FOLLOW ME

Sunday, November 1, 2009

Manusia yang kalut!

12 oktober 09 Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hantar memorandum bantahan kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tarik balik perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai yang dipertua YADIM. Tak faham saya apa peranan PGSM ke atas YADIM? Ya PGSM adalah pertubuhan NGO Islam tetapi bukankah lebih baik jika PGSM ini lebih memfokuskan kepada isu2 yang memartabatkan undang2 syariah, membantu ahli2 persatuan yang memerlukan dan semestinya menjadi pengantara untuk menegakkan sesuatu yang hak ? Pendapat saya jangan dicampur adukkan hukum agama dengan hukum politik dan kerjaya kerana boleh mengelirukan manusia dengan kebenaran dan melebihkan manusia kepada kepentingan dan keuntungan....

Pada pandangan peribadi saya yang tak famous ni, perlantikan Dr Asri ini tidak mungkin bercanggah dengan agama melainkan penentangan yang dibuat adalah untuk merosakkan dan manjatuhkan reputasi@nama baik beliau semata. Kenapa bersungguh-sungguh benar mereka membuat bantahan sehingga menghantar kepada Yang diPertuan Agong. Dahsyat sungguh penolakan mereka kepada Dr MAZA (Dr MAZA adalah kependekkan kepada Mohd Asri Zainul Abidin) ini hingga diserang kepada perkara yang peribadi dan mengaibkan individu ini sedangkan dia tidak pernah mengaibkan malah cuba menjatuhkan mana-mana individu secara spesifik, yang salah akan ditegur, amalan yang kurang baik diperbetul, bukankah hidup kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain?? ..

Pendapat saya.. mengapa perlu dihantar Memorandum Bantahan dengan mengungkitkan isu2 yang menyentuh hal2 peribadi individu sedangkan orang yang dilantik bukanlah seorang yang membuat perkara jenayah atau menyebarkan ajaran yang sesat, malah tiada ulama' membuat kenyataan bahawa Dr Asri adalah seorang yang sesat tambahan bahtera perubahan yang dibawa Dr Asri adalah berlandaskan quran & sunnah, setiap hukum yang dibawa disertakan dalil, bukan pakai hentam suka hati saja.. orang yang mengaji sanad, ada latar belakang agama, berpendidikan tinggi, ada Phd, ada Ijazah Hadith, sedangkan orang yang menentang tak tahu lagi latar belakang agamanya bagaimana, tersangat arifkah orang yang menentang itu di dalam agama hingga pendapat @ ajaran ustaz yang lain dah tak boleh pakai.. bukan ajaran sebarang ustaz, bekas mufti tu!! Jangan jadikan faktor umur sebagai alasan untuk menidakkan apa yang betul .. saya betul konfius pada orang2 yang berperangai sebegini...

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya PGSM dalam menghantar bantahan perlantikan dr MAZA ini kepada Baginda Yang dipertuan Agong, mungkin mereka didalangi segelintir manusia yang mahukan kepentingan dijaga, mungkin didorong oleh perasaan tidak puas hati atas pencapaian manusia yang lain dan mungkin ada juga yang tidak tahu siapa itu dr MAZA! Bila nak hantar bantahan, mungkin semua pakat turunkan signatories sebab tu bila tengok pada bantahan, nama ayah Dr pun salah eja..

Saya terbaca statement Datuk Seri Shahidan atas fitnah yang dilemparkan pada Dr Asri, takjub saya pada kesungguhan beliau yang menghubungi media dari luar negeri untuk mempertahankan Dr Asri, betapa menunjukkan orang yang benar akan sentiasa mendapat bantuan Allah walau dalam apa jua bentuk sekalipun, mungkin sokongan dari ahli keluarga, rakan taulan atau mungkin dari individu yang mungkin dia tidak kenali siapapun orang itu, seperti saya.

Saya merasakan perubahan yang dibawa Dr Asri dapat memperbaharui diri saya yang sememangnya tidak pakar dari segi hukum hakam agama dan penerangan yang diberikan menjawab kemusykilan di dalam mengerjakan ibadat seharian selagi nyawa masih dipinjamkan oleh tuhan sebelum sampai waktu kembali kepadaNya. Selagi individu itu dapat memperbaiki saya pada sesuatu yang lebih baik, sudah tentu saya akan menyokongnya.

Untuk manusia yang merasakan dirinya adalah ciptaan terbaik, yang masih tinggi egonya dan tidak sanggup menerima kenyataan , ingatlah hidup seperti roda.. hari ini kita di atas esok mungkin kita di bawah.... akan ada pembalasan untuk semua yang kita lakukan kerana Allah sentiasa melihat kita dan Islam sentiasa menghendakkan manusia berbaik-baik sesama mereka.. all men are created equal.. salam.