FOLLOW ME

Saturday, June 21, 2008

Family Day 20-21/6/08



Family Day yang pertama. Selama ni tak pernah merasa Family Day yang ofis buat sebab terpaksa tunggu bos umumkan, tapi masalahnya tak pernah lak ada penggumuman yang itu.. so,bila dah ada ofis sendiri...saya dan suami apalagi!!! Semua staff n family involved. Ada yang bawak kawan, ada yang bawak kakak. Tak kisahlah, the more the merrier!!!

Plan asal berkumpul 7 pg depan medan geliga. Tapi biasalah, nak menunggu cukup korum memang seksa, at last bertolak tanpa Bob dan kawannya memandangkan terlampaulah lambat, 7.45 pun belum muncul lagi... re-arrange n jumpa dia dan kawan di r&r gambang, breakfast disitu.

Kami tiba di Genting lebih kurang pukul 12.30 tghri, taklah sejuk sangat tapi Jihah dan Dhirah terus dipakaikan sweater, takut nanti tercicir. Kami terus masuk outdoor park sbb hotel hanya boleh check in kul 3. Tiket dah settle awal2, beli via online, senang + untung sebab website genting selalu ada promosi, so blh dapat harga murah daripada biasa. Ambik all park untuk 5 family. Hotel pun booked on-line, Theme Park Hotel, betul2 sebelah pintu masuk ke outdoor theme park. Jimat masa!!



Dekat outdoor, paling best tengok Najihah main kereta. Nadhirah excited sangat nak berjalan sendiri. Kesian dekat suami tak leh syok sendiri sebab anak2 kecik lagi. kalau yang thrill2 tu, tengok jelah, lagipun dia malas nak beratur tunggu turn....betul tak abang?? Jangan sedih,lain kali kita pergi lagi.. Staff2 yang lain pun anak kecik2 jugak, paling senior darjah 3, yang paling junior nadhirah lah. Baru 9 bulan.




Keesokkannya, selepas breakfast di MarryBrown & sementara menunggu yang lain2 packing, kami pergi sekali lagi ke Indoor. Najihah sempat lagi main kuda dan kereta kat situ, bukan sekali pusing, 4 kali!! Hari ni tiket mahal sikit sebab weekend. Orang pun ramai.. bagi can Najihah main puas2 dulu, lepas ni kena balik hotel semula sebab yang lain belum check out lagi. Arrange jumpa di lobby +-11.30.



Kami bertolak keluar dari parking hotel lebih kurang jam 12.00. Hari ni sejuk dan kabus pun tebal. On the way turun, berhenti dekat postguard sebab anak staff muntah. Sempat lagi bergambar kat situ dan bergurau senda dengan monyet2 yang kelaparan. Dalam hati Alhamdullillah sebab semua berjalan lancar. InsyaAllah, ada rezeki lebih, tahun depan buat family Day lagi. Best!!!



Wassalam.

Monday, June 16, 2008

Lunch for RM9.00 at Man Curry House

Place:- Kemaman Town, Near Tunas Manja Supermarket.

I am one of many loyal customers for this restaurant, not because of its variety of food but also on its price (most important!!). we had our lunch today at this restaurant, my husband took chicken, vege plus ice tea and me took fish, vege + ice lemon tea. Total for two RM9.00.

last week, also at this place, we took fish curry, fried chicken, egg, vege and 2 milo ice =RM9.00. The previous week also RM9.00-00. we call this place "Restoran RM9". Hahaha very2 very cheap. try lah!!

Saturday, June 14, 2008

Minyak oh Minyak!!

Pagi ni, ambik kancil suami bawak pergi pasar, start enjin, tengok minyak sikit lagi nak turun bawah E (dah sentuh E, cuma belum sampai bawah!! hahaha, memang kritikal) so takpalah, bleh isi terus on the way. Stop kat stesen Caltex Kubang Kurus (Kesian Kubang, tak gemuk2) suruh isi RM20(Terengganu best, ada lagi orang tolong isi, so takyah la turun kereta,tengok jarum minyak tak naik pun, aikk..biar betul!! lepas bayar kat makcik tu, tengok jarum minyak pun gerak slow2.. Ya Allah, besar tahi cicak jer bezanya.Tak sampai suku!!

