curahkan tanpa sebarang harga demi untuk membesarkan saya sebagaimana diri saya sekarang.

Sesungguhnya amat payah untuk membesarkan seorang anak sebagaimana yang saya lalui sekarang dengan cucu-cucu emak dan saya banyak mengeluh, namun semangat mak dalam membentuk diri saya selalu saya semaikan dan saya akan selalu berusaha untuk menjadi ibu yang baik kepada anak2 saya sebagaimana emak menjadi ibu kepada saya. Terima kasih emak. Hanya tuhan dapat membalas kesemua jasa emak pada saya. Semoga hari-hari emak dipenuhi dengan keceriaan dan barakah serta pahala yang menggunung untuk setiap peluh emak yang menitis kerana saya.  Selamat Hari Ibu, Mak.  I Love You. Always. Forever.

Letter to Mr Wenger.

Dear Mr Wenger.


As one of Arsenal's biggest fan, I think you should do the following (I demand you do the following!):-

1)To sell DIABY, DENILSON, ROSICKY, SAGNA AND EBOUE.
2)To replace MANNONE as 2nd goalkeeper. FABIANSKI SHOULD ONLY BE ALLOWED TO PLAY IN LADIES TEAM
3)DO NOT continue contract with Silvestre and Gallas.

Your attention to the above is highly appreciated. Thank you.

Wednesday, April 7, 2010

Arsenal says bye bye for now..see us next year

Barcelona 4 Arsenal 1- agg 6-3

No story to tell.. the dream is over. 

2 April 2010



Mungkin ramai yang masih terkejut, termasuklah saya, atas pemergian seorang pengacara radio kerana denggi berdarah. Arwah Din Beramboi yang dimasukkan ke hospital Selayang pada hari selasa kerana demam mulanya disyaki terkena jangkitan kencing tikus tetapi kemudian disahkan denggi.

Saya masih ingat pada hari Rabu pagi, ramai pendengar mendoakan supaya Pak Din cepat sembuh, termasuklah saya yang mendoakan kesihatan Pak Din walaupun suara saya tidak keudara tapi di dalam hati berharap semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Pagi itu terasa begitu sedih, suara Aznil Hj Nawawi juga serak dan sayu dgn ditemani pagi itu oleh D, Burn,Adi dan Rini.

Saya tidak pernah berjumpa dengan arwah Din Beramboi namun semenjak dia mengacarakan Riuh Pagi ERA dengan Aznil, terasa mereka berdua sungguh dekat dihati malah tutur kata arwah dan Paknil menjadi penyeri setiap pagi saya. Hilang stress dan mengantuk. Kalau gaduh sikit-sikit dalam kereta dengan suami sewaktu nak ke tmpt kerja, bukak radio dengar sawancara atau drama sebabak sure lepas tu jadi ok, mau taknya, suami akan ketawa terbahak2, hilang marah, hilang sedih.

Bila staff saya hantar sms hari Jumaat pagi bgtau Din Beramboi dah meninggal, terus saya bukak ERA dan sememangnya saya terkedu sebentar, Betulkah ini? Kenapa? Bagaimana? Namun realiti tetap menghentam saya pagi itu, terasa seperti kehilangan ahli keluarga, sedih saya tak dapat digambarkan pada suami, mungkin dia tak faham kenapa saya sungguh sedih, entahlah, saya sendiri pun tak faham kenapa saya sungguh sedih, tapi saya menangis dan menitiskan airmata, terngiang-ngiang suara Arwah di telinga saya.

Saya mendoakan semoga Allah membalas dengan pahala untuk semua tutur kata Arwah yang sentiasa menceriakan hidup saya, semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Sunday, January 10, 2010

