FOLLOW ME

Sunday, September 7, 2008

Award no.2



"This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world."

P/S:-

Thanks Kin. Nampaknya kena beli almari baru nih, untuk simpan award jer.. ;-)

Mak Patah Peha

Satu perkara yang tak pernah terpikir oleh saya dan tak pernah terlintas untuk melihat mak terlantar atas katil tak boleh bergerak. Tapi itulah takdir namanya, hari ini kita sihat, esok belum tahu.

Kesian sungguh melihat mak. Kaki belah kanan langsung tak boleh digerakkan. Dia jatuh masa nak buang sampah kat belakang rumah. Entahla, selama ni samada pembantu atau ayah yang tolong mak buang sampah, hari tu dia nak buang sendiri.. mak sakit lutut dah lama, sakit lutut pun belah kanan juga, menyebabkan dia jalan terhenjut, kaki belah kanan pun dah bengkok sikit.

Mak jatuh hari isnin 2 minggu lepas, dua hari sebelum saya bertolak ke Shah Alam untuk follow up penyakit saya yang tak habih-2 lagi. Plan asal nak tinggalkan anak dengan mak sebab susah nanti dekat specialist, tunggu lama, tapi bila kejadian menimpa, plan B la.. terpaksa bawak semua.

Mak tak nak pergi hospital so kami kena cari bomoh patah. Mujur ada satu bomoh patah yang mak kenal dekat Kijal. Bomoh kata ambik masa untuk sembuh sebab faktor usia. kesian mak.

Saya sentiasa berdoa dan harap kawan2 pun dapat doakan semoga mak saya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

Monday, August 25, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan




Salam.

Almost setahun selepas ramadhan 2007, kini ramadhan 2008 akan menjenguk tak sampai lagi seminggu. Syukur tuhan melanjutkan umur saya untuk melaluinya lagi tahun ini. Terima kasih Kin kerana hadiahkan saya buah kurma kat atas tu.Err.. Air zam-zam ada?? Kalau ada, forwardlah skali. :-)

Tahun lepas tak merasa berpuasa kerana masih dalam pantang bersalin. 5.9.2008 nanti genap Nur Nadhirah Al-Ashari Binti Saiful Nizam berumur 1 tahun dan 7.9.2008 genap usia perkahwinan kami 6 tahun. Alhamdullilah.

Bulan ramadhan mengingatkan saya pada pemergian ibu mertua pada 23 ramadhan, 3 tahun yang lalu, antara peristiwa sedih di dalam hidup saya dan suami sekeluarga namun sentiasa mengingatkan kami bahawa hidup ini hanya sementara. Yang kekal abadi adalah kepadaNya. Rumah suami di Chabang Tiga kini disewakan kepada saudara kerana ayah mertua kini tinggal dengan abang ipar di Kerteh. Masih terngiang suara ibu mertua mengaji setiap pagi selepas solat subuh. Paling istimewa, di bulan puasa dia paling suka masak bistik, makan dengan roti. Sedih atas pemergian beliau, tapi itu adalah ketentuan Ilahi dan kami Redha atas pemergiannya.

Untuk kawan-kawan, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna bersama keluarga. Selamat bertarawih.

Salam.

Sunday, August 10, 2008

Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam

Kami singgah menginap di Hotel ni bulan lepas, kalau tak silap, Selasa, 29/7/08. Pergi ke Selangor sebab urusan perubatan saya, terlupa nak booking dulu hotel, ingatkan tak sibuk mana Shah Alam, rupa-rupanya malam tu malam Bola-Malaysia v. Chelsea. Ternganga gak bila pergi dari satu hotel ke satu yang lain, semua dah penuh.... kesian Jihah sebab terperap lama dalam kereta.

Dari concorde pergi ke Grand Blue Wave, lepas tu cari Quality hotel tapi tak jumpa sebab malam dan dah lupa jalan + kepala pening, last2 menuju ke Seksyen 2.. cakap ngan suami kalau INTEKMA pun penuh, malas nak pikir dah, tido dalam kereta je lah..

Sampai INTEKMA lebih kurang pukul 9++ malam, mata pun dah merah. nasib baik ada satu bilik kosong sebab cancel booking. Apartment 2 bilik. RM260-00. Ambik je lah.

