FOLLOW ME

Wednesday, July 13, 2011

More on Gunners!!!!


Wow, it has been ages since i write about Arsenal. Final weeks for last season, watching  Arsenal slipped and landed at fourth made me sick watching or writes on Arsenal. Anyway, but once a gunner always will, so here I am writing about Arsenal again. :-)


The latest news on Cesc is that he will proceed for Barcelona, despite few keeps urging him to stay. My opinion- I dont think he will stay. to Fabregas, you should go girl! Arsenal have put their eyes on Italian international midfielder, Riccardo Montolivo, as a replace should fabregas leave the club this season.

Mr Wenger also has made decision to turn down any offer for the France midfielder Samir Nasri even though he is the final year of his contract. No Man Utd or Chelsea for Nasri this year.

Jack Wilshere has signed new contract that will keep him untul 2015. This is really good news!

Others are still loyal with the club, except Clichy who is now officially Man. City member and the not-so-brilliant- goalkeeper Mr lehmann who will move this season, rumor says to schalke and also Almunia and Bendtner. You know what??... I dont care! in fact, Denilson and Diaby should also be on the list.

Arsenal become a giant not in one day, we fall sometimes but we will stand again.

Stop for now. Will write again once the good news coming in.

Sunday, July 3, 2011

BERSIH 2.0 Wajarkah?



Ini adalah pendapat peribadi saya. Idea BERSIH 2.0 dipengerusikan oleh seorang peguam besar yang saya hormati dan ahli-ahli jawatankuasanya adalah juga professional di dalam bidang yang sama seperti saya namun tidak semestinya saya bersetuju dengan idea mereka.

 Let it be the non muslim to do what they desire, seorang Islam harus melihat kepada tuntutan agama sebelum bertindak. Itu yang membezakan mereka dengan kita.

Dari Alqamah bin Wail Al Khadhrami dari ayahnya dia berkata, Salamah bin Yazid Al Jufy bertanya kepada Rasulullah s.a.w:


Wahai Nabi Allah apa pendapat kamu tentang seorang pemimpin yang menuntut hak-haknya, sedangkan mereka tidak mau memberikan hak-hak kami, apakah yang kamu perintahkan? Maka Nabi berpaling darinya. Kemudian orang tadi bertanya lagi dan Rasul pun berpaling lagi sampai berulang dua atau tiga kali, maka orang tersebut ditarik oleh Asyats bin Qais, maka Nabi s.a.w pun akhirnya menjawab, Dengar dan taatlah kamu kepada mereka, kewajiban mereka adalah apa yang telah dibebankan kepada mereka (untuk berbuat adil), dan kewajiban bagi kamu adalah apa yang dibebankan kepadamu (taat dan patuh kepada pemerintah). (HR. Al Imam Muslim dalam Shahihnya (3/1374), dan Al Imam Nawawi mengkhususkan bab tersendiri tentang hal ini iaitu Bab tentang taat kepada para pemimpin meskipun mereka merampas hak-hak kita.



Saya percaya ada sebilangan dari kita umat islam terikut-ikut dengan keseronokkan berhimpun beramai-ramai, berjalan sambil berpimpin tangan sambil membawa sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan, namun adakah itu memberikan kita pahala yang besar untuk dijadikan bekalan di alam yang kekal?  Saya tidak setuju....dan saya malu jika melihat ada antara umat islam giat aktif memperjuangkan perhimpunan itu.

Bukan itu yang sepatutnya kita lakukan, anjurkanlah majlis ilmu untuk kita melontarkan persoalan yang membeku di dalam benak kepada pihak kerajaan, nescaya jawapan yang diberikan dapat menjawab persoalan yang diutarakan, biarpun jawapan itu menjadi tidak logik jika kita fikirkan namun ramai lagi otak yang mendengar yang dapat memikirkan mana satu kebenaran.... itulah yang sebenarnya patut dilakukan.

