FOLLOW ME

Thursday, December 31, 2009

SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT TAHUN BARU

Salam,

Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Datang  2010. Semoga sahabat2 akan beroleh lebih kegembiraan, kesihatan yang lebih baik dari hari ini dan kebahagiaan yang tidak terhingga pada tahun mendatang. Selamat menunaikan azam walau apajua yang dicitakan, moga semuanya dimakbulkan Allah, InsyaAllah.

Wednesday, December 23, 2009

Malaysia Hari Ini

'Satu Malaysia' diperkenalkan. Perpaduan diutamakan. Adab sopan diterapkan... namun kadar jenayah tak juga kurang-kurang. Hari-hari baca newspaper mesti ada berita bunuh, rompak, rogol, curi dan bermacam-macam yang kalau dibandingkan 30 tahun dulu, SATU insiden sebegitu rupa mesti akan menjadi topik hangat satu negara, tapi sekarang seperti perkara biasa saja.

Kes Nurin Jazlin belum pun lagi pembunuhnya dapat ditangkap, tambah lagi dua orang budak yang sampai sekarang masih hilang- Sharlinie &Asmawi menyusul menjadi tajuk akhbar untuk seberapa seketika. Hari ini (22/12/09) mayat seorang lagi kanak-kanak ditemui di dalam kolam tadahan air di Semarak, K.L. Mayat itu ditemui dengan kesan leher dijerut dan dipercayai telah dirogol sebelum dicampakkan ke dalam kolam tadahan tersebut kerana mangsa telah ditemui dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Yang saya pelik tak ada pulak polis buat rondaan atau spotcheck dari rumah ke rumah untuk mencari suspek2 sedangkan lakaran dahpun ada, buat sekejap tak sampai sebulan, lepastu dgn polis2 lesap.. hantarlah polis untuk meronda di kawasan2 perumahan, buatlah sekatan jalan raya setiap masa! Saya rasa kerajaan perlu buat ini semua kerana ramai lagi anak2 kecil yang akan meningkat jadi dewasa.. bagaimana kalau hal ini berlaku pada kita, anak hilang tapi kuburnya dimana... sedih....nauzibillah...

Semoga pemerintah negara tidak hanya mengejar kemajuan tapi dapat memberikan perlindungan yang secukupnya kepada rakyat yang mahukan keamanan dan bebas dari ketakutan sosial dan jenayah.. semoga janji yang diberikan tidak hanya menjadi agenda kepentingan politik sendiri tetapi dileraikan dengan kesungguhan melalui perbuatan..tolonglah!!!





UTUSAN MALAYSIA-KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini. Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini. Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.




Renung-renungkanlah.
-Salam-

Monday, December 14, 2009

Ikhtiar

Rasanya dah 3 minggu sakit telinga saya ni datang semula, makin lama makin kuat bunyi dengung bunyi sabdu mcm2 bunyi la dlm telinga tu.. dah pergi klinik tapi dr kata tak berani nak usik sbb bekas operate. Dr kata tumbuh balik apa kebenda namanya benda tu (tak ingat) kat dalam telinga tapi jauh ke dalam. Dr suggest saya pergi jumpa pakar semula. ish saya pikir kalau jumpa pakar maknanya nak kena operate balikla for 2nd time sbb dulu lepas diberi tarikh untuk 2nd operation terus saya menghilangkan diri.. tak mau dah rasanya nak masuk OT lagi..

Last week balik kg ambik batang pokok sumbo keling- huduh bunyi tapi banyak khasiat, asah dengan kemeyan dan titik kan dalam telinga, alhamdulillah berdenyut dah hilang tapi bunyi dengung dan sewaktu dengannya masih maintain.. so semalam ada kawan suggest utk pergi try ngan makcik ni yg duduk lebih kurang setengah jam dari bandar Chukai, saya kata ok, ikhtiar je lah.

So dalam kul 11 pagi tadi saya dgn suami pergi rumah makcik tu, disuruh bawak telur ayam kampung dan air mineral untuk dibuat air tawar. Orangnya muda lagi, dalam umur 45++ gitu, saya disuruh baring, telur ayam digosok2 sekeliling telinga dan bawah bahagian tengkuk + mulutnya membaca ayat2 yg saya tak berapa jelas ayat apa, maklumla sound trouble. :-).. dalam lebih kurang 40 minit, dia suruh saya bau telur tu, uishhh busuk giler..bau macam nanah dan telur tu pun rasanya panas, dia kata guna telur untuk sedut penyakit tu dan masukkan dalam telur tu, lepas tu dia pesan untuk saya lumurkan bedak sejuk dengan air daun setawar sekeliling telinga sebab urat kat bahagian belakang telinga bengkak.

Kata hati saya, harap2 cara ni boleh sembuhkan penyakit saya ni, kalau sembuh alhamdulillah, kalau tak, cuba lagi kat lain, maybe lepas ni nak ke Hospital Tong Shin kat Pudu, atau maybe ke Kota Bharu..kena usaha sikit.. semua yg berlaku kuasa Allah dan izinNya, perlu berusaha, berikhtiar dan bertawakkla.. InsyaAllah saya akan ok...

Thursday, December 3, 2009

Update Carling: Arsenal 0-Manchester City-3

Carling Cup is not on the list anymore. Chelsea is also out with 4-3 penalty kick-against Blackburn. The first semi will be a clash between 2 Manchesters- City and United, and the later will definitely beat City (I think so). The other semi will be Aston Villa against Blackburn- and i don't care who will advance to the final.

Next week will be Arsenal against Stoke and Arsene should hung himself should they lose again.. Arggghh..!! I wish I never know this game. I wish I hate football... pity me.

Wednesday, December 2, 2009

CARLING CUP- TONIGHT!

We need a trophy this season, too long Arsenal out of silverware and with English Premier League title is at stake, this Carling Cup Trophy or FA Cup (third round draw- against West Ham) should not be ignored, at least we got one out of four (champions League seems impossible to go through to final, semi sounds good enough)... So desperate i sound .. only a pure & truly arsenal fan will understand. Tonight hopefully the luck is on our side..hopefully...(I hate Mark Hughes!!)

Probable teams

Manchester City (4-4-2): Given; Zabaleta, Toure, Lescott, Bridge; Wright-Phillips, De Jong, Ireland, Bellamy; Tevez, Adebayor.
Arsenal (4-2-3-1): Mannone; Gilbert, Senderos, Silvestre, Traore; Eastmond, Merida; Wilshere, Ramsey, Vela; Watt

Referee: C. Foy (Merseyside)


-Miss the old team-

Monday, November 23, 2009

Banjir @ Kemaman

Salam,

Hujan turun lagi membasahi tanah Kemaman, lama sungguh sang matahari bersembunyi, sejak hari jumaat 20/11 hinggalah hari ini, tadi sang matahari menunjukkan dirinya sekejap, lebih kurang 30 minit namun tidaklah seceria biasa, cerah macam tak cerah, malu disebalik awan gelap.

Di saat saya mengetuk keyboard ini, sempat menjenguk keluar tingkap sambil menyaksikan pokok melambai kanan dan kiri,  awan hitam menutupi ruang udara, dan hujan sedang mula membasahi tanah yang belum sempat mengering. Sejukkkknya diluar itu..

Bila dihitung kiranya sudah 3 hari hujan berterusan di tempat saya, di kawasan rendah terutama di Seberang Tayor, Pasir Gajah dan kawasan2 berdekatan sudahpun dinaiki air, jarak kawasan2 itu lebih kurang satu jam menaiki kereta, takut juga kalau berterusan hingga hari Rabu sebagaimana ramalan cuaca yang diwar2kan media, memang confirm rumah saya pun akan dinaiki air.. Oh Tuhan, jauhkanlah kami dari segala kesusahan..Amin.