Anyway, review bilik : agak kurang value dgn duit yang di bayar, kedua2 bilik ok cuma kurang bersih. Bila angkat selimut, nampak bedsheet yang lusuh dan ada kotor2, rasanya basuh tak bersih. Bau pun tak best.

Dapur ok, cuma kurang facility. Yang paling tak puas hati bilik mandi, eee... tengok tab mandi, memang confirm kena mandi berdiri.. tak adanya nak berangan mandi buih kat dalam tu.. hehehe..paham2 ajelah.. anyway.. ini adalah pengalaman saya, mayb orang lain dapat bilik yang lebih ok. Nasib masing2.

Cuma pendapat saya, nama pun resort & Convention centre, harga pun bukannya 80 ringgit semalaman, harap2 INTEKMA akan improve lagi pd masa2 akan datang supaya dapat revie yang lebih ok. Ok lah... salam.

Saturday, August 9, 2008




First time terima award kat cyber ni. Rasa riak ni... hehehehe.. thanks Kin. Tapi biasala.. mana bleh dapat award senang-senang... mesti kena buat keje.. :-)

So, sebagaimana yang dikehendaki, saya pastekan kat sini syarat2 award ni.

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Okey...skrang kena past kan award cum tag ni ye.. ish.. kejapla Kin.. dah lama tak terima award nih.. blm puas lagi nih.. oh award ku.. (hehehe berangan macam kat Hollywood) nanti Jie nominate la..... Jangan marah aa

Monday, August 4, 2008

2nd surgery

Rasanya dah lama menyepi. Ini pun tak naklah bercerita panjang-panjang. Rabu ini saya akan menjalani surgery kali ke-2. Tak tahulah outcomenya macam mana. Risikonya pun ada. Tapi taknak lah mentrauma kan diri sendiri. Pasrah dan redha dengan ketentuan tuhan. Yang penting, kita ikhtiar. Betul kan???

Untuk kawan-kawan, kalau sudi tolong doakan keselamatan saya. Semoga saya tabah menmghadapi dugaan ini..

Salam.

Wednesday, July 23, 2008

KENA OPERATE LAGI

Hari ni pukul 1000 tiba di Kuantan, scheduled jumpa doktor di Kuantan Specialist dalam pukul 1130. Lepas masuk kamera dalam telinga, nampak ada lagi tumor dekat belakang gegendang (tak ada beza masa tgk minggu lepas walaupun tak henti2 ltk ubat titik utk seminggu).

Doktor kata kalau dah affect ke kawasan belakang gegendang dan masuk ke belah dalam, sgt bahaya sbb takut pergi dkt brain, takde cara lain melainkan kena tebuk dekat belah belakang kepala dekat telinga kanan. Itu kira major operation dan kesan operation kalau ada komplikasi akan jadi facial paralysis (lumpuh muka), bleeding dan lain2 lah. Dia kata lps tebuk, dia akan buang semua tumor dan kalau ok after several years, blh reconstruct smula tulang dan gegendang telinga. Senang jer bunyinya masa dia citer..tapi yang menanggung.. ish..ngeri weh!...

Jam 1430 kena masuk bilik xray, buat scan dekat bahagian kepala dan telinga, yang problem belah kanan tapi belah kiri pun kena scan juga sbb doktor nak buat perbandingan. Masa sekolah dah scan dada sbb nak masuk matrik, masa pregnant dah scan jantung sbb heartbeat problem, so skrang dapat pengalaman baru scan kepala, baring atas cermin kaca!

Bedebarnya masa tunggu result scan. Then doktor explain n bagitau result ok, so tak payah buat major opertaion, TAPI YANG TAK BESTNYA... masih kena buat 2nd minor operation kat telinga kanan sbb nak buang tumor yang kat bahagian dalam. Saya cubala tanya kut2 ada cara lain selain operation, dia kata tak ada... ish ish ish... sedih sungguh... operate lagi.. so next week hari rabu, jam 0730 dah kena serah diri, operate scheduled @ 0900.

Anyway, dalam kereta bincang dengan suami, rasa macam belum bersedia utk dioperate semula.. seksa bila dah hilang ubat bius.. rasa macam tak sanggup nak lalui skali lagi... lps bincang, mungkin rasanya nak cuba perubatan alternatif, semuanya kuasa tuhan kan. tak cuba tak tahu.. mayb nak tangguh dulu operation hari rabu depan.. saya nak cuba berubat cara lain dalam masa sebulan akan datang.. kalau tak ada apa2 perubahan, saya pergi serah diri semula bulan depan... tak tahula samada pilihan yang saya buat ni tepat atau tidak.

