Gempar lagi seawal tahun 2011 ni bila ada orang mendedahkan rakaman seks yang didakwa dilakukan oleh DSAI. Maka orang mulalah menggeledah youtube kot-kot manalah tahu ada manusia yang sudi upload video tersebut, maka bolehlah cuci mata sekaki.
Saya bukannya penyokong DSAI, mahupun PAS atau UMNO. DAP atau GERAKAN memang sah-sahlah bukan. Saya berpegang kepada prinsip 'pilih orang yang layak jadi pemimpin'. Kalau dah cakap tak serupa bikin,kata sana, keji sini, saya rasa tak sesuailah orang itu nak memimpin saya. Seorang pemimpin perlu seorang yang beragama dan bagi saya tidak mencukupi setakat label 'islam' di kad pengenalan dan masih melakukan perkara-perkara haram yang dia lupa bahawa kemudian hari pasti akan terkena pada batang hidungnya sendiri.
Inilah yang sebenarnya pandangan saya pada DSAI. Saya tidak mengiakan apa yang dipertuduhkan kepada beliau namun tidak juga menafikan sepenuhnya kerana kalau x angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Dua kali tuduhan sodomy dikenakan ke atas beliau dan kini ditambah lagi dengan rakaman seks yang dikatakan beliau adalah orang yang dirakamkan. Saya kurang bersetuju dengan perbuatan doa selamat untuk DSAI yang dibuat oleh pihak yang x perlu dimaklumkan disini kerana DSAI bukanlah nabi yang ma'sum dan beliau juga adalah orang yang bernafsu, biarlah beliau berdoa untuk keselamatannya sendiri.
Saya berpendapat bahawa pihak yang rapat harus menasihatkan DSAI supaya mengundurkan diri buat sementara waktu bagi menunggu kes beliau selesai kerana jika beliau terus menafikan secara 'bare denial' maka banyak lagi benda-benda lain yang mungkin akan dikeluarkan bagi menjatuhkan airmuka beliau dan juga keluarganya. Buatlah by elections semula, kalau dah kawasan tu kawasan dia, kerusi tak akan kemana,dapat pun bukan pd orang lain, isteri juga!
Pendapat peribadi saya lagi, pemimpin perlu prihatin pada masalah rakyat dan bukan rakyat yang kena selesaikan masalah Pemimpin, kes DSAI ini perlu dijadikan iktibar oleh setiap individu yang ingin dan bercadang nak jadi pemimpin, tak kisahlah, pilihanraya sekarang ke, sepuluh tahun lagi ke, kalau rasa nak buat benda yang tidak bermoral ingatlah apa yang berlaku pada DSAI, kalau rasa orang tak nampak, kiri kanan bahu kita nampak, tuhan pun nampak!.
FOLLOW ME
Tuesday, April 5, 2011
Nak Tangan Lebih lembut?
Wahwah, ada orang mengajar saya petua untuk dapatkan tangan yang lebih lembut. Katanya ambil sebiji bawang merah, kupas kulit, tumbuk dan kemudian sapukan pada tapak tangan. Tak tahulah menjadi ke tidak sebab tak pernah sempat mencuba, bila kupas bawang, tumbuk bawang dan masukkan dalam kuali, goreng-goreng dan masukkan nasi. Boleh makan, perut pun kenyang.! Tak apalah, orang bagi pertua, kita kena kongsi, so sesapa yang nak mencuba, sila-silalah. Kemudian kongsi-kongsilah kesannya.
Tangan sapalah ni.. hahahaha.
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.
Tangan sapalah ni.. hahahaha.
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.
Tuesday, March 29, 2011
Alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selama +-2 minggu kami sekeluarga menjadi tetamu Allah. Kenangan amat banyak,alhamdulillah semuanya kenangan manis belaka.
First time dapat merasa cuaca sejuk di Madinah dan first time dapat tawaf di dalam hujan yang mencurah-curah. Alhamdulillah Najihah dapat melakukan tawaf secara sendiri, setiap pusingan asyik bertanya tinggal berapa lagi, adik kena ayahnya yang dukung memandangkan kami x dibenarkan bawa masuk stroller dalam masjid. Alhamdulillah tuhan berikan kekuatan pada suami saya untuk mendukung adik sepanjang tawaf dan separuh dari sai'e sbb lepas tu kami suruh Pak Arab tolak Najihah dalam wheelchair skali ngan adik sbb Najihah dan keletihan dan tak larat lagi nak berjalan. 80 riyal untuk 4 pusingan. Tak apalah, halal!halal! :-)
Walaupun masa balik ada sedikit kekalutan di airport memandangkan mutawwif kami baru dan masih muda, tapi alhamdulillah dpt diselesaikan dgn baik, cuma terkilan nasi yg dibekalkan oleh mutawwif x sempat diambil kerana dah kena check in dan pada masa tu nasi belum lagi tiba. Sedih lihat Tokki (ayah saya) minta sikit nasi dengan jemaah lain untuk Nadhirah yang menangis-nangis nak nasi sbb dari tengahari blm makan, tapi hati budi masing-masing kita tak kenal, tokki menitis air mata sbb jemaah yg diminta sedikit nasinya tu enggan memberikan pada adik. Takpalah, bukan rezeki. Alhamdulillah kami jumpa restoran dan dapatlah adik makan nasi sepuasnya! Itulah antara dugaan Allah pada kami, kena banyak bersabar dan berdoa.