Jika dikatakan pilihanraya kita tidak bersih dan disaluti penipuan, sebagai seorang peguam yang bijaksana tidak seharusnya menganjurkan perarakan untuk bantahan namun harus di derafkan satu memorandum kepada parlimen untuk dibincangkan, bukankah kita ini orang yang bijak pandai di dalam undang-undang, dan bukannya tidak ada peguam yang menjadi MP di dalam dewan dimana isu-isu sedemikian boleh diutarakan untuk dibincang?

Berikan jalan penyelesaian contohnya pengiraan undi tidak perlu dibawa ke pusat pengiraan melainkan selepas tamat waktu membuang undi, peti undi terus dibuka disitu dan dikira oleh pegawai-pegawai SPR  dengan bersaksikan mata-mata calon yang berkepentingan dan terus diumumkan di kaca TV, bukankah itu solusi yang lebih bijak daripada berhimpun dan berarak kemudian ditangkap dan di gari dan dimasukkan ke lokap? Fikirkanlah...

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

BERSIH 2.0- "Bersama Kita Tumbangkan kerajaan Sekarang"- Woww... tengok tagline di gambar atas tu pun sudah cukup menakutkan. Wajarkah seorang yang mengaku dirinya Islam menyokong kehendak sedemikian ???  Tolong!!!!! Fikirlah!!!!!


Monday, June 27, 2011

Bila Akal Mati




Solat esok pun takpa aku belum mati
kalau malas esok, lusa kan ada lagi
bila akal mati.

Aku tipu bukan selalu,
aku makan benda haram pun itu badan aku
bila tua aku taubatlah
masa muda bagilah aku puaskan hati dulu
kalau aku nak judipun itu masalah aku
nanti aku taubatlah (itupun kalau aku sempatlah sebelum mati)
bila akal mati

Oh, kesiannya pada manusia yang berakal
bernyawa namun tiada makna,
erti hidup adalah untuk durjana
bukan untuk mencari bekalan pahala
Oh kesiannya pada manusia yang diberikan nyawa
setiap nafas dia setia menambah dosa

Ya Allah, kau dengarlah doaku
Kau berilah petunjukMu padaku

hidupkanlah akalku untuk membuat kebaikan
jauhkan aku dari berfikir untuk kejahatan
sentiasakanlah aku mencari kepada ketenangan dan keredhaanMu wahai Tuhan
jangan matikan akalku untuk sentiasa berfikir
mencari pahala di duniaMu yang sementara
jangan jadikan aku seperti mereka yang diberikan akal
namun akal mereka mati, tiada makna untuk kebahagian abadi
kerana akal mereka sudah tidak berfungsi.


Amin.

Wednesday, June 22, 2011

perlukah kita menggantikan solat akibat uzur syarie?



Saya bukan ustazah jauh sekali seorang yang pakar dalam hal-hal agama, namun saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana harap apa yang saya perolehi ini dapat dimanfaatkan oleh kawan-kawan wanita saya yang lain.

Suami saya 2 hari lepas bertanya kepada saya, "emm sayang (saya tambah2lah sikit supaya bunyi romantik gitu..) hahaha, abang dengar perempuan yang tak sembahyang sbb uzur haid kena ganti sembahyang yang dia tinggal. "Hah??" saya terpegun, mak aiiii, mmg confirm saya tak tahu hal ini dan memang tak pernah diberitahu oleh ustazah bahawa wanita yang didatangi uzur perlu gantikan solat mereka. Saya jawab "ya ke??? kalau ganti puasa ya lah."