Gambar 20.11.2009@ 4.20 petang, gambar diambil sekitar rumah saya di Bandar Baru Bukit Mentok.







jam 6.00 petang, same day, naik kereta meninjau keadaan rumah2 berhampiran. Banyaknya air..



 


21.11.2009, jalan menuju ke berek polis dah dipenuhi air,  


Semalam, 22.11.09-Saya menju ke Kerteh untuk satu majlis walimatul urus anak kawan, mula-mula kami lalu ikut jalan belakang-ibok-kemasek untuk mengelakkan trafic jam kat bukit kuang, tapi terkejut bila menuruni bukit selepas zoo kemaman, nampak air melimpah, dan ada 3-4 biji kereta berhenti. So terpaksala pusing balik lalu ikut jalan biasa. Sampai di Kerteh hadapan LMart (sebelah Petronas), jalan tutup sebelah sebab air sedang melintas.



Kesian sungguh dekat kawan saya Kak Pah, buat majlis dalam hujan lebat, tapi takpalah, hujan rahmat. InsyaAllah.

Hari ni 23/11 , masih hujan lagi tapi situasi tak banyak berubah, air pada takat sama cuma kat depan rumah dah kurang sikit.. harap2sang matahari memunculkan dirinya esok. Amin.

Salam.

Friday, November 20, 2009

Doa ketika menghadapi saat kesedihan

Berdoa ketika Sedih 

Ucapkanlah doa berikut yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w:  

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, putra hamba laki-laki-Mu, putra hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil ketentuan-Mu untukku. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku dan diberikan jalan keluar dengan kegembiraan.” 

Kemudian ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan doa ini (pada orang lain)? 
Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”

(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy).

Salam.

Thursday, November 19, 2009

Sekadar Renungan

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari) 

Renung-renungkan lah...

Monday, November 16, 2009

Hari Rajin Sedunia

Jumaat minggu lepas dan minggu ni merupakan minggu yang paling best untuk diri saya, bukannya apa, lama tak memasak disebabkan sblm ni ada helper, so kalau nak masak pun kena yang simple-simple jer la, gulai ayam, nasi goreng, ikan panggang.. makanan2 yang 'semua orang' makan.. sebab helper saya tu makannya punyala memilih dan susah, nasi lemak tak makan, nasi ayam tak makan, nasi goreng kalau tak pedas tak makan, ikan lain selain ikan kembung tak makan... emmmm...susah!.. saya kesian jugak kalau kita makan tp ada orang lain tak makan,  last2 goreng ikan kembung, telur dadar, nasi putih, habih citer. :-)

Sekarang helper dah hantar balik Indon sbb rasa dah tak ada keperluan, anak2 hantar taska sbb mereka demand nak berkawan lagipun banyak aktiviti berfaedah boleh dibuat masa kat taska berbanding duduk dengan helper, tengok tv dari pagi sampaila kami balik keje. Helper pun sama naik tengok citer katun.. ish ish..

So apa yang bestnya jumaat lepas? Haha.. masak Nasi Arab, Ayam Panggang dan Dalca, puas hati sbb 'semua orang' boleh makan. :-), Hari Sabtu pagi masak Nasi Lemak, tengahari Gulai Ayam+ telur + nasi putih, malam belasah maggi. :-). 

Minggu ni hari Jumaat masak Nasi Mandi Ayam, sabtu pagi beli nasi kunyit, tengahari masak Ikan Talapia+Nasi Putih+ Sayur Campur, petang buat Flan Epal, malam goreng Ikan Keli. Semalam (ahad) balik kerja awal, sempat lagi buat Kek Coklat.

Kiranya saya ni seperti melepas geramla sbb dah lama tak masak yang suami & anak2 suka except selalunya 'masak yang helper saya boleh makan' saja, Huhhh.. satu kepuasan yang sukar digambarkan.. :-)

Sunday, November 15, 2009

Najihah's Graduation Day.

Jumaat-13.11.09 -hari ni dari pagi dah sibuk tidak seperti biasa, mak dan ayah hari ni nak singgah kat rumah sekejap untuk pinjam kereta Exora kami sebelum bertolak ke KL sbb Pajero ayah belum servis, takut tak sampai KL katanya. Jam 7 pagi saya dah ke pasar cari ayam, hari ni nak masak nasi mandi dan nak ajak mak&ayah dan adik yg jadi driver lunch dulu sblm berangkat. Mak&ayah sampai lebih kurang jam 12.30 tengahari, terus hidangkan makanan untuk lunch sbb waktu zohor awal, nanti terkejar2 nak ke masjid untuk solat jumaat.

Jam 2.00 suami balik dari masjid, mak & ayah dah pun bertolak ke KL, saya & anak2 pulak tergesa2 masuk dalam kereta, Najihah kata hari ni kena berkumpul jam 2! alamak, memang kelam kabut la sikit, maklumla..pengalaman pertama pergi hari graduasi anak, excited!

Sampai di INTAN Kampus Wilayah Timur, tak ada orang pun, hahahaha.. kiranya kami orang pertama sampai, lepas tu baru nampak kereta Alia (best friend Jihah) sampai, dalam 10 minit barula nampak 2-3 bijik lagi. Pintu ke dewan buka jam 2.15, cikgu2 pulak gagal dikesan, agaknya dah tunggu kat dalam dewan kot.

Majlis mula lewat, jam 3.20 baru mula sbb menunggu murid2 yg belum sampai, ucapan aluan oleh pengetua dan kemudian ucapan perasmian dari wakil PPD Kemaman, panjang giler ucapan dia, jam 4 baru habis (itupun dia kata saya tak nak bercakap panjang.. hahaha). Nadhirah pun sampai tertidur masa ucapan diberikan.

Masa Najihah buat persembahan lagu Nabi Yunus, Nadhirah masih lagi tidur, tak sempat tengok kakak dia nyanyi, masa Najihah terima sijil pun dia masih tidur.. kesian..


Masa persembahan akhir, Najihah jadi bidan terjun untuk berpantun sebab budak yg sepatutnya berpantun tu tak datang, saya mula berdebar sbb tak pernah dengar dia praktis kat rumah, dalam hati saya rasa mcm dia tak ingat, muahahahah.. memang pun tak ingat!! habis semua 10 jari dia masukkan dalam mulut lepas tu hujung baju kurung pun dah mula digulung2 dengan jari, mungkin dia gelabah sebab semua orang senyap nak dengar dia berpantun, kesiannya dia... nasib baik tak nangis, lepas tu cikgu pergi dekat dan beritahu rangkap 1 & 2, barula dia sambung rangkap 3 &4, fuhh lega bila dia tengok dia ok saja. Masih boleh rilek dan selamba. :-)

Majlis berakhir jam 5.50, lewat 20 minit dari waktu yg sepatutnya, tak sempat nak berborak panjang dengan parent lain sbb nak kejar solat asar. Cuma sempat bersalaman dengan cikgu2 yg mengajar di sekolah Najihah, rasanya ucapan terima kasih tak cukup untuk membalas jasa mereka mendidik anak saya dari umur 5 tahun, dari tak pandai membaca hingga lancar dan fasih. Semoga Allah membalas jasa cikgu2 semua. Terima kasih untuk satu hari yg sangat menggembirakan. Alhamdulillah.



Video Najihah bernasyid tajuk "Nabi Yunus"- klik sini
Video Najihah nyanyi "Rasa Sayang" & pantun- klik disini
Video Nasyid akhir-klik sini

Salam.

Friday, November 6, 2009

Banjir

Hari ni awal2 pagi dah siapkan beg untuk balik k.trg, last week pun balik sebab tokwan tak berapa sihat. Pukul 9 dah siap semua, breakfast dah, mandi dah, kemas rumah dah jemur kain pun dah. Macam biasa kami akan lalu ikut jalan belakang, Jerangau-Jabur sbb lebih dekat dan tak banyak kereta.

