FOLLOW ME

Sunday, April 17, 2011

Berdoalah! Allah Maha Mendengar.



Kita beranggapan jika apa yang kita doakan tidak diperolehi dengan kadar yang cepat, maka doa kita tidak dimakbulkan. Hari ini kita berdoa dengan harapan permohonan kita diterima tanpa kelewatan, alangkah angkuhnya kita dengan tuhan.

Kita perlu ingat bahawa doa kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.  Cuma cepat atau lambat yang membezakannya. Jika tidak diperolehi ketika hayat di dunia, Allah pasti telah menyimpan doa tersebut untuk kita di akhirat kelak. Malahan jika doa kita di dunia tidak diperkenankan adalah mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan kepada kita jika dimustajabkan. Jika diberikan, mungkin kita akan hanyut dengan limpahanNya atau mungkin mendapat kerugian dalam kehidupan di dunia atau akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

Berdoa adalah satu ibadat. Lihatlah! Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Walaupun pada dasarnya kita pasti berdoa untuk keperluan diri kita sendiri namun Allah mengurniakan pahala kepada orang yang berdoa tersebut kerana orang-orang yang berdoa itu pasti akan tunduk dengan penuh khusyu’ dan keikhlasan. Sabda Nabi : Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Maka rugilah kita jika tidak berdoa kepadaNya sedangkan doa itu pasti mendatangkan suatu imbuhan atau pulangan kepada kita atas apa yang diminta dan dengan keuntungan berganda apabila diberikan pahala pula untuk setiap doa yang dipohon.

Firman Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Kita bolah berdoa dimana-mana dan pada bila-bila masa namun kita amatlah digalakkan untuk berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam kerana di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi: Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Akhir kalam,semoga kawan-kawan saya yang membaca entri ini tidak putus-putus memanjatkan doa dengan penuh khusyu’ dan keikhlasan diiringi keinsafan kepada Allah swt kerana ianya adalah suatu ibadah sebagaimana dari Riwayat at-Tirmizi disahihkan oleh al-Albani Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.

Semoga doa-doa kalian dimakbulkan tuhan. insyaAllah.

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

-Terima kasih pada tulisan Dr Maza yang memberi saya idea pada coretan ini.-

-Wassalam-

Monday, April 11, 2011

Cahaya - Giegiel

Hari ni saya nak kongsi satu lagu kegemaran saya masa awal tahun 2001-2002,dah lama sangat saya mencari lagu ni, tak jumpa sebab tak ingat sapa yang nyanyi, semalam barulah diketemukan semula melalui searching kumpulan rock 90-an, akhirnya jumpalah apa yang dinanti, macam jejak kasihlah. :-)


Lagu ni bukan lagu cintan, bila dengar memberikan keinsafan dan rasa sayu dalam hati saya. Saya suka dengar lagu ni sebab musiknya tak heavy tapi taklah sampai tangkap leleh, rentak boleh dikatakan slow rock lah. Bila dengar lagu ni, teringat zaman-zaman bergayut dengan boyfriend dulu sbb lagu ini merupakan teman setia setiap malam sementara menunggu boyfriend telefon. Dulu statusnya boyfriendlah, sekarang dah jadi suami :-)

Sayangnya kumpulan ni dah tak tahu kemana, lagu sedap mungkin kurang promosi dan akhirnya kumpulan pun berkubur. Apa-apapun, have fun all!.

klik disini untuk lihat:

Cahaya - Giegiel

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri
Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi
Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu


*For my Hubby, thanks for the sweet memories. Love you then, now, forever till death do us part. InsyaAllah. Awwwwww.. romantiknya saya!!

11/4/2011- Banjir di Hulu Terengganu

11/4/2011-TERKINI

HULU TERENGGANU -  Hujan lebat terus menerus sejak pagi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu dinaiki air. Sehingga jam 6 petang, seramai 255 mangsa banjir telah dipindahkan ke empat pusat bantuan banjir.

Beberapa batang jalan di daerah tersebut ditutup untuk semua lalu lintas selepas air banjir meningkat menjadi antara 0,5 dan 1,3 meter. Jalan-jalan terlibat:

1-Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih,
2-Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk
3-Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping.

rujukan: http://buletinonline.net

Sunday, April 10, 2011

09/04/11-Hujan di Kemaman

Remaja-remaja sekarang sibuk nak pergi putrajaya tengok hujan (RAIN) yang datang buat show disana, saya tak perlu susah, hujan datang pada saya di kemaman. :-)

Semalam start dari jam 1600 sampailah ke pagi ni hujan tak berhenti-henti di Kemaman, tengok belakang rumah air dah banyak mengisi lopak-lopak kecil dan longkang, tengok rumah jiran sebelah wah dah macam mini swimming pool gitu.