Maka saya cuba mendapatkan jawapan yang sahih  yang diputuskan berdasarkan asas yang kuat dan saya telah mendapat jawapan disini yang mana menyatakan seperti berikut:-

"jika seorang wanita bersih dari haid atau nifas pada waktu Asar maka ia wajib menunaikan dengan solat Zohornya sekali menurut pendapat ulama' yang paling sahih. Ini kerana waktu kedua-dua salat itu boleh dihimpunkan keatasi haknya kepadah orang yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan musafir. (Pada waktu itu) wanita tersebut juga boleh dikategorikan sebagai orang yang sedang uzur yakni dengan sebab waktu bersihnya jatuh pada akhir waktu. Demikian juga jika wanita tersebut bersih pada waktu Isya', maka hendaklah dia menunaikan solat Maghribnya sekali. Perkara sedemikian ini juga seperti mana yang telah difatwakan oleh kebanyakan dari kalangan sahabat.
Maknanya, saya perlu qada' solat maghrib pada hari tersebut jika sekiranya saya telah suci pada waktu isya' atau juga saya hendaklah qada' solat zuhur jika saya telah suci pada waktu asar pada hari tersebut dan bukanlah saya perlu menggatikan keseluruhan waktu-waktu solat sepanjang hari-hari saya di datangi haid.

Alhamdulillah saya juga telah mendapatkan jawapan dimana saya hendaklah menqada'kan solat jika sekiranya saya memasuki waktu solat itu di dalam keadaan suci namun sebelum sempat saya menunaikan solat saya telah didatangi haid, maka saya hendaklah menggantikan  solat yang saya tidak sempat tunaikan pada waktu tersebut setelah saya suci kelak. Terima kasih kepada tuanpunya blog ini.

Syukur pada Allah kerana memudahkan saya mendapat jawapan yang dicari. Pengetahuan ini adalah baru bagi saya dan insyaAllah saya akan praktiikan sebaik saya mengetahui.


Timbul pula isu berkenaan perlukah qadha' solat yang sebelum ini tidak dilakukan kerana tidak mengetahui hal demikian? Maka jawapan yang saya perolehi adalah sebagaimana berikut:-

Ada dikalangan pendapat yang mengatakan perlu solat tersebut di Qadha'. Akan tetapi, jika solat yang masih baru ditinggalkan, bolehlah diqadha' , jika sebaliknya (solat yang lama ditinggalkan), memadai dengan bertaubat dan memperbanyakkan solat-solat sunnat. Ini adalah pandangan yang dipilih oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. Kata beliau :-


وتارك الصلاة عمدا لا يشرع له قضاؤها ، ولا تصح منه ، بل يكثر من التطوع ، وهو قول طائفة من السلف .

"Dan meninggalkan solat dengan sengaja tidak di syara'kan mengqadha'nya, (jika ia melakukan solat qadha' tersebut) tidak sah baginya, bahkan hendaklah perbanyakkan melakukan solat sunat, itu adalah pandangan kumpulan dikalangan salaf" - [Al-Ikhtiyaaraat, ms 34].

Diantara ulama' semasa yang cenderung kepada pendapat ini ialah bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh. WA.

Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Terima kasih pada kemajuan teknologi yang boleh memberikan kita ilmu di hujung jari. Antara malas dan rajin sahaja yang menjadi pemisah untuk mencari jawapan kepada kekaburan. Semoga ilmu yang saya perolehi ini menjadi info yang berguna untuk semua. Wassalam.



Tuesday, June 14, 2011

Terengganu cuti 2 dlm 1

Alhamdulillah, semalam Pak Mat MB Terengganu dah umumkan cuti satu hari untuk semua rakyat Terengganu pada 19.6.2011 (Ahad) atas kemenangan Final Piala FA dan juara keseluruhan SUKMA 2011. Oklah dapat cuti cuma tak sesporting TGNAziz yang awal-awal dah beri cuti peristiwa walaupun tak menang Bola dan Sukma. Saya punyalah berangan ingatkan cuti 3 hari, ye lah, cuti masuk final piala FA, cuti menang piala FA dan cuti SUKMA. hahaha,kiranya hampehla angan2 saya.