Sepanjang jalan hujan renyai-renyai dan kejap2 lebat, nampak banyak air dah penuhi longkang2 dan sungai Ibok pun dah almost melimpah. Sampai di Jalan Bukit Besi, ada lori bagi lampu tinggi, biasanya kalau signal mcm tu maknanya polis @ JPJ buat road block, so lekas2 la saya tarikh seatbelt sbb tadi lupa nak pakai. Tapi suami kata tak kan la tengah hujan ni polis nak buat sekatan.. macam tak logik jer.. ye tak ye pulak kata saya.. then lepas tu ada lagi 3-4 bijik kereta bagi signal yang sama.

Tak sampai 10 minit dah nampak kat depan kereta bersusun2, rupanya air melintas. Suami saya park kereta kat tepi jalan dan berjalan dlm hujan untuk lihat keadaan, pemandu2 lain yg juga turun dr kereta. Saya tunggu dalam kereta shj dengan anak2, berdebar jugak..


Suami masuk semula dalam kereta dan bagitau air dkt paras lutut, tak boleh nak redah, nak tak nak terpaksa pusing balik ambil jalan bandar, so pusing balik dan lalu short cut menuju ke Paka, sampai di Dungun, terasa nak buka radio Terengganu- 97.7 . Ada laporan banjir dari DJ dan inform Jalan Merchang dinaiki air dan ditutup pada kenderaan ringan.. Hahahahaa.. saya tengok kat suami.. apalagi, suami pun pusing balik menuju ke Kemaman, takleh buat apala.. terpaksala balik rumah semula.

Wednesday, November 4, 2009

WAHABI ?

Dipetik dari Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.islam.gov.my

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah'

Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Dalam amalan fiqh tidak berpegang kepada mana-mana mazhab dan boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam.

. Menolak fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah.

. Melarang imam membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Melarang mengadakan zikir secara berjemaah.

. Melarang amalan tariqah.

. Melarang membaca wirid selepas solat.


Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.


Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.


Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 12997


Semoga mendapat pengetahuan yang berguna dari info ini. Salam.

Sunday, November 1, 2009

Manusia yang kalut!

12 oktober 09 Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hantar memorandum bantahan kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tarik balik perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai yang dipertua YADIM. Tak faham saya apa peranan PGSM ke atas YADIM? Ya PGSM adalah pertubuhan NGO Islam tetapi bukankah lebih baik jika PGSM ini lebih memfokuskan kepada isu2 yang memartabatkan undang2 syariah, membantu ahli2 persatuan yang memerlukan dan semestinya menjadi pengantara untuk menegakkan sesuatu yang hak ? Pendapat saya jangan dicampur adukkan hukum agama dengan hukum politik dan kerjaya kerana boleh mengelirukan manusia dengan kebenaran dan melebihkan manusia kepada kepentingan dan keuntungan....

Pada pandangan peribadi saya yang tak famous ni, perlantikan Dr Asri ini tidak mungkin bercanggah dengan agama melainkan penentangan yang dibuat adalah untuk merosakkan dan manjatuhkan reputasi@nama baik beliau semata. Kenapa bersungguh-sungguh benar mereka membuat bantahan sehingga menghantar kepada Yang diPertuan Agong. Dahsyat sungguh penolakan mereka kepada Dr MAZA (Dr MAZA adalah kependekkan kepada Mohd Asri Zainul Abidin) ini hingga diserang kepada perkara yang peribadi dan mengaibkan individu ini sedangkan dia tidak pernah mengaibkan malah cuba menjatuhkan mana-mana individu secara spesifik, yang salah akan ditegur, amalan yang kurang baik diperbetul, bukankah hidup kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain?? ..

Pendapat saya.. mengapa perlu dihantar Memorandum Bantahan dengan mengungkitkan isu2 yang menyentuh hal2 peribadi individu sedangkan orang yang dilantik bukanlah seorang yang membuat perkara jenayah atau menyebarkan ajaran yang sesat, malah tiada ulama' membuat kenyataan bahawa Dr Asri adalah seorang yang sesat tambahan bahtera perubahan yang dibawa Dr Asri adalah berlandaskan quran & sunnah, setiap hukum yang dibawa disertakan dalil, bukan pakai hentam suka hati saja.. orang yang mengaji sanad, ada latar belakang agama, berpendidikan tinggi, ada Phd, ada Ijazah Hadith, sedangkan orang yang menentang tak tahu lagi latar belakang agamanya bagaimana, tersangat arifkah orang yang menentang itu di dalam agama hingga pendapat @ ajaran ustaz yang lain dah tak boleh pakai.. bukan ajaran sebarang ustaz, bekas mufti tu!! Jangan jadikan faktor umur sebagai alasan untuk menidakkan apa yang betul .. saya betul konfius pada orang2 yang berperangai sebegini...

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya PGSM dalam menghantar bantahan perlantikan dr MAZA ini kepada Baginda Yang dipertuan Agong, mungkin mereka didalangi segelintir manusia yang mahukan kepentingan dijaga, mungkin didorong oleh perasaan tidak puas hati atas pencapaian manusia yang lain dan mungkin ada juga yang tidak tahu siapa itu dr MAZA! Bila nak hantar bantahan, mungkin semua pakat turunkan signatories sebab tu bila tengok pada bantahan, nama ayah Dr pun salah eja..

Saya terbaca statement Datuk Seri Shahidan atas fitnah yang dilemparkan pada Dr Asri, takjub saya pada kesungguhan beliau yang menghubungi media dari luar negeri untuk mempertahankan Dr Asri, betapa menunjukkan orang yang benar akan sentiasa mendapat bantuan Allah walau dalam apa jua bentuk sekalipun, mungkin sokongan dari ahli keluarga, rakan taulan atau mungkin dari individu yang mungkin dia tidak kenali siapapun orang itu, seperti saya.

Saya merasakan perubahan yang dibawa Dr Asri dapat memperbaharui diri saya yang sememangnya tidak pakar dari segi hukum hakam agama dan penerangan yang diberikan menjawab kemusykilan di dalam mengerjakan ibadat seharian selagi nyawa masih dipinjamkan oleh tuhan sebelum sampai waktu kembali kepadaNya. Selagi individu itu dapat memperbaiki saya pada sesuatu yang lebih baik, sudah tentu saya akan menyokongnya.

Untuk manusia yang merasakan dirinya adalah ciptaan terbaik, yang masih tinggi egonya dan tidak sanggup menerima kenyataan , ingatlah hidup seperti roda.. hari ini kita di atas esok mungkin kita di bawah.... akan ada pembalasan untuk semua yang kita lakukan kerana Allah sentiasa melihat kita dan Islam sentiasa menghendakkan manusia berbaik-baik sesama mereka.. all men are created equal.. salam.

Thursday, October 29, 2009

Angan-angan Najihah

Hari ni macam biasa ambik Najihah kat sekolah, sejak duamenjak ni rajin sungguh dia pergi sekolah, takpayah nak paksa2, bangun pagi pun dah awal sekarang, maybe dah semakin besar dan dah matang sikit (sikit jer) :-).

Masuk dalam kereta tanya macam mana result periksa baru ni, dia kata ada dapat 100, 95 ada, 90 pun ada. Dah tu dapat nombor berapa saya tanya lagi, dia kata nombor 100 lah. Oooo tak paham soalan budak ni, takpelah, tak boleh nak press2 sangat makcik ni, kang banjir lak dlm kereta. So iyakanlah aje jawapan dia tu.