Sekarang hujan tak menentu, macam lagu Hujan sendirilah..(ni HUJAN dari Malaysia, bukan hujan (RAIN) dari Korea) ala tajuk lagu apa tu, lupalah,..bunyi dia mcm gini .. "pagi yang gelap kini sudah cerah, aku adikmu lalalalala."..  semalam pun jemur kain pukul 1000 pukul 1100 langit dah mendung, aikkk,, kusangka panas hingga ke petang rupanya nak hujan ditengahari? tapi kemudian langit kembali cerah. Alhamdulillah sempatlah kain jemuran kering, kalau tak jadilah macam cerita Pendekar Bujang Lapok, "Angkat Hujan, Jemuran dah Turun.." hahahaha, ayat terbalik tuu! dengar 10x pun masih blh gelak lagi.

Suami saya semalam seharian dia di K.Trg,dia sms saya bagitau hujan lebat di K.Trg, macam nak banjir semula. Kesian orang-orang yang duduk di tempat yang mudah kena banjir mcm rumah abang ipar saya di belakang Bangunan Yayasan Islam, hari tu dalam seminggu 2 kali kena banjir kilat. Ishh.. memang tak larat!

Anak-anak saya pula semalam mengeluh bosan duduk rumah so memandangkan cuaca taklah mcm nak hujan, saya bawa anak-anak basuh kereta di Geliga dalam jam 1400 lebih kurang, murah dan cepat, masuk mesin!RM5- 2 minit dah siap. Tapi lepas keluar dari kedai cuci kereta tu, rintik-rintik hujan mula menitik atas cermin, aikk.. dah hujan da? langit cerah je nih.. memang confuse sungguh dengan cuaca. Gelap tak semestinya hujan, cerah tak semestinya tak turun hujan! Tapi tak boleh nak kata apalah, itu semua kehendak dan kuasa Allah swt, kena terima dengan syukur, hujan itukan rahmat!

Masa saya mengetuk keyboard ni, Alhamdulillah cuaca dah cerah, dah nampak cik matahari tapi taklah bersinar hebat masih tersipu-sipu bersembunyi di balik awan, harap-harap Allah benarkan cik matahari bekerja sampai ke petang, Amin.

Tuesday, April 5, 2011

Kisah Anwar Ibrahim jadikanlah tauladan

Gempar lagi seawal tahun 2011 ni bila ada orang mendedahkan rakaman seks yang didakwa dilakukan oleh DSAI. Maka orang mulalah menggeledah youtube kot-kot manalah tahu ada manusia yang sudi upload video tersebut, maka bolehlah cuci mata sekaki.

Saya bukannya penyokong DSAI, mahupun PAS atau UMNO. DAP atau GERAKAN memang sah-sahlah bukan. Saya berpegang kepada prinsip 'pilih orang yang layak jadi pemimpin'. Kalau dah cakap tak serupa bikin,kata sana, keji sini, saya rasa tak sesuailah orang itu nak memimpin saya. Seorang pemimpin perlu seorang yang beragama dan bagi saya tidak mencukupi setakat label 'islam' di kad pengenalan dan masih melakukan perkara-perkara haram yang dia lupa bahawa kemudian hari pasti akan terkena pada batang hidungnya sendiri.

Inilah yang sebenarnya pandangan saya pada DSAI. Saya tidak mengiakan apa yang dipertuduhkan  kepada beliau namun tidak juga menafikan sepenuhnya kerana kalau x angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Dua kali tuduhan sodomy dikenakan ke atas beliau dan kini ditambah lagi dengan rakaman seks yang dikatakan beliau adalah orang yang dirakamkan. Saya kurang bersetuju dengan perbuatan doa selamat untuk DSAI yang dibuat oleh pihak yang x perlu dimaklumkan disini kerana DSAI bukanlah nabi yang ma'sum dan beliau juga adalah orang yang bernafsu, biarlah beliau berdoa untuk keselamatannya sendiri.


Saya berpendapat bahawa pihak yang rapat harus menasihatkan DSAI supaya mengundurkan diri buat sementara waktu bagi menunggu kes beliau selesai kerana jika beliau terus menafikan secara 'bare denial' maka banyak lagi benda-benda lain yang mungkin akan dikeluarkan bagi menjatuhkan airmuka beliau dan juga keluarganya. Buatlah by elections semula, kalau dah kawasan tu kawasan dia, kerusi tak akan kemana,dapat pun bukan pd orang lain, isteri juga!

Pendapat peribadi saya lagi, pemimpin perlu prihatin pada masalah rakyat dan bukan rakyat yang kena selesaikan masalah Pemimpin, kes DSAI ini perlu dijadikan iktibar oleh setiap individu yang ingin dan bercadang nak jadi pemimpin, tak kisahlah, pilihanraya sekarang ke, sepuluh tahun lagi ke, kalau rasa nak buat benda yang tidak bermoral ingatlah apa yang berlaku pada DSAI, kalau rasa orang tak nampak, kiri kanan bahu kita nampak, tuhan pun nampak!.

Nak Tangan Lebih lembut?

Wahwah, ada orang mengajar saya petua untuk dapatkan tangan yang lebih lembut. Katanya ambil sebiji bawang merah, kupas kulit, tumbuk dan kemudian sapukan pada tapak tangan. Tak tahulah menjadi ke tidak sebab tak pernah sempat mencuba, bila kupas bawang, tumbuk bawang dan masukkan dalam kuali, goreng-goreng dan masukkan nasi. Boleh makan, perut pun kenyang.! Tak apalah, orang bagi pertua, kita kena kongsi, so sesapa yang nak mencuba, sila-silalah. Kemudian kongsi-kongsilah kesannya.