Apa pendapat kawan-kawan? tolonglah saya.... huhuhuhu.

Salam.

Monday, July 21, 2008

7 ISTIMEWA DARIKU - Tag dari Kin

Tag ni Jie terima dari Kin. Tmaseh banyak2. "7 ISTIMEWA DARIKU". 7! banyak tuh. Anyway, inilah jawapan saya.

7 TENTANG DIRIKU

Jawapan Kin;

* Anak ke 5 drp 8 beradik.
* Saya pun dah kawen jugak, ibu kepada 3 cahayamata.
* Alhamdulillah masih punyai kedua orang tua...mak mertua pun ada lagi...bapak mertua tak sempat kenal :).
* Saya rasa, saya pun seorang yg pemaaf, Kak Pah :).
* Saya pun bole kata agak pendiam gak (ada persamaan la plak kita Kak Pah...heehhhe..) , tapi, bole jadi terlebih ramah kalau jumpa org yg serasi.
* Tahap kesukaan membaca yg sederhana....heehhe..
* Sama lagi la kita Kak Pah... suka spend masa ngan famili... :).

Jawapan Saya;

-Anak Ke-5 dari 6 beradik. 5 perempuan berderet, balance lelaki.
-Famili lebih senang memanggil 'ciksu' sbb saya anak pompuan yang bongsu.
-Happily married, ibu kepada 2 puteri.(Kin dah 3, sempat ke tak nak kejar Kin nih?)
-mak dan ayah masih sihat, bapa mertua pun Alhamdullilah sihat, cuma ketiadaan ibu mertua yang telah meninggal masa umur anak yang sulung 2 tahun.
-seorang yang ceria dan peramah(angkat bakul sendiri nih!)hehe
-Sangat bertuah kerana mempunyai suami yang penyayang dan memahami
-Suka window shopping dan habiskan masa terluang dengan famili.


7 YANG MENAKUTKAN

Jawapan Kin;

1. Allah
2. Hari Kiamat
3. Ular
4. Perceraian
5. Pertengkaran, perselisihan
6. Membenci & dibenci
7. PHD (Perasaan Hasad Dengki)

Jawapan saya;

-Allah
-Hari pembalasan
-Perceraian
-masalah kesihatan
-salah bagi advise dkt klien (eee.. ngeri..!)
-salah cakap/salah bahasa dgn suami atau ibu-bapa
-orang benci (nauzubillah!)


7 LAGU KESUKAAN

Jawapan Kin;

{tidak mengikuti sgt perkembangan lagu2..tau sikit2 jer...lebih suka lagu budak2 dan nasyid2 lama :). }

* My mum is amazing
* I look, I see
* Flowers are red
* Keluarga bahagia
* Twinkle little star (ni sbb anak3 suka sgt)
* Akhlak bunga diri
* Kasih kekasih (lagu feberet zaman anak dara...hehhehh)

Jawapan saya;

-Kekasih gelapku (ungu)
-Alone (Heart)
-Lagu tema cerita anime jepun, SLAMDUNK
-Lagu Barney "I LOVE YOU, YOU LOVE ME.. lalala"(hehehe, nih lagu fav Najihah, anak sulung saya!, hari2 kena dengar, lama2 rasa macam lagu ni OK pulak :-))
-januari (Glen)
-Sometimes love Just ain't enough (Patty Smith & Don Henley)
-Mira'e (kiroro)


7 PERKARA YANG SUKER SEBUT

Jawapan Kin;

* Ya Allah...
* Ha....tengok tuh!
* Hey comel!
* Kenapa nih!
* Tengok la dulu..
* Okeh!
* Bereh!

Jawapan saya;
- Ya Allah
- Orait!
- Bereh!
- Doh Bakpenye?
- Dok tahu Gok!
- Assalamualaikum
- Tmaseh!


7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

Jawapan Kin

* Islam agamaku
* Iman dalam diri
* Suami dan anak3
* Mak, ayah dan adik beradik, serta sedara mara
* Ilmu dalam diri yg tak seberapa nih..
* Kerjayaku
* Harta benda yg tak seberapa..