Harap-harap MB  Trg dapat buat pertimbangan awal kalaulah Trg masuk final lagi untuk piala Malaysia, jangan buat rakyat seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Nak cuti free satu hari pun siksa! Ye lah, untuk kepentingan politik di Trg juga kan, MB baik, rakyat gembira, Ke guane?

Untuk semua rakyat Teregganu:-






Jangan lupa hari isnin masuk kerja, cuti satu hari saja ya!!:-)



Monday, June 13, 2011

Penyu Dok Nangih Doh


Alhamdulillah, tahun ni piala FA kembali ke Trg selepas kali terakhir pada tahun 2000. Hari Jumaat nampak banyak kereta sekitar Kuala Teregganu pasang bendera hitam putih ready untuk berkonvoi ke Stadium Bukit Jalil. Ada siaran langsung di TV1 dan Astro Arena, tapi memang tak samalah feel menonton secara live di stadium. Last saya ke stadium sewaktu Trg kalah dgn Perak final Piala Malaysia, masa tu masih lagi student dan berkonvoi dengan geng-geng Ganung dari UKM ke Bukit Jalil. Masa kalah kami cepat-cepat keluar sebab takut ada rusuhan.

Apa-apapun, tahniah pada pasukan penyu kerana tak cepat putus asa, ala-ala team Arsenal gitu walaupun Arsenal dah 6 tahun berputih mata, satu cup pun tak ada, haprak sikit la. Tak apa, season baru akan datang ni Arsenal akan ikut team Ganung menang cup, carling pun jadiklah, dan Ganung insyaAllah akan main final piala Malaysia pulak (lawan T-Team?), siapa tahu kan sbb semua Allah yang menentukan.

Tahniah juga pada Mohd Mazuki Yusoff sebab jadi Man of the Match. Semua kira bestlah malam final tu!


Wassalam.

Monday, May 30, 2011

Hadis berkenaan tenang dalam solat


Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solatmu kembali kerana kamu belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solatmu kembali, kerana kamu belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian.
Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutuskan mu dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu kerana itu ajarkanlah kepada ku."
Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."
-Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0435-

Sunday, May 29, 2011

Hadis berkenaan anak perempuan


Diriwayatkan dari Aisyah ra.:
Seorang ibu bersama dua orang anak perempuannya menemuiku untuk meminta (sedekah), namun tiada apa padaku kecuali sebiji kurma yang kuberikan kepadanya dan ia membahagikan kepada anak-anaknya, sedangkan ia sendiri tidak memakannya, setelah itu ia pun bangun dan pergi. Kemudian Nabi Muhammad Saw menemuiku dan kuberitahukan kejadian itu kepadanya. Nabi Muhammad Saw bersabda, “siapa pun yang diuji dengan anak-anak perempuannya dan ia menyenangkan mereka dengan kebajikan maka anak-anak perempuannya akan menjadi perisai mereka dari api neraka”.
 -Sahih Bukhari-

Shamril Salleh

Alhamdulillah Allah sememangnya amat menyayangi seorang insan yang amat bertuah ini, diberikan hidayah untuk berubah kepada yang lebih baik. Dikenali sebagai Sham Kamikaze kerana menubuhkan satu kumpulan rock yang diberi nama Kamikaze pada penghujung tahun 1999. Populariti Sham Kamikaze tak perlu diceritakan kerana sememangnya amat terkenal sebagai seorang penggubah muzik, komposer dan pemain gitar Malaysia yang sama keglamourannya seperti Man Kidal.

Namun hari ini bukan itu yang saya ingin ceritakan namun tentang bertapa besarnya kekuasaan tuhan, mengubah manusia hanya sekerdip mata, dulu bersubang, bergelang, berantai, berpakaian metal, bila kita celik yang nampak hanya yang nampak satu paras yang amat jernih airmukanya. Subhanallah.





“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).



Semoga perubahan ini berterusan dan berkekalan di dalam diri Sham dan semoga Allah terus memberikan rahmatnya kepada dia dan kita semua. InsyaAllah.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu. Terima kasih mak.