Tangan sapalah ni.. hahahaha.

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah selama +-2 minggu kami sekeluarga menjadi tetamu Allah. Kenangan amat banyak,alhamdulillah semuanya kenangan manis belaka. 

First time dapat merasa cuaca sejuk di Madinah dan first time dapat tawaf di dalam hujan yang mencurah-curah. Alhamdulillah Najihah dapat melakukan tawaf secara sendiri, setiap pusingan asyik bertanya tinggal berapa lagi, adik kena ayahnya yang dukung memandangkan kami x dibenarkan bawa masuk stroller dalam masjid. Alhamdulillah tuhan berikan kekuatan pada suami saya untuk mendukung adik sepanjang tawaf dan separuh dari sai'e sbb lepas tu kami suruh Pak Arab tolak Najihah dalam wheelchair skali ngan adik sbb Najihah dan keletihan dan tak larat lagi nak berjalan. 80 riyal untuk 4 pusingan. Tak apalah, halal!halal! :-)


Walaupun masa balik ada sedikit kekalutan di airport memandangkan mutawwif kami baru dan masih muda, tapi alhamdulillah dpt diselesaikan dgn baik, cuma terkilan nasi yg dibekalkan oleh mutawwif x sempat diambil kerana dah kena check in dan pada masa tu nasi belum lagi tiba. Sedih lihat Tokki (ayah saya) minta sikit nasi dengan jemaah lain untuk Nadhirah yang menangis-nangis nak nasi sbb dari tengahari blm makan, tapi hati budi masing-masing kita tak kenal, tokki menitis air mata sbb jemaah yg diminta sedikit nasinya tu enggan memberikan pada adik. Takpalah, bukan rezeki. Alhamdulillah kami jumpa restoran dan dapatlah adik makan nasi sepuasnya! Itulah antara dugaan Allah pada kami, kena banyak bersabar dan berdoa.




Bila balik tak sampai 3 hari dah mula rindu pada Masjidil Haram dan saya dah mula surfing blog rakan yang tinggal di sana dan sentiasa update keadaan di sana. InsyaAllah jika ada rezeki dan dijemput olehNya, kami akan datang lagi! Gambar x sempat lg nak upload, maybe next timelah. :-)


Wassalam.



Thursday, March 10, 2011

Doakan semoga kami selamat pergi dan kembali

Salam semua, alhamdulillah kali ini kami sekeluraga diberi peluang lagi olehNya untuk berkunjung ke Mekkah dan Madinah. InsyaAllah saya, suami, anak-anak dan mak serta ayah akan bertolak pada 13.3.2011 selama 12hari. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan mendapat umrah yang mabrur. 

Pohon maaf pada rakan-rakan yang berkunjung ke Tokkapor jika ada terkasar bahasa dan mengguris hati. 

Salam semua.
-tokkapor-

Sunday, March 6, 2011

Lamanya!!!!

Assalamualaikum,

Wow, lamanya tak mengetuk keyboard, tak tahulah apa sebab, mungkin x berapa banyak masa terluang, malas pun ada. x banyak mana pun perubahan selama saya menyepikan diri (chewahhh!).

4 hari lepas birthday saya ke-34, alhamdulillah adalah kek tanda ingatan, tapi tahun ni tak ada hadiah dari suami, tak apalah, ucapan ikhlas seribu kali bermakna dari hadiah yang dipaksa-paksa. (i think so).. hahaha

Minggu depan InsyaAllah akan menunaikan umrah 12 hari, alhamdulillah dijemput lagi olehNya, kali ini bersama suami, anak-anak dan mak ayah saya, semoga semuanya berjalan lancar. Mungkin inilah hadiah birthday paling bermakna untuk saya sepanjang hidup dibumiNya ini.

Minta juga doakan semoga saya sekeluarga selamat pergi dan kembali dan semoga mendapat umrah yang mabrur.

Oh ya satu lagi (mana boleh tinggal pasal dia ni.... hehehe), lusa ARSENAL akan jumpa Barcelona di nou camp, baru ni menang 2-1 @ emirates, harap boleh menang, sapa tahu!! hari sabtu nak jumpa setan merah pulak kat old trafford utk 5th round FA, fuhhh dahsyat jugak schedule, takpa... Gunners never dive, Gunners will strive!

Love,
tokkapor.

Sunday, August 22, 2010

ARSENAL ~MATCH 2~ V. BLACKPOOL

Premier League
Emirates Stadium,  Saturday, August 21: 1400 GMT 
Att : 60,032
Ref : Michael Jones


Result : Arsenal 6 - Blackpool 0 
(MUAHAHAHAHAHAHA!!!!  i LOIKEEEE!~ )


Theo Walcott (12)
Andrei Arshavin (pen 32)
Theo Walcott (39)
Abou Diaby (49)
Theo Walcott (58)
Marouane Chamakh (83)