Bila balik tak sampai 3 hari dah mula rindu pada Masjidil Haram dan saya dah mula surfing blog rakan yang tinggal di sana dan sentiasa update keadaan di sana. InsyaAllah jika ada rezeki dan dijemput olehNya, kami akan datang lagi! Gambar x sempat lg nak upload, maybe next timelah. :-)
Wassalam.

Thursday, March 10, 2011
Doakan semoga kami selamat pergi dan kembali
Salam semua, alhamdulillah kali ini kami sekeluraga diberi peluang lagi olehNya untuk berkunjung ke Mekkah dan Madinah. InsyaAllah saya, suami, anak-anak dan mak serta ayah akan bertolak pada 13.3.2011 selama 12hari. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan mendapat umrah yang mabrur.
Pohon maaf pada rakan-rakan yang berkunjung ke Tokkapor jika ada terkasar bahasa dan mengguris hati.
Salam semua.
-tokkapor-
Sunday, March 6, 2011
Lamanya!!!!
Assalamualaikum,
Wow, lamanya tak mengetuk keyboard, tak tahulah apa sebab, mungkin x berapa banyak masa terluang, malas pun ada. x banyak mana pun perubahan selama saya menyepikan diri (chewahhh!).
4 hari lepas birthday saya ke-34, alhamdulillah adalah kek tanda ingatan, tapi tahun ni tak ada hadiah dari suami, tak apalah, ucapan ikhlas seribu kali bermakna dari hadiah yang dipaksa-paksa. (i think so).. hahaha
Minggu depan InsyaAllah akan menunaikan umrah 12 hari, alhamdulillah dijemput lagi olehNya, kali ini bersama suami, anak-anak dan mak ayah saya, semoga semuanya berjalan lancar. Mungkin inilah hadiah birthday paling bermakna untuk saya sepanjang hidup dibumiNya ini.
Minta juga doakan semoga saya sekeluarga selamat pergi dan kembali dan semoga mendapat umrah yang mabrur.
Oh ya satu lagi (mana boleh tinggal pasal dia ni.... hehehe), lusa ARSENAL akan jumpa Barcelona di nou camp, baru ni menang 2-1 @ emirates, harap boleh menang, sapa tahu!! hari sabtu nak jumpa setan merah pulak kat old trafford utk 5th round FA, fuhhh dahsyat jugak schedule, takpa... Gunners never dive, Gunners will strive!
Love,
tokkapor.

Sunday, August 22, 2010
ARSENAL ~MATCH 2~ V. BLACKPOOL
Premier League
Emirates Stadium, Saturday, August 21: 1400 GMT
Att : 60,032
Result : Arsenal 6 - Blackpool 0
(MUAHAHAHAHAHAHA!!!! i LOIKEEEE!~ )
| Theo Walcott (12) | |||||||
| Andrei Arshavin (pen 32) | |||||||
| Theo Walcott (39) | |||||||
| Abou Diaby (49) | |||||||
| Theo Walcott (58) | |||||||
| Marouane Chamakh (83) |
Monday, August 16, 2010
ARSENAL ~MATCH 1~ V. LIVERPOOL
Premier League
Anfield , Sunday, August 15 : 1500 GMT
(Malaysia :2300)
Att : 44,722Ref: Martin Atkinson
Result : Liverpool 1-Arsenal 1
Scorer : N'gog (46) Reina (OG) (90)
LIVERPOOL
25 Reina
37 Skrtel
23 Carragher
5 Agger
2 Glen Johnson
20 Mascherano (Lucas 79)
8 Gerrard (C) -Yellow 73
24 N'gog (Torres 74)
10 Joe Cole -Red Card 45
14 Jovanovic (Rodriguez 66)
18 Dirk Kuyt
ARSENAL
1 Almunia
5 Vermaelen
6 Koscielny -Red Card 90
22 Clichy
3 Sagna
19 Wilshere -Yellow 41 (Rosicky 60-Yellow 85)
2 Diaby (Van Persie 76)
8 Nasri
23 Arshavin
27 Eboue (Walcott 59)
29 Chamakh
My Opinion ~ Liverpool suddenly became stronger when they were down to 10 men and the game suddenly came alive after they lead within two minutes of the restart as Mascherano supplied the ball into the box for N'gog. Arsenal had a lot of possession but lacked of combinations, with Arshavin tumbling here and there. Arsenal really lack of speed. With Liverpool less one man before the end of the first half, and Agger out for treatment for several minutes in the second half Arsenal should have scored for the next 45, at least 2 goal.
| (Click to Read More) | ||
Tuesday, August 10, 2010
SELAMAT BERPUASA SEMUA!