Hari ini adalah hari istimewa kerana setiap tahun hari Ahad minggu kedua bulan Mei diisytiharkan sebagai Hari Ibu. Sebenarnya tidak perlu ditunggu pada hari ini kerana setiap ibu perlu disanjung dan diingat setiap hari. Namun bila adanya hari yang telah dikhaskan untuk setiap ibu dengan pelbagai iklan dan rancangan yang disiarkan sempena sambutannya maka ia adalah satu peringatan yang baik untuk anak-anak yang lupa akan wujudnya jasa insan yang bernama ibu.

Ibu saya hanya seorang yang bersekolah setakat darjah 2, tidak pandai membaca rumi namun boleh menulis dan membaca jawi dengan baik. Namun biasalah tatabahasa jawinya tidaklah sebaik orang-orang lain yang mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding mak saya. Teringat saya pernah sekali mak menyuruh saya membeli barang-barang dapur di bandar dan senarai-senarai barang semuanya ditulis dengan jawi. Satu barang tu saya baca bunyinya 'kecing'. Huh? beli apa benda namanya kecing? saya pandang mak, saya tanya nak suruh beli kacang ke kecing? mak saya gelak sebab memang dia selalu tulis jawi letak titik suka hati saja. Hahaha sungguh manis kenangan tu. Duit yang diberi memang setiapkalinya akan ada baki dan baki tu mak suruh saya ambil dan masukkan dalam tabung arnab saya, memang tak pernah dia ambil duit baki dari saya. Terima kasih mak.

Setiap ibu semestinya seorang yang tabah dan cekal. Begitu juga mak saya. Sangat tabah membesarkan anak-anak hingga kesemuanya, Alhamdulillah, menjadi insan-insan yang berguna  dan jasa mak memang tak dapat dibalas oleh kami 6 beradik walau diganti emas segunung sekalipun. Setiap kali waktu peperiksaan, lazimnya saya akan bangun awal pagi, biasanya jam 3 pagi kerana waktu itu tiada gangguan kepada perkara-perkara lain memandangkan perangai saya kalau nak tengok tv, saya akan tengok tv, bila dah habis tengok tv, baru saya belajar. Selalunya pun saya tak ulangkaji pada waktu malam kerana otak dah letih, kalau belajar pun confirm tak masuklah dalam kepala. Jadi bila time peperiksaan, ibu akan bangun bersama-sama dengan saya, dan yang pasti mesti ada segelas air milo panas untuk saya setiap kali saya bangun untuk mengulangkaji. Terima kasih Mak.

Bila di universiti, masae peperiksaan maklah orang yang akan saya telefon sebelum masuk dewan dan seperti biasa mak akan kata pada saya: "Bismillah dan tawakkal pada Allah, InsyaAllah dapat jawab semua", sejuk rasa jiwa dan kuranglah sikit debaran sebelum masa dewan. Enam tahun di UKM dan setiap kali exam saya akan telefon, setiap kertas! Mak tak pernah marah atau mengeluh melayan karenah saya dan nada suaranya sungguh ikhlas, sentiasa mententeramkan hati. Terima kasih mak.

Mak sentiasa dibelakang saya, dari alam kanak-kanak, persekolahan, remaja, memasuki alam pekerjaan hinggalah mendirikan rumahtangga. Kini saya dah pun bergelar ibu, rupa-rupanya payah sungguh membesarkan anak-anak,  semakin anak membesar semakin kita merasai jerihnya nak mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang baik dan solehah. Terima kasih mak. Terima kasih mak. Terima kasih mak. Walau berjuta terima kasih sekalipun diucapkan masih tak dapat membalas jasa mak kepada saya, semoga apa yang telah emak berikan kepada saya, kasih sayang dan didikan dibalas Allah dengan tempat terbaik untuk Mak di syurga.


Saya sayang emak. Selamanya.