Saya tukar topik sementara menyusuri jalan belakang Sekolah Sultan Ismail nak ke Taska Raudhah di lot 144 (tadika untuk transit Najihah dan taska adik), saya tanya Najihah bila besar nak jadi apa, huhh laju jer jawab "Jadi Doktor kat KL" hahahaha siap kat KL tu, saya kata kenapa kat KL ? jawabnya simple giler, bleh duduk hotel. Mak aiii... tingginya berangan. Dekat nak sampai dah kat taska saya tanya lagi, dah macam mana kakak nak gi kerja, kakak kan tak pandai bawak kete.. dia jawab dengan rilek & selamba ala-ala upin ipin gitu.. "buuukannya sekaaaaraang." Ok! end of question. Dah besar anak aku.. :-)

Pagi ini- Suamiku & Imigresen

Jam 6 pagi saya kejutkan suami, hari ini kena bersiap awal sbb nak pergi ambik bibik @ rumah mak, dia duduk kat sana sejak 2 minggu lepas since Nadhirah pergi taska, ye la, ambik bibik dulu pun sbb anak selalu tak sihat. Sekarang Nadhirah dah pandai menangis nak ikut kakak pergi sekolah dan nak main ngan kawan2, so hantarla dia kat taska, first day bila hantar memang dia nangis sampai saya dan suami teragak2 untuk hantar esoknya, tapi Alhamdulillah adik yang jaga dia bgtau Nadhirah menangis kejap jer lepas tu dia ok, mcm takder apa2, esoknya hantarpun dah ok.. mujur.

Isnin baru ni (this week) suami pergi ke imigresen Kuantan untuk batalkan passport bibik sebab nak hantar dia balik Indon, ye la, nak buat apa simpan dia kat rumah sbb tak banyak kerja pun, rumah mak dah ada helper. Dia pun selalu termenung ingat kat anak2 yg masih kecil, suami dia pulak dah meninggal dan anak2 dia tinggal dgn mak (itu cerita diala, tak tau betul ke tidak, tapi anggapla betul :-}, rasa serba salah, memang rugi kalau hantar balik sbb kontrak dia 2 tahun, next year baru habis, bayar kat ajen pun banyak..tapi lps bincang ngan suami, better hantar je la..)

Ikut kata kawan2, beli dulu tiket flight lepas tu bwk skali ngan passport masa pergi imigresen. So suami pun dah tempahla tiket hari jumaat ni (esok), naik @KT, saya+suami tiket k.t-k.l return dan bibik tiket k.t-k.l-medan. Masa @ imigresen, suami bgtau pegawai tu tanya mcm-mcm, saya tak pergi sbb takut tak sempat nak ambik Najihah kat sekolah. Pukul 12 saya call husband tanya dah siap ke belum, terkejut saya bila dia bagitau pegawai imigresen confirm cop kemasukan bibik ke Malaysia tak sah! huh?? Walawe.. biar betul.. Suami diiring masuk ke bilik siasatan untuk ambik statement.Suami kata tak tau pasal hal ni sbb serahkan dekat ajen dan baru jer pun dapat passport bibik dari agen bulan ogos hari tu.

Pegawai tu kata banyak dah kes mcm gini kat kuantan@majikan kena tipu dgn ajen, kiranya bibik tu diseludup masuk dan selama2 ni rupanya bibik kami dikira sbg pendatang haramla ...eee kalaula kena tangkap .. ish.. Nauzubillah.. mujur nak hantar dia balik, kalau tak memang tak akan tahu sampaila habis kontrak dia tahun depan.

Pegawai tu pesan suruh suami saya bawak bibik tu ke Imigresen kuantan untuk dihantar balik bersama2 PATI yang lain, passport pun pegawai tu dah pegang sekali. Dia kata hantar hari khamis (hari ini) pun ok sbb takla lama sangat bibik tu duduk dalam penjara, kesian pulak rasanya. Serba salah saya, taknak serah nanti kami pulak yang salah, nak hantar dgn flight memang tak lepas kat kastam, cara terbaik mesti surrender jugak. At least dia dihantar balik ke Indon dan kami pun tak kena charge. Tiket flight yang dah ditempah tu kira hangusla. Bak kata Bujang lapok..apa nak buat,dah nasib badan.. :-)


So hari ni jam 6.30 pagi lepas breakfast suami bertolak ke K.T untuk ambik bibik, harap2 semua berjalan lancar dan tak ada masalah lagi selepas ni, saya pun tak marah dgn apa yang agen tu buat kat saya dan suami, maybe bukan salah dia sbb dia pun pakai untung atas angin jer cuma yang tak best sbb dia seorang yang terpelajar dan profesional, so sepatutnya dia ambik tahu bibik yang disediakan untuk client dan jangan pakai lepas tangan ambik untung saja.

Untuk kawan2 yang plan nak ambik bibik, better be careful dgn agen, lepas dpt passport terus bawak gi imigresen untuk pengesahan supaya perkara yang berlaku saya dan suami tak berulang. Take care & salam.

Pagi ini- Saya & Arsenal

Hari ini saya bangun terlebih awal, jam 4-00 pg, ada live Arsenal v Liverpool, Carling Cup. Baru duduk jer depan TV, Arsenal sumbat gol sebijik, bagus! bagus! Arsenal lead 1-0 tapi dalam hati mcm akan kalah jer, ye la.. budak2 kecik (except Nasri, Eduardo & Bendtner) lawan liverpool yang turunkan Kuyt,Skrtel, Voronin, Benayoun & Ngog (yang score winning goal masa Liverpool v Man U last week), sambil mata layan bola, tangan lipat kain + gosok baju@ baju skolah Jihah, baju husband, baju adik nak gi taska dan baju mak dia nak gi ofis. Ish! tak sempat nak habiskan gosok sehelai baju, liverpool dah level, Insua sumbat dari jauh, Fabianski tu pulak pendek, takleh nak lompat tinggi-tinggi, so masukla dalam gol!

1st half, 1-1, tak tau la ending camne, dah agak dalam hati rasa mcm header hari ni Liverpool 2- Arsenal 1, harap2 takla jadi kenyataan, tapi kalau kalah pun takpe so kira lepas ni takde la nak bersengkang mata.. :-)

2nd half Bendtner sumbat gol, yesssss!!! Macam cerah jer harapan.. (berangan la dulu..) Suka bila tgk senior player beri sokongal moral, Arshavin, Fabregas & Diaby dtg duduk dkt seat penonton.. Masa kecederaan + 3 minutes, huh.. sakit jantung, Mark Riley plak lambat tiup wisel, but at the end.. Arsenal menang, yayyyy!!! Tengok jam dah 6.00 pagi, dah subuh. Alhamdulillah baju pun dah habih lipat, gosok pun dah siap.. lepas ni nak siapkan breakfast dan kejutkan suami untuk agenda dia pulak......

Sunday, October 25, 2009

Office day-off : Sunway Lagoon

Bismillah & salam,

Alhamdullilah my deepest gratitude to Allah swt as me n husband managed to have another office family day for the 3rd time, 1st@genting, 2nd@langkawi and now@sunway lagoon-22/10-24/10.
The original plan was to be held from 5-7/10 however was forwarded to the above date due to 'unavoidable circumstances' .

Stay@the Zon on the park- pick 4 x 2 bedrooms deluxe suite (for 4 family) and 1 bedroom superior (untuk my one and only staff lelaki yg masih bujang) for 3 days 2 nights = total cost RM3980-00.

The next day off to Sunway Lagoon-fun time!! entry tickets bought via online@sunway.com.my- cheaper and faster. The original price for 2 parks -adults=RM48(original=60) and kids=RM36 (original RM45). Total for all staff+suami@isteri+anak2=RM980-00.

At the end- Alhamdullilah for this joyous moments, bak kata suami: Bila ada rezeki Allah dikongsi bersama.

for pictures do visit: Ayasu "kuro-Obi" Go Ahead.

Salam to all & take care.