Minggu pertama 2010

  • 1hb-Balik K.Trg menjenguk tokwan yang tak sihat, 2010=96 tahun juga hari ni Birthday Abang Ipar-Badrul Hisyam. Happy  Birthday Tehchang! Balik ke kemaman @4pm. Esok ke sekolah untuk daftar Najihah.
  • 2hb-di sekolah @ 9.00pagi. Bayar yuran pendaftaran RM64-80. Hari ni birthday Alang-Kakak saya yang ketiga, 2010=41 tahun..Happy Birthday Alang.. Sakit kepala dari petang dan tak kurang2 hingga malam. Kena prepare baju sekolah Najihah dan baju Adik untuk ke Taska, esok kena siap awal..first day ke sekolah.
  • 3hb- Hantar Najihah ke Sekolah kebangsaan Binjai- First Day at school. Alhamdulillah semua Ok. kul9.00 masih lagi disekolah-taklimat ibubapa. @10 di pejabat, fail bertimbun..mata rasa kabur dan kepala start berdenyut..
  • Sakit kepala lagi.. semakin teruk, lepas hantar Najihah mengaji di Tadika Raudhah decide nak rehat dirumah  tapi suami bgtau abg call dan inform ayah mertua masuk ward. Suspect mild stroke. Berkemas ala-kadar dan ambik anak-anak di Tadika terus menuju ke K.T.Alhamdulillah Ayah stabil, terlampau kurang gula dlm darah.
  • balik semula ke kemaman sbb esok Najihah kena ke sekolah, arrive@1 pagi. Letih.
  • 4hb- Hantar Najihah macam biasa 
  • Hari ni birthday kawan saya, Dr Rukini Hashim, antara ramai-ramai kawan, dia yang saya paling ingat, mungkin event pembuka setiap tahun baru..Happy 33rd Birthday Kin. 
  • @6pm suami bertolak ke K.T untuk jaga ayah waktu malam.Tinggal 3 beranak, sedikit takut sebab hujan lebat, esok semua kena bangun awal termasuk adik sbb adik pun kena ikut skali hantar kakak ke sekolah, abi tak ada.
  • 5hb-Hantar Najihah@7.15 am, dukung Nadhirah yang sungguh excited tengok budak2 pakai uniform. Mak telefon bagtau tokwan sakit lagi, semalam mak saudara & ceklong,cekngah dan teh (kakak2ku) semua datang rumah, pukul 3 pagi baru tokwan ok dan semua baru balik rumah masing-masing..Mintak mak inform kalau tokwan sakit semula. InsyaAllah weekend ni balik. Suami masih di KT. Maybe malam ni baru sampai rumah.
  • 6hb- Hari ni hari rabu, suami semalam kul 9 sampai, kesian dia keletihan..bgtau ayah dah ok cuma kerap nak buang air kecil, setiap sepuluh minit.. hari Khamis maybe kena jaga ayah waktu malam sbb abang yang duduk KL dah habis cuti..Sakit kepala datang lagi tapi tak teruk sebelum ni, dah makan panadol.. terpaksa telan sbb tak nak berlanjutan..kalau biarkan memang tido sepanjang hari la jawabnya..
  • 7hb- Hari ni suami ke K.T, @7pm mak telefon Pak Ya yang duduk dekat rumah baru meninggal sbb ada pendarahan dalam otak, kira anak beranak sebelah ayah, lepas tu mak telefon lagi bagitau anak Cikgu Mat (kawan ayah kat surau) baru meninggal..Innalillah.. sekejap saja dia dipinjamkan ke dunia, orangnya masih muda dan ada isteri serta anak kecik.. sedih...hidup ini hanya sementara..... Tokwan masih lagi kurang sihat.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Tokwan kerana dialah satu-satunya Tokwan saya yang masih bernafas di dunia ini..Amin..

Thursday, December 31, 2009

SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT TAHUN BARU

Salam,

Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Datang  2010. Semoga sahabat2 akan beroleh lebih kegembiraan, kesihatan yang lebih baik dari hari ini dan kebahagiaan yang tidak terhingga pada tahun mendatang. Selamat menunaikan azam walau apajua yang dicitakan, moga semuanya dimakbulkan Allah, InsyaAllah.

Wednesday, December 23, 2009

Malaysia Hari Ini

'Satu Malaysia' diperkenalkan. Perpaduan diutamakan. Adab sopan diterapkan... namun kadar jenayah tak juga kurang-kurang. Hari-hari baca newspaper mesti ada berita bunuh, rompak, rogol, curi dan bermacam-macam yang kalau dibandingkan 30 tahun dulu, SATU insiden sebegitu rupa mesti akan menjadi topik hangat satu negara, tapi sekarang seperti perkara biasa saja.

