FOLLOW ME

Tuesday, November 1, 2011

Bersyukurlah!

Subhanallah! Pejam celik rupanya sudah mengakhiri tahun 2011. Kurang lebih 2 bulan kita akan menjejakkan kaki ke tahun baru 2012. End of the world? :) itu adalah perkara2 yang bukan di dalam kekuasaan kita, Allah yang menetapkan perjalanan kita, tidak perlu 2012, mungkin esok kita sudah dipanggil untuk mengadapNya. Yang penting persediaan kita untuk menghadapi perbicaraan untuk menetapkan kehidupan yang abadi diSANA. Bersediakah kita? ....

Masuk bulan baru, saya ingin bercerita satu peristiwa  dan agar pengalaman ini dapat diambil ikhtibar dari rakan2 yang mengunjungi blog ini

Bismillah..

Mungkin rakan2 sudah tahu bahawa saya adalah berprofesion peguam dan ia juga bukanlah satu profesion yang menjadi idaman hati namun pasti ada sebab Allah menentukan pekerjaan ini  untuk saya dan sehingga ke detik ini, sudah  9 tahun saya menjalankan amalan guaman. Allah knows best!

Setiap hari saya pasti bertemu dengan pelbagai karenah manusia. Mendengar dan cuba menyelesaikan dengan sedikit pengetahuan yang dianugerahkan tuhan kepada saya. Masalah, masalah dan masalah. Nak beli tanah yang simple2 pun sekali sekala ada masalah. Tipu dan tidak amanah tidak kira samada pembeli mahupun penjual atau orang tengah adalah lumrah pada dunia akhir zaman ini. Pernah satu ketika saya dipanggil menjadi saksi kerana masalah orang tengah yang menjual harta kepada pelbagai pembeli sedangkan wang deposit telahpun diambil. Tapi itu adalah asam garam pekerjaan saya. Masalah kita pendamkan dulu dan tak akan ada klien yang nak ambil tahu, selesaikan masalah dia adalah yang utama!

Saya hari ni tak nak bercerita berkenaan asam garam menjadi seorang professional, namun saya ingin rakan2 tahu bahawa komuniti kami di kemaman ini adalah kecil. Cubit kanan pasti peha kiri akan tahu. Setiap dari kami adalah seperti rakan dan jarang2 akan menikam dari belakang melainkan satu dua yang sememangnya mungkin dia tidak takutkan tuhan.

Namun yang satu dua inilah yang akan memeningkan kita, menyakitkan hati kita dan merosakkan hubungan kita dengan yang lain. Mencantas kita untuk mendapatkan keuntungan walaupun dia tahu bahawa yang dikejar dan disogoknya itu adalah klien kita malah memburukkan kita dengan bankers2 dengan harapan bank2 ini akan membenci kita dan menganugerahkan kesemua hal-hal pinjaman kepada dia! Subhanallah, wahai rakan saya, rezeki bukannya dari orang bank ataupun pemaju2 yang gah dan terkenal, rezeki dari tuhan!Sememangnya betul ungkapan orang yang banyak hartanya tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada, malah dia akan cuba membolot semua agar tidak jatuh ke tangan orang lain. Ya Allah, aku berlindung darimu dari orang yang tidak bersyukur! Saya tidak mahu melayani perangai manusia sebegini, makin dilayan makin naik minyaknya. Biarlah luncai dengan labu. Semoga Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan memberikan hidayah untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Hiduplah di dunia dengan berzuhud (bersahaja) maka kamu akan dicintai Allah, dan jangan tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, niscaya kamu akan disenangi manusia." HR. Ibnu Majah

Saya sentiasa berdoa akan rakan2 saya dan keluarga saya tidak termasuk di dalam orang-orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan tuhan. Janganlah kita cuba menjatuhkan orang lain demi mengejar kekayaan kerana nescaya kufur akan mendekati kita.

Ingatlah:-

Kekayaan bukanlah berdasarkan banyaknya harta-benda yang dimiliki tetapi adalah kekayaan jiwa. (HR. Al Bukhari)



Wassalam.