FOLLOW ME

Tuesday, July 26, 2011

MKN kaitkan Dr Asri dengan Pengganas.



-Sumber Dari Malaysiakini- (berita penuh klik disini)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Kebimbangan disuarakan melalui satu taklimat tertutup yang disertai mufti dan wakil agama Islam negeri dan berlangsung di Putrajaya.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain. Mereka dikaitkan dengan gerakan wahabi yang dilabelkan sebagai pengganas (pulak dah!!).(Aku rasa ni mesti kerja Ulama yang 'bijak pandai' Uthman El-Muhammady).

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu. (Aku kata dah!!)

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis". Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan. Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, apalah nak jadi dengan negara kita sekarang, ajaran sesat merata-rata, yang berjudi berbunuhan mabuk sana sini ugut orang tak diambik hirau, ustaz2 yang berpenat lelah menyebarkan yang benar ni jugak yang nak dicari, bodoh sungguhla! Dah tu MKN sepatutnya kena berhati-hatilah dengan semua jemaah umrah ataupun haji yang berkunjung ke Arab Saudi untuk beribadat di Mekah, nantikan balik semua jadi pengganas.  Inilah yang akan berlaku bila buat pertimbangan berdasarkan pendapat dari hatimatakepala orang yang ada agenda untuk kepentingannya tersendiri. Dr Asri pengganas? Apa hang ingat kami ni rakyat bodoh ka? Pakaila akal skit!

Aku adalah wahabi jika menurut perintah Allah dan ajaran Rasul itu dilabelkan Wahabi. Maha Suci Allah yang mendengar dan memutuskan, keranaMu aku hidup dan kepadaMu aku Kembali.

Mahalnya!

Hari ni makan sorang saja sebab suami pergi 'bersiar-siar' dengan bailif mahkamah menyita satu warehouse di Kemasik,saya drive kereta ke kedai biasa, Restoran X, tak jauh mana dari ofis tapi kalau jalan kaki mahunya makan 2 pinggan tak cukup lagi.:-)

Lauk saya simple saja hari ni, nasi putih dan seekor anak ikan bawal (cucu maybe) sebab taklah besor mana, sebaya bapak ikan puyu lebih kurang, hahaha, anyway, saya menuju ke kaunter dan anak tauke pun sibuklah mengira dengan kalkulator walaupun lauk seketul saja. So cuba teka berapa harga nasi saya.. jeng jeng jeng.. 4 ringgit? tak, lima ringgit? tak, 6 ringgit? sungguh tidak! harganya 8 hinggit setengoh ko!! mak aiii terkejut meroyan mak badak tapi muka buat selamba jer lah, kalau kira sekali ngan air tak apalah ni nasi dan cucu ikan semata, woishhh kayala tauke, pergi haji balik hari kalau niaga cam gini.

Saya tak kisah sangatla sebab nama pun rezeki, rasa macam dengan tulang-tulang ikan bawal tu sekali nak makan, tapikan masuk ICU sapa jugak susah, sapa jugak yang kena marah! Untuk orang yang berkemampuan oklah tak berkira tapi kesian untuk insan-insan yang cuba berjimat, saya rasa jadi tauke restoran paling senang dapat pahala sebab boleh niat sedekah dan kira murah2, janji untung sikit-sikit sudahla, biar untung sebelah bahu kanan tu banyak takpa. Banyak pahala bagi makan kat orang yang susah. Nasi tu tak payah kirala, free sudahlah, kira harga lauk sudahlah, buat2lah amal, bulan puasa pun dah dekat. hmmmmmm...