Kes Nurin Jazlin belum pun lagi pembunuhnya dapat ditangkap, tambah lagi dua orang budak yang sampai sekarang masih hilang- Sharlinie &Asmawi menyusul menjadi tajuk akhbar untuk seberapa seketika. Hari ini (22/12/09) mayat seorang lagi kanak-kanak ditemui di dalam kolam tadahan air di Semarak, K.L. Mayat itu ditemui dengan kesan leher dijerut dan dipercayai telah dirogol sebelum dicampakkan ke dalam kolam tadahan tersebut kerana mangsa telah ditemui dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Yang saya pelik tak ada pulak polis buat rondaan atau spotcheck dari rumah ke rumah untuk mencari suspek2 sedangkan lakaran dahpun ada, buat sekejap tak sampai sebulan, lepastu dgn polis2 lesap.. hantarlah polis untuk meronda di kawasan2 perumahan, buatlah sekatan jalan raya setiap masa! Saya rasa kerajaan perlu buat ini semua kerana ramai lagi anak2 kecil yang akan meningkat jadi dewasa.. bagaimana kalau hal ini berlaku pada kita, anak hilang tapi kuburnya dimana... sedih....nauzibillah...

Semoga pemerintah negara tidak hanya mengejar kemajuan tapi dapat memberikan perlindungan yang secukupnya kepada rakyat yang mahukan keamanan dan bebas dari ketakutan sosial dan jenayah.. semoga janji yang diberikan tidak hanya menjadi agenda kepentingan politik sendiri tetapi dileraikan dengan kesungguhan melalui perbuatan..tolonglah!!!





UTUSAN MALAYSIA-KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini. Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini. Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.




Renung-renungkanlah.
-Salam-

Monday, December 14, 2009

Ikhtiar

Rasanya dah 3 minggu sakit telinga saya ni datang semula, makin lama makin kuat bunyi dengung bunyi sabdu mcm2 bunyi la dlm telinga tu.. dah pergi klinik tapi dr kata tak berani nak usik sbb bekas operate. Dr kata tumbuh balik apa kebenda namanya benda tu (tak ingat) kat dalam telinga tapi jauh ke dalam. Dr suggest saya pergi jumpa pakar semula. ish saya pikir kalau jumpa pakar maknanya nak kena operate balikla for 2nd time sbb dulu lepas diberi tarikh untuk 2nd operation terus saya menghilangkan diri.. tak mau dah rasanya nak masuk OT lagi..

Last week balik kg ambik batang pokok sumbo keling- huduh bunyi tapi banyak khasiat, asah dengan kemeyan dan titik kan dalam telinga, alhamdulillah berdenyut dah hilang tapi bunyi dengung dan sewaktu dengannya masih maintain.. so semalam ada kawan suggest utk pergi try ngan makcik ni yg duduk lebih kurang setengah jam dari bandar Chukai, saya kata ok, ikhtiar je lah.

So dalam kul 11 pagi tadi saya dgn suami pergi rumah makcik tu, disuruh bawak telur ayam kampung dan air mineral untuk dibuat air tawar. Orangnya muda lagi, dalam umur 45++ gitu, saya disuruh baring, telur ayam digosok2 sekeliling telinga dan bawah bahagian tengkuk + mulutnya membaca ayat2 yg saya tak berapa jelas ayat apa, maklumla sound trouble. :-).. dalam lebih kurang 40 minit, dia suruh saya bau telur tu, uishhh busuk giler..bau macam nanah dan telur tu pun rasanya panas, dia kata guna telur untuk sedut penyakit tu dan masukkan dalam telur tu, lepas tu dia pesan untuk saya lumurkan bedak sejuk dengan air daun setawar sekeliling telinga sebab urat kat bahagian belakang telinga bengkak.

Kata hati saya, harap2 cara ni boleh sembuhkan penyakit saya ni, kalau sembuh alhamdulillah, kalau tak, cuba lagi kat lain, maybe lepas ni nak ke Hospital Tong Shin kat Pudu, atau maybe ke Kota Bharu..kena usaha sikit.. semua yg berlaku kuasa Allah dan izinNya, perlu berusaha, berikhtiar dan bertawakkla.. InsyaAllah saya akan ok...