Monday, October 12, 2009

Iltizam 2010

Salam,

Tahun 2009 dah pun masuk bulan 10, tinggal 2 bulan sblm masuk tahun baru yang akan dipenuhi dengan pelbagai azam baru. Tahun depan Najihah akan masuk darjah 1, pengalaman baru untuk dia dan juga untuk saya dan suami, sebagai ibubapa yang tidak akan dapat pergi bercuti selagi tak cuti sekolah dan juga sebagai ahli PIBG (kurang teruja).... :-)

Say dah pun print jadual persekolahan dan cuti sekolah untuk tahun 2010, kena plan awal kalau nak kemana-mana, kalau dulu lain, nak cuti hentam jer bila-bila suka, sekarang kena belajar planning cuti. Satu kekurangan saya dapati bila bercuti dimusim cuti sekolah, tiket kapal terbang jadi mahal, hotel pun mahal, pendek kata bertambah kos jika dibandingkan semasa low season. Tapi kenala ikut flow.. orang lain pun merasa mcm tu juga kan..

Tahun depan rasa nak buat bisnes baru, entahla masih dalam perancangan, harap2 menjadi. Saya diajar supaya tidak bergantung kepada satu perkerjaan sahaja dalam hidup, kalau ada peluang, grab dan usahakan- mungkin boleh mengurangkan tekanan kerja semasa dan mungkin hidup rasa lebih terisi dan gembira. Teringat pada cerita ayah saya, masa dia kecik2 dulu sebelum ke sekolah, jam tiga pagi dah bangun temankan arwah datuk saya pergi menoreh dan kutip getah untuk dijual, lepas balik sekolah pergi kebun, jaga kambing, bela lembu, jual kuih.. cari pendapatan lebih untuk keluarga.. memang jauh nak dibandingkan semangat ayah dan saya, saya mudah tertekan dan asyik nak tido kalau letih.. (camne tu.. :-) Tapi tetap akan jadikan ayah contoh dan idola saya, selagi saya mampu, saya follow.

Tahun depan juga saya dan suami merancang untuk pergi mengerjakan umrah sekali lagi, mungkin kali ni bertiga dengan Najihah yang akan dibawa sekali, InsyaAllah jika diizinkan dan dipanggil untuk menziarahi rumahNya. Amin. Untuk kawan2 yang ada plan nak mengerjakan Umrah tahun depan, jomla kita pergi sama-sama. Mesti best!!

Salam.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aildilfitri.

Salam semua,


Di kesempatan ini, mohon maaf kepada semua kalau ada terkasar bahasa, tersalah komen, tersilap kata...mohon ampun & maaf, zahir & batin. Pada yang mengenali rumah mak saya di Bukit Payong, jemputlah datang hari kedua dan keatas sbb hari pertama kami sekeluarga akan beraya di kerteh, rumah abang ipar yang sulung kerana meraikan ayah mertua yg akan beraya disana.

Ketiadaan ibu mertua saya yang sekarang sudah 4 tahun meninggalkan kami menerima jemputan Ilahi meninggalkan kesan hiba di hati, maklumlah kalau dulu dialah yg paling sibuk menjahit baju raya cucu-cucu, sampul raya pun buat sendiri, tambahan ibu mertua meninggal tanggal 21 Ramadhan, 9 hari sebelum raya. Jadi setiap kali menjelmanya Ramadhan akan menggamit memori mengimbau kenangan hari ibu mertua saya meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Sedih memanglah sedih tapi tetap redha dan sentiasa berdoa semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Untuk semua, semoga raya tahun ini lebih bermakna dan lebih ceria dan raikanlah dengan perasaan syukur bahawa kita masih lagi diberi peluang untuk beribadat kepadaNya sebelum dipanggil kembali untuk kehidupan yang hakiki. Saya berdoa dan berharap agar Allah menjemput saya dan suami berserta anak2 untuk meraikan Ramadhan dirumahNya Al-Haram pada tahun yang mendatang. Amin. Selamat Hari Raya semua!



Wednesday, September 2, 2009

Good info!

Seorang anggota polis jaga 21,000 penduduk Binjai


INILAH pondok Polis Binjai di Kemaman yang menugaskan seorang anggota polis bagi memberi khidmat kepada 21,000 penduduk di kawasan itu.


Kosmo 2/9/09


KEMAMAN - Hanya seorang anggota polis 'menjaga' 21,000 penduduk.
Itulah realiti di Pondok Polis Mukim Binjai, di sini, apabila cuma seorang anggota polis bertugas di kawasan yang mempunyai 10 buah kampung dan 11 buah taman perumahan itu.


ROSLAN


Ekoran itu, rata-rata penduduk meminta pihak pengurusan polis supaya menambah segera bilangan anggota kerana jumlah penduduk sedia ada semakin bertambah.

Menurut Pengerusi Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tok Kapor, Roslan Md. Dalin, 42, adalah tidak sesuai kawasan itu hanya mempunyai seorang anggota polis bagi menjaga keselamatan penduduk yang ramai.


MAT LAZIN


Katanya, ekoran masalah itu, anggota polis berkenaan terpaksa berkejar ke hulu ke hilir bagi menyelesaikan masalah penduduk setiap hari.



P/S:- tak sangka kawasan yang penuh dgn fasiliti i.e Sekolah Keb.Binjai, Sek.Men Binjai, Sek.Teknik, Sek.Keb.Pusat, Pasar Binjai (Souq Binjai) dan banyak lagila, memang tak logik bila baca berita kat atas, sorang jer polis? Rasa Dato' Mat Said kena ambil pertimbangan tuntutan orang kampung.. nanti jadi kampung saya gak tu.. tak sabar nak duduk rumah baru.. Tok Kapor..here we come!!

Ramadhan...

Pic source : http://callidesign.blogspot.com/

Monday, July 6, 2009

Jiwa yang tertekan

Jiwa yang hari ini sedih

Jiwa yang hari ini meronta pohon diberikan sedikit kerehatan

Rimas… resah… sebak..marah..

Bukan ini yang dipinta namun pasrah..

Bukan ini yang dkejar namun akur, aku tunduk syukur..

Tatkala menyesali akan jalan yang dipilih

Tatkala jalan ini menyesakkan.. pening

“Jalan inilah yang kau telah pilih..

jalan inilah yang kau telah lalui selama bertahun..

maka haruskah engkau berputus asa pada hari ini wahai engkau yang bernama aku... ?"


Ya Allah, Engkau permudahkanlah penghidupanku..

Hanya padaMU aku sujud, hanya padaMu aku kembali

Hanya padaMu aku mengadu..Hanya Engkau yang memahami..

Engkau tenangkanlah aku… Amin..



6th July 2009

10.56 a.m

Tuesday, June 23, 2009

Kejohanan TKD Kebangsaan MGTF 09- Lontaran Rasa

Tarikh - 20-21 Jun 2009
Lokasi - Dewan Politeknik Shah Alam, Selangor

2O.6.09 (19hb tak kira la sbb hari tu untuk daftar dan timbang jer, takde apa nak citer..)

Event dimulakan dengan Team Pattern Lelaki & Perempuan, tak banyak beza dengan sistem pemarkahan, secara amnya 7 judges akan duduk di depan, markah minima yg ditetapkan adalah 4 sbgmana yangdiberitahu oleh Master Siva masa briefing kepada judges, yang diambil untuk pengiraan adalah lima markah purata, dua lagi iaitu markah paling tinggi dan paling rendah tidak akan diambil kira.

Yang best, kalau antara judges dah berpakat antara satu sama lain, maka team yang patternnya ala kadar pun akan jadi team paling best, dan team yang kalau ikut boleh dapat markah antara 6.5 hingga 7, mungkin akan dapat 5.5 saja sebab markah adalah hak milik judges dan ia adalah subjektif. Bestnya kalau ada 3 judges pakat2 untuk bagi 6.5 dekat mana-mana team, so confirmlah 13 point dalam tangan. Kalau judges lain bagi 5 jer x3 = 15+13 = 28. Banyak wo! Buat pattern macam tak makan nasi seminggu dapat 28, bukan ke best gitu!

