-Sumber Dari Malaysiakini- (berita penuh klik disini)
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Kebimbangan disuarakan melalui satu taklimat tertutup yang disertai mufti dan wakil agama Islam negeri dan berlangsung di Putrajaya.
Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain. Mereka dikaitkan dengan gerakan wahabi yang dilabelkan sebagai pengganas (pulak dah!!).(Aku rasa ni mesti kerja Ulama yang 'bijak pandai' Uthman El-Muhammady).
Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu. (Aku kata dah!!)
Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis". Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan. Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.
Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.
-------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, apalah nak jadi dengan negara kita sekarang, ajaran sesat merata-rata, yang berjudi berbunuhan mabuk sana sini ugut orang tak diambik hirau, ustaz2 yang berpenat lelah menyebarkan yang benar ni jugak yang nak dicari, bodoh sungguhla! Dah tu MKN sepatutnya kena berhati-hatilah dengan semua jemaah umrah ataupun haji yang berkunjung ke Arab Saudi untuk beribadat di Mekah, nantikan balik semua jadi pengganas. Inilah yang akan berlaku bila buat pertimbangan berdasarkan pendapat dari hatimatakepala orang yang ada agenda untuk kepentingannya tersendiri. Dr Asri pengganas? Apa hang ingat kami ni rakyat bodoh ka? Pakaila akal skit!
Aku adalah wahabi jika menurut perintah Allah dan ajaran Rasul itu dilabelkan Wahabi. Maha Suci Allah yang mendengar dan memutuskan, keranaMu aku hidup dan kepadaMu aku Kembali.
No comments:
Post a Comment