Tengahari pulak, suami bawak KIA pergi isi minyak, terkejut bila dia bagitau tangki penuh RM105!! hahaha, dulu sebelum minyak naik, kalau isi penuh dalam RM70++. Memang terasa bahang kenaikan harga minyak nih.

Petang ni dia ada kelas Taekwondo kat Sek Keb Kampung Baru kat Kerteh, ramai gak student. Ada assistant yang rajin dan baik, nama Yaser. Belajar lagi. Skang ni dia tengah praktikal kat gebeng. Semester depan masuk balik ah Poly kat Penang. Anyway, balik dari Kerteh, suami stop kat stesen PETRONAS, isi minyak Kancil yang telah diisi pagi tadi, dia isi penuh..RM60++.. dasyat!! hari ni saja, dah habih 185++ untuk minyak saja. Walawe!!!

Italy-v-Romania

Salam.

Tido lewat malam ni, tengok Italy lawan Rom. Sian Italy, terpaksa menang sbb hari tu dah kalah ngan netherland. Taklah excited sangat tengok game ni sbb prefer france dalam group C. Kul 2++ nanti France lawan Netherland, niat dihati nak tunggu, tapi kalau tertido apa nak buat...GO HENRY!!

Saya dan suami diehard Arsenal. Sekarang EPL tengah rehat so bosan lah sikit hidup sbb EURO main lewat malam, takde primetime. Biasanya kalau hari keje tak tunggula, weekend mayb, itupun tgk team mana yang main. macam malam ni kira ok sbb kira team2 kumpulan maut.Nway, Arsenal dah confirm beli Samer N.kira gud news sbb selalu beli budak ntah sapa2, tadi pulak confirm beli ramsey. Rebut ngan MU. Harap2 next season will be the best season ever for Arsenal. FA, UEFA ngan Premier League title. (carling cup tak glamer!!) Beware MU. Here we comes!!!

Friday, June 13, 2008

makan apa tghari ni??

Emmm... rasa macam lama dah tak masak sbb selalu balik kampung. Asal weekend balik kg, asal weekend takda kat rumah. This week asalnya plan nak balik sbb ada hearing dekat high court KT hari khamis, so plannya nak balik rabu malam, hantar anak kat umah mak... then suami kata ada kelas taekwondo hari kamis kat sekolah al-amin kerteh, so kena ubah plan... hari khamis pagi, pukul 6 mesti bertolak ke KT, anak2 tinggalkan kat suami utk dihantar ke TASKA.

Aleh2, Loyer belah sana call bagitau nak settle, so mintak tangguh hearing pending settlement..apalagi, terus cancellah plan nak bertolak ke KT. So hari ni, tengok dalam peti sejuk ada ikan bawal ngan ayam yang dibeli kat pasar pagi last week.. hehehe..nasib baik ada teknologi..wujud petisejuk.. kalau tak ada kira sedekah kat ayam itik dah item2 tu.. confirm takleh makan dah.

Ingat2 hari nak masak ayam goreng kari, ikan bawal steam, sayur campur ngan telur dadar dah la.. suami bukannya makan banyak pun, tapi kalau masuk kari2 nih.. confirm ratah habihla..

OK la.. dah kul 11pagi, chiow. salam

Permulaan

Salam perkenalan.

Nama saya Normaizaiah Hj Awang. Seorang ibu dan isteri. Juga seorang wanita yang berkerjaya. Catatan yang dipaparkan disini adalah tentang perjalanan kehidupan saya, perasaan dan luahan pendapat. Catatan disini jika berkaitan dengan pihak-pihak yang tidak dikenali adalah tidak disengajakan.Harap maklum.