Yang tak best, melihat situasi sama setiap kali tournament di adakan, judges masih lagi tidak professional, semangat kepuakan dan kenegerian mengaburi penilaian terhadap tahap persembahan sebenar peserta. Ada peserta bila buat pattern yang orang bodoh tak tau pattern pun boleh kata lawa giler, judges buleh bagi 5 jer sedangkan pattern yang menang tu biasa2 jer, cuma tangan kasi gegar2 sikit, bila menang ramai mengeluh..pada pendapat saya menang pun takde maknanya! .. huhhh

Acara pattern habis lebih kurang jam 6 petang terus disambung dengan sparring individu, macam biasa untuk kategori individu ada micro,light,middle,heavy dan hyper weight. Sblm bleh main dalam kategori2 berkaitan masa hari pendaftaran peserta2 untuk acara sparring kena timbang, ada yang tak lepas dan kena berlari lagi 10 round untuk kurangkan berat, kesian..
saya sempat tengok masa time timbang tu ada satu peserta beratnya lebih sampai 8 kg, camno nak buek tu! dah lari sampai berpeluh2 turun baru 2 kg, ada lagi 6kg,masuk tandas kuar tandas kurang lagi 1 kg, balance ada lagi 5.. memang kesian sungguh.. datang jauh2 tak bleh main.. cuma pendapat saya next time penganjur jgnlah terlampau strict, kalau lebih setakat 2-3 kilo bagi jelah main.. pejam mata je lah..

Acara sparring individu mula dgn perempuan micro & light, lelaki pun micro & light, tak banyak kontroversi untuk first day fighting events.. habis lebih kurang jam 9 malam.. letih!! Kedah lead dgn 6 emas dan 2nd place Trg dgn 4 emas.. rasa mlm tu mcm Trg ada harapan nak jadi juara keseluruhan sbb favourite fighter blm turun padang lagi...bunga2 harapan kembang giler!!

21.6.09 -final day

Start lebih kurang jam 9.30 pagi, dgn acara middle dan ke atas. Biasala perang mulut antara penyokong2 team.. ada lagu capati roti canai, ada teriak2, ada perli2..pendek kata semua ada la..
Hari ni terasa bahang, walaupun aircond dalam dewan teramatlah sejuknya tapi dlm hati mcm gunung berapi, harap2 pingat emas untuk acara hari ni semua untuk Trg..semangat sungguh!!

Namun yang kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.. (ewahhh!!) kesian tengok adik2 saya yang fight giler2, kasi slapping 5-6 bijik, chop dua bijik atas kepala pun tak boleh menang lagi, nak kata tak ada point, memang clear cut.. ntahla.. mcm impossible untuk menang bila melihat aturan corner judges yang bertugas, tengok chief judge.. alahai... lemah semangat!! pastu tengok umpire pun huhhh... bayangkan, 2 corner judges dari satu team, tak perlu mention lah state mana ye.. tengok kat chief plak.. mak aii.. dari kawasan2 sewaktu dengannya jugak.. dah tu.. tengok umpire.. ambik ko!! 4 org dari kawasan2 yg sewaktu dengannya, dah tu 2 lagi judges tu bleh buat pe?

Bila team dari pihak yang berkaitan kuar gelanggang, takde pun nak bagi warning, bila jatuh takde pun bagi warning, bila kick below takde pun nak bagi warning, bila cedera takde pun nak kira sampai 10, last2 orang kita jugak yang kena warning, orang dia jatuh, umpire kata org kata yang grabbing,bila cedera, umpire kata org kita tumbuk tak pull back..kasik lagi warning, bila org kita kena kick ditempat yang tak sepatutnya dan kuar galanggang, cepat2 bagi warning "out of the ring.. juihana (one warning), 3 warning potong satu point, dah kalau dapat 10 point pun then asyik kena potong jer..last2 tinggal la kosong.. maka kalahla orang kita.. habih citer!

Kesian saya tengok adik2 saya kalah, ada yang nampak sungguh down dan muka pun moyok jer... memang bukan kesungguhan peserta yang jadi ukuran judges, judges pun ada team dia gak, bukan neutral.. ada judges yang neutral dan saya respek ke'professional'annya (ada ke perkataan tu? hentam je lah..) tapi dia tak datang plak.. Ada yang datang semalam, yang very brave utk pertikaikan kiraan total mark dari chief judge, yang profesional dalam pemarkahan, tak datang plak hari ni.. dah nasib pasukan Trg kut.. so dari target 6 emas untuk hari ni, tak dapek apo2.....huhuhu

Yang kelakarnya, kalau bukan peserta pilihan yang menang maka biasanya markah akan jadi draw despite kawan ni dah bagi 3-4 chopping, kalau 2nd round tak menang lagi orang dia, kasik draw lagi, sampai la org kita nak pengsan.. kawan tu chop sebijik.. terus kawan tu menang woo!! Yang saya tak paham, kalau markah 4 corner judges draw, bukan chief sbg org no.5 bleh decide ker dan atas budi bicara dia nak bagi menang yang mana kan? Kenapa samapai nak buat 2-3 round.. gilo!!

Whatever it is.. same issue same situation.. same faces a.k.a troublemakers.. hopefully next time judges will be more reliable and honest, berhentilah makan suap atau jadi pak turut. Be professionals!

-Action speaks louder than words-

Salam.

Wednesday, June 17, 2009

Big Four Clashes



Aug 29
Man Utd v Arsenal
Oct 3
Chelsea v Liverpool
Oct 24
Liverpool v Man Utd
Nov 7
Chelsea v Man Utd
Nov 28
Arsenal v Chelsea
Dec 12
Liverpool v Arsenal
Jan 30
Arsenal v Man Utd
Feb 6
Chelsea v Arsenal
Feb 9
Arsenal v Liverpool
Mar 20
Man Utd v Liverpool
Apr 3
Man Utd v Chelsea
May 1
Liverpool v Chelsea


Arghh....lambatnya Bulan 8!

Tuesday, June 16, 2009

Tag dari Kcik

Ini jawapan untuk tag yang saya terima dari Kakcik (bekas student husband saya, comel orangnya.. :-).. thanks kcik!

1) Bekas kekasih saya –
-emmm... next question!

2) Saya sedang mendengar –
-sunyi sepi jer kat sini.

3) Mungkin saya patut
– Pergi daftar haji kat tabung haji, tak daftar lagi..huhu

4) Saya suka
– Jalan-jalan rehatkan kepala yang selalu serabut..

5) Sahabat-sahabat saya
– kebanyakkannya anak lebih ramai dari saya.. huhu

6) Saya tak faham
– watak manusia, ramai yang pakai topeng.. membuatkan saya makin pening, sapa yang jujur dan sebaliknya.

7) Saya kehilangan
– selipar masa kat mekah.. nakalnya orang tu curi selipar kat masjid..

8) Ramai yang berkata
- Saya tak gemuk2, serupa masa skolah menengah dulu...ye ker?? Rasa mcm dah semuk sikit.. ntahla..


9) Cinta itu adalah
– kekuatan untuk saya teruskan kehidupan..cinta suami berikan saya kebahagian, cinta anak berikan saya
ketenangan, cinta pada tuhan ..semoga Allah menempatkan saya bersama-sama orang yang beriman.. amin!!

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
– di dalam kesakitan yang amat sangat.. di dalam hati dia berdoa kepada Tuhan supaya diringankan kesakitan yang tidak tertanggung..sedihnya..

11) Saya akan cuba
–menjadi menusia yang lebih penyabar..

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
– ke akhir hayat..

13) Telefon bimbit saya
– mcm kcik, nokia gak.

14) Bila saya terjaga
– tengok jam dinding, dah kul brapa ..

15) Saya paling meluat
– dapat Client yang belit2 mcm ular, cakap cam pandai jer...

16) Pesta/parti adalah
– kchik, takde jawapan objektif ker??? :-)

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui –
-tak ingat la.... rasa semua comel..even katak tepi longkang kat umah pun comel..