Jawapan Saya;

- Agama dan peganganku (tidak ternilai)
- Suami dan anak2(takleh trade-in!)
- Mak ayah dan adik beradik
- kawan sejati
- Aset tetap dan semasa yang dianugerahkan tuhan
- namaku dan keluargaku
- Firmaku


7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

Jawapan Kin;

* Pertama kali naik bas sendiri ke sekolah masa darjah 1, 1984
* Pertama kali dapat no 1 dalam kelas masa darjah 2, 1985
* Pertama kali berjauhan dari keluarga, masuk asrama masa form 1, 1990
* Aku ni agak 'penakut' orangnya, pertama kali menonjolkan diri di khalayak ramai bila masuk pertandingan kuiz dan forum masa form 4, 1993
* Pertama kali bergelar ibu pada September 2002
* Hari pertama bergelar kuli gomen, Disember 2002
* Kali pertama keluar dari Malaysia, November 2006

Jawapan saya;

- dapat abang ipar yang pertama, excited (masa tuh , baru darjah 5)
- Pergi Umrah kali pertama pada 1989.
- Meninggalkan alam sekolah dan Masuk Matrikulasi UKM, 1995
- Penerimaan masuk Peguambela& Peguamcara dkt high court KT, 4.7.2002
- Berkahwin.
- Bersalin anak yang sulung
- sahut cabaran buka firma sendiri


Thanks Kin kerana secara tak langsung mengimbau kembali zaman sekolah2 dulu. Teringat kat Ayu, Ana, Ma dan Haslena. Rindunya.

Thursday, July 17, 2008

Kuatnya Dugaan

Kuatnya dugaan. tapi kesabaran atas dugaan itu jika ikhlas pastinya mendapat pahala, kesakitan yang diterima itu pastinya menghapus dosa. InsyaAllah.

Tiga minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang sangat2 mencabar.

Bermula dari kesakitan telinga yang diingatkan perkara biasa, kemudian dioperate telinga kerana sudah kritikal, selepas 2 kali rawatan lanjutan semalam doktor sahkan ada lagi keratosis yang belum dibuang, sangat aktif mengikis tulang telinga dalam dan berada di belakang gegendang telinga, jauh terperosok ke dalam. Dahulunya penyakitku dipanggil Keratosis Obsturans, kini naik satu pangkat dipanggil Cholesteatoma .

Entahlah, nak disalahkan doktor kerana omission, pastinya tidak akan membawa apa2 manfaat kerana benda tu masih lagi ada di dalam, dan yang pastinya aku masih on medication sehinggalah keputusan rawatan susulan ketiga yang dijadualkan rabu minggu depan, kalau ubat titik yang diberikan doktor ini tak berkesan melembutkan benign tumor itu, pembedahan tambahan akan dibuat. Ya Allah... kuat sungguh dugaan.

Aku berdoa kepada tuhan semoga semangatku ditebalkan dan keimananku dikuatkan.
Semalam untukku adalah renungan, hari ini dan hari-hari berikutnya adalah keazaman dan minggu depan adalah perjuangan! Tabahkanlah aku!!

Salam.

Wednesday, July 16, 2008

5 FIVE HUMAN WONDERS WORTH SEEING

This info was sent to my email as I am a subscriber of Yahoo!Internet Fun.Happy to share this info with you.

1) THE MILLAU VIADUCT - This bridge is part of the new E11 expressway connecting Paris and Barcelona and features the highest bridge piers ever constructed. The tallest is 240 meters high and the overall height will be an impressive 336 meters, making this the highest bridge in the world.




2) Parking in Germany !!




3) First Air Conditioned Bus Station-Dubai!




4) World's Fastest Elevator! - Installed In Taepei 101 (The World's Tallest Building!) the elevator runs at a top speed of 1,010 meters per minute when ascending (600 meters per minute on the way down), which works out to 60.6 kilometers per hour. The Elevator can go from the 5th floor to the 89th floor in 39 seconds!.




5) The World's First All-glass Undersea Restaurant - Located at the Hilton Maldives Resort & Spa, It sit five meters below the waves of the Indian Ocean , surrounded by a vibrant coral reef and encased in clear acrylic offering diners 270-degrees of panoramic underwater views.




AMAZING! ISN'T IT?