Salam semua,
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua dan semoga ibadah kita diterima Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)
Monday, August 9, 2010
Kalau nak bersama, kena batalkan puasa dulu! hmmmm
Saya terbaca di satu blog yang dikenali sbg Sxxxx.xxx.Di dalam blog tersebut disiarkan pelbagai soalan dari pembaca dan Uztaz yg mengendalikan blog akan menjawab pd bahagian bawah soalan tersebut. Pelbagai soalan yang kebanyakannya berkenaan puasa ditanyakan pada ustaz tersebut, antaranya cara mengira fidyah kalau nak ganti puasa untuk tahun yang terlepas dan lain-lain lagilah. Tetiba saya terjumpa satu soalan seperti berikut:
Q- salam, puasa baru ni saya bersama suami disiang hari selama 7 hari. x dpt control, mcm mana nak bayar denda fidyah.
dan Ustaz tersebut menjawab seperti berikut:
Suami wajib kafarah sebanyak 60 x 7 = 420. Setiap 60 hari adalah berturut2 tanpa henti.Terdapat cara menangani masalah kawalan ini, lebih2 lagi bagi pengantin baru.
Adalah lebih baik jika bertanya terlebih dahulu, daripada menanggung akibat yang sangat berat ini.
Pertama, pasangan boleh membatalkan dahulu puasa dengan perkara2 yang membatalkan puasa, sebelum bersama.
Kedua, suami berada di sebelah bawah sahaja, dan membiarkan isteri membuat kerja di sebelah atas seorang diri.
Hahaha, tergelak saya baca jawapan ustaz tu, maknanya, cara pertama: Kalau berpuasa, kena buka puasa dulu baru tak kena denda (fidyah puasa 60 hari berturut2) dan kedua (ini yang kelakar sebenarnya) SUAMI BERADA DI SEBELAH BAWAH SAHAJA DAN BIARKAN ISTERI BUAT KERJA SEBELAH ATAS SEORANG DIRI.
Hahahaha, maknanya apa tu? Kalau suami tak syok sama2 ngan isteri walaupun bersama so kiranya suami tak payah bayarla fidyah sbb tak join? cam gitu ke? tergelak lagi saya memikirkan mcm manala ustaz yang menggelarkan dirinya Imam pun blh jawab mcm gitu sedangkan kita yang sekolah agama setakat tingkatan 5 ni pun rasa tak logik.
Bukankah dulu Ustazah ajar kita kat sekolah, kalau suami bersetubuh dengan isteri (iaitu memasukkan bla bla bla.. (censored) )....disiang hari tanpa sebab yang membolehkan dia tinggal puasa (i.e musafir dll) dia memang kena puasa 60 hari berturut2, mana aci main buka puasa sbb nak bersama ngan isteri, pastu blh elakkan denda 60 hari, tak kirala ambik bahagian ke tak ambik bahagian ke, duduk bawah ke, atas ke, apa ke.. denda tetap denda kan! senangnya dia nak loyar buruk ngan tuhan.
Nak tahu jawapan lanjut dan sahih berkenaan hal ni, bacalah disini. Jawapan dari Ustaz Zaharuddin
Salam.

Episod akhir Belalang
Pada ibu ibu yang tak sempat menonton siri akhir Belalang lakonan mantap Hadziq (Ch611) disebabkan anak-anak nak menonton cerita lain (hehehehe) maka nak dikhabarkan season 1 dah pun tamat, akhirannya Pak Belalang kawin ngan Melati dan Belalang mulakan perjalanan baru merantau ke tempat lain pulak, tak tahula bila pulak nak mula season 2, cerita ni bagus untuk anak-anak sebab banyak pengajaran dari perjalanan hadziq sepanjang dia merantau nak pergi belajar membaca, bagus untuk mak, bagus untuk anak. :-)
Nak dengar lagu tema Belalang -Tekan Sini
Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey Niat di hati nak mengembara,
Guru dicari ilmu diminta
Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey Bukannya nujum, bukan temberang
Baiklah hendaknya,janganlah dirisau
Dapatkah ditunjuk,jalan yang gembira
Nasib yang buruk, akhirnya bahagia
Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey, akalnya panjang, hatinya terang
Belalang oh belalang
Hey hey
Belalang oh belalang
Mengubah nasib, menjadi senang
Ke mana pergi, disayang orang

Budak ni geliga otaknyaApa nasibnya, belalang di rantau
Bukan sebarang
Baiklah hendaknya,janganlah dirisau
Dapatkah ditunjuk,jalan yang gembira
Nasib yang buruk, akhirnya bahagia
Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey, akalnya panjang, hatinya terang
Belalang oh belalang
Hey hey
Belalang oh belalang
Mengubah nasib, menjadi senang
Ke mana pergi, disayang orang
Subscribe to:
Posts (Atom)