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
– masa blajar kat U, tak perlu pikir duit, selalu dapat scholar dari natural banker (mintak ngan mak jer, ngan ayah tak berani. garang woo..)

19) Hari ini
– suami saya pergi kuantan, servis krete..

20) Malam ini saya akan
– tengok citer CSI

21) Esok pula saya akan
– kena pi kerja lagi... :-(

22) Saya betul-betul inginkan
– pergi Mekah lagi... dan lagi...dan lagi..kalau bleh every year nak pergi.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
– Alhamdullilah.. cuma mata jer merah skit.. ngantuk...

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
- Kalau dah jadi mak budak, pg shopping jer la, arked permainan tu masa blajar2 dulu selalu gak.. suka main daytona, skarang ada lagi ke game tu?

25) Makanan Barat atau Jepun?
– Makan nasi ngan telur goreng letak kicap lagi best.. tapi klu suruh pilih, barat kot.. tak suka sushi...

26) Bilik yang terang atau gelap?
– apa makna soalan ni?.. kaler ke lampu? Kalau kaler, suka warna biru air laut, tak terang sangat.. kalau lampu takleh buat apa la.. dah watt nya banyak tu.. apa nak buat..

27) Makanan segera adalah
– yang tak perlu berpeluh2 nak masak..

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
- "Abg, cermin krete sapa doh, bengkel suruh hantor krete lps lunch"

Dah siap! Fuhhh..

Sunday, June 14, 2009

Kalau Dah Ketagih.

Salam,

Ini gambar-gambar suami saya, kat mana-mana kalau ada peluang mesti dia nak buat kick, ada yang terbang ada yang mendarat.. hehehe macam2 gaya....

Ni masa kat langkawi, siap ada model lagi tu..


Ni masa buat Umrah, tengok kat tangan.. tengah pegang aiskrim..


Yang ni baru ambik semalam, sebenarnya dah on the way balik ke rumah lepas ambik gambar2 stadium yang runtuh, lepas tu saya katala "lupa lak ye, kalau abang buat sidekick kat depan stadium tu tadi pun ok gak.." Uihhhshh.. sanggup u-turn tu! so, asalnya suami saya ni suruh ambik gambar buat sidekick biasa jer..

Dia suruh anak buat dulu, so anak pun dengan gumbiranya buat la ...


lepas tu bapanya pulak...


lepas tu tengokla sendiri..!!! hehehehe.. siap ngan muka2 tu... itulah orang kata, kalau dah ketagih..kat mana2 pun bleh kan..


Anyway, saya bangga walaupun husband dah masuk kategori "orang-orang tua" dalam team TKD Trg tapi masih lagi aktif.. this week 19-21/6 main untuk state @ national tournament di Shah Alam, dua tiga minggu ni sibuk training, good luck dear! Muaaahhhh.

Thursday, June 4, 2009

Hadiah dari Ireland



Terima kasih Dr Rukini. Masih ingat lagi dkt kita walaupun duduk berjauhan. Tak sabar tunggu end of this year. Harap2 kita boleh jumpa, boleh buat reunion untuk Qudamah 92. kan..kan..kan..

Monday, June 1, 2009

Alhamdullilah...


Alhamdullilah selamat pergi dan selamat pulang dari mengerjakan umrah, Alhamdullilah tuhan menjemput saya dan suami menjadi tetamunya, bersyukur walaupun hanya sekejap.. Pengalaman.. tiada yang pahit.. semuanya manis belaka, dugaan tetap ada.. tak boleh lari kan.. kalau tuhan bagi dugaan maknanya tuhan sayang kat kita.. tuhan nak bagi pahala... alhamdulillah!

Ini adalah trip pertama ke sana bersama suami, kali ketiga secara keseluruhan, first time semasa darjah 6, 2nd time masa matriks, namun rasa masih belum cukup, insyaAllah kalau tuhan izinkan, nak pergi lagi dan lagi dan lagi... kalau diizinkan lepas ni nak buat haji dengan suami... dengki dengan dia sebab suami dah pun mengerjakan haji masa di tingkatan 3 dan ujian serta pengalaman dia sepanjang mengerjakan haji lebih hebat dari pengalaman umrah saya yang hanya secubit ni.. dan kalau berpeluang lagi lepas ni untuk buat umrah teringin nak bawa anak-anak sekali..InsyaAllah.... amin.!!

Perasaan sepanjang disana.. takjub dan rasa amat kerdil disisi tuhan..rasa tak percaya bila melihat Baitullah..."hari ini aku telah sampai ke rumahMu Ya Allah...Alhamdullillah! ..." rasa bersyukur kerana disisi ada suami tercinta.. satu pengalaman baru... dan tersangat indah! Sepanjang disana rasa teramat tenang dan gembira.. eksklusif hanya kita dan Allah s.w.t, lupa langsung pada masalah di pejabat....dan hanya Allah tahu betapa saya tidak mahu meninggalkan Tanah Haram itu.. kembali kepada hiruk pikuk dunia.. kesibukan yang kadangkala membuatkan saya lupa kepadaNya, kesibukan yang kadangkala menyebabkan kita lupa yang kita pasti akan dihitung dan dihisab pada pengakhirannya....Subhanallah...Maha Suci Allah..

Untuk kawan-kawan... saya doakan semoga anda pula dijemput sebagai tetamuNya selepas ini, dapat berkongsi pengalaman hebat ini dengan saya..insyaAllah..

Untuk suami saya, sayang dan cinta selamanya...semoga kita berdua dijemput lagi ke sana..amin..

Gambar2 kami sepanjang di sana : http://picasaweb.google.com/snaco77


Salam.

Monday, May 4, 2009

Pohon Kemaafan dari semua..

Salam untuk semua,

InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dengan diizinkan Allah s.w.t, saya dan suami akan mengerjakan umrah selama 2 minggu dari 13.5 dan akan kembali ke tanahair 27.5.09. Dikesempatan yang ada, pohon dimaafkan jika ada terkasar bahasa sepanjang perjumpaan kita di alam maya. Mintak di doakan semoga umrah kami diberkati. Amin.

Saturday, May 2, 2009

Hadiah Untuk Ayah

1.5.09 mungkin akan mempunyai memori yang tersendiri dalam hidup saya. Tak pernah sangka dan tak pernah terpikir.. Muhahaha... suspen ker? Sebenarnya saya nak ceritakan pengalaman perjalanan saya ke Kuala Terengganu dari kemaman dengan motor scooter, naik ngan husband.. menarik dan memang adventure.

Motor scooter tu sebenarnya saya dan suami beli dua hari lepas, memang niat untuk hadiahkan pd ayah, menggantikan motor honda C70 yang dah veteran, kesian tengok, nak check minyak motor pun kena intai kot dalam lubang tangki, siap kena goncang2 gitu motor tu sbb indicator minyak rosak. Motor C70 tu rasanya dah lebih kurang umur 25 tahun. Banyak sungguh berjasa pada saya, kemana2 dengan C70 ni, dari sekolah menengah sampailah saya tahun 2 di UKM sblm ayah hadiahkan saya kancil.

Plan asal nak hantar dengan pajero tapi bila mari idea yang mengarut ni, cakap main2 dengan husband dan dia pulak kata 'jom!' saya pun apalagi, memang suka sangat la.. cuma tak bleh bayang masa tu.. betul ke nih.. jauh tu nak travelling!! Husband pun dah lama tak bawak motor...dalam hati sampai ke tak... takpelah .. tawakkal! Kami bertolak awal pagi, lepas solat subuh +- 6.10 am, masa pakai helmet dua-dua tergelak.... gila! Mujur cuaca ok, tak hujan mcm sehari sebelum, baru jalan 10 minit .. uihhh....sejuk!!!

Hentian pertama kat Petronas Kerteh, isi minyak 3 ringgit. Hehehe.. 3 ringgit tu! lama tak sisi banyak tu.. peha dah lengoh sikit, husband tanya ok ke.. ehhh ok jer... dalam hati sejukkknyaaa dan lengohhnya rasa!!! jauh lagi ni...

Bawak dalam sejam, berhenti lagi di Petronas Dungun, isi lagi RM2 ringgit.. husband kata tak confident bila tengok minyak kurang dari separuh, then kami breakfast kat satu kedai makcik di rantau abang, makan nasi lemak. Sempat lagi posing!

Tak berhenti lama pun sebab jauh lagi perjalanan. Matahari makin naik, kenderaan pulak makin banyak, makan dua orang habih RM4.70 sen, murah makcik ni kira, kalau kat kemaman, nasi lemak dah RM1.50x2=RM3, teh o RM1, teh tarik 1.20= RM5.20. Mahal 50 sen.

Kami sambung perjalanan, hentian seterusnya kat stesen petonas Merchang, isi lagi RM3 ringgit, hari ni main 2-3 ringgit jer.. husband dah start gosok2 belakang, rambut pun dah jadi mcm ala2 bangla.. hehehe.. sebab penyet dlm helmet.. takpe bang.. macho masih maintain!!

Sambil menikmati udara pagi yang sejuk dan segar, terdetik dalam hati... agaknya mcm ni la ayah saya rasa masa muda2 dulu, masa tu tak ada kereta lagi, berulang dari marang ke kota bharu, buat rumah orang kat sana.. ulang alik tiap2 hari pulak tu, saya baru hari rasa sekali ni.. tu pun dah terasa sejuknya sampai ke tulang.. kagum dgn kekuatan ibu bapa kita cari duit untuk besarkan anak2.. tak dapat dibalas walaupun dgn semua harta yang ada di dunia...

Kami selamat tiba di rumah ayah lebih kurang jam 9 pagi. Mak terkejut dan tergelak besar..tanya ayah mana, mak kata kat belakang, tengok ayah tengah buat pagar tak nak bagi ayam masuk dlm kebun pisang dia, sambil salam dia tanya balik dgn apa? kami tergelak.. husband kata beli motor untuk ayah.. Dia terkejut.. betul ke? dia tanya balik..

Saya serahkan kunci motor pada ayah, "Selamat hari bapa" kata saya.. Bila?Ayah saya tanya balik.. saya gelak.. lambat lagi.. hadiah bagi dulu.. saya tengok mata ayah berair, mata mak pun berair.. saya buat tak nampak je lah.. nanti kan ngan saya2 plak banjir.. husband suruh ayah try bawak.. dia pun terus pergi kat motor.. terima kasih kata ayah pada saya ngan husband.. terharu...

Saya tak lama di rumah ayah, anak2 kat kemaman dgn helper, bimbang gak tinggal lama2... bawak balik kereta ssangyong kami yg ayah pinjam minggu lepas sbb pajero dia rosak masa on d way balik dari KL, saya suruh ayah tinggalkan pajero tu kat kemaman sbb blh hantar kat bengkel kawan, spare part pun murah sikit compare ngan harga kat K.T.

Saya bersyukur kerana selamat pergi dan selamat kembali ke Kemaman...
Alhamdullillah, hari itu semuanya sempurna...

Sunday, April 19, 2009

Bila anak sudah besar..

Baru ni saya balik ke rumah mak di Bukit Payong, janji dengan suami pukul 3 ptg nak gi Giant K.Trg, Jihah pun nak ikut skali. Suami masa tu pergi rumah kawan dia, so kena la menunggu sikit.

Saya dengan Jihah lepak kat atas tangga bahagian belakang rumah, Jihah nampak 2ekor ayam tengah berkejaran, yang jantan naik atas yang betina, lepas tu yang betina tu lari.. berkokok bising...then kejar lagi...(bukan bergaduh sebenarnya tu.. ada agenda lain yg mungkin kanak2 tak memahami..:-), Najihah pun terus menyampuk "umi ngan Abi gitu ah.. " huh??? terkejut saya.. kurang asam sungguh.. ada ke comparekan saya dengan ayam.. dah lah ayam tu buat adegan2 tak sedap mata memandang tu.. Dalam hati apa kebenda yang Jihah cakap ni..

Kemudian dia menyambung.. "Umi ngan Abi kalu baloh gitu ah.. bising bangor" aiseyyy... malunya... rupanya dia menyamakan tahap kebisingan ayam tu dengan kehidupan kita di rumah.. sebenarnya bukan kita gaduh besar pun dengan suami tapi bila ada sikit salah faham dan kemudian ada suara tinggi kedengaran pasti dia anggap kita sedang bergaduh.. terdetik dalam hati rupanya anak sentiasa memerhatikan perlakuan kita dan belajar dari apa yang dilihatnya setiap hari, kita seringkali lupa akan kehadiran pemerhati bebas ini... kemudian barulah kita sedar bila anak kita sudah pandai komplen dan comparekan kita dengan ayam.. rupa-rupanya anak yang dulu berumur satu tahun kini sudah besar...cuma kita yang tidak sedar...

Monday, April 6, 2009

Tag dari Kin

Salam semua,

Maaf sebab rasa macam lama menyepikan diri. Tersangatlah sibuk 3-4 minggu kebelakangan, entry ni pun sebab menjawab tag yang diberikan oleh rakan akrab saya Dr Rukini .Thanks Kin.

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Tak. Masa tu pikir kalau ada rezeki, alhamdulillah.

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Mesti la

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Gumbira!

4. HOW OLD WERE YOU?
25 years

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Loya, then pi beli pregnancy test, result +, then pg klinik same day utk confirm, excited!

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
Husband.

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Yup. 3 kali scan.

8. DUE DATE?
3rd October, 2003

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
2nd October, 2003

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.95kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
biasa2 jer

12. WHAT DID YOU CRAVE?
laksam kat satu kedai makcik tu.. laksam kedai lain den tak mau!

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Takdok ah..

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Baby girl

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
Tak, tapi terkejut sebab 3 kali scan,Dr kata boy.. baju pun dah beli warna biru .. huhu

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
13 kg

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Takdok eh.. mandikan baby pagi2 tu ada ah.. muahahahah

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
betullah Kin, tak paham soalan ni..

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Bleeding sokmo. Muka glamer kat spital K.Trg. Selang sebulan admit.

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital KT

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
+-2 hrs

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Kakak no.2. Husband masa tu kat kerteh.

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Husband & bidan spital.

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
natural

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Dr dok offer pun.. huhu

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Nur Najihah Al- Ashari Binti Hj Saiful Nizam

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
5 tahun... October nanti 6 thn.


abih doh... alhamdulillah.

Tuesday, March 24, 2009

Note @ 24.3.09




Dear my love,

Happy 32nd Birthday. Dah tua kita yer sayang... may we grow old together until death do us part. Semoga tahun2 yang mendatang dimurahkan lagi rezeki, keberkatan dalam kehidupan dan kebahagian yang berkekalan untuk kita sekeluarga. Amin.

Love u then, now & always
-wife-

Dari Cikgu Lama

Ini tag dari Kak Pah a.k.a Cikgu lama [Evergreen sebenarnya .. mana ada 'lama' :-)], wish list untuk Birthday, sayangnya birthday dah lepas.. .. InsyaAllah jika diizinkan tuhan untuk merasai yang akan datang, inilah wishlist saya...

Tag : Make a list of what u want on your birthday.

1. Detik 12 malam ucapan dari suami tersayang (hehehe.. overnya rasa..);
2. Hari tu tak perlu pergi kerja (next year 2/3 = hari selasa, bolehke..?);
3. Pagi nak pergi jalan2 berdua dgn suami, tgk wayang maybe;
4. Suami kena prepare duit sebab hari tu saya nak shopping sakan;
5. Ptg bawak anak2 pergi jalan2, ke pantai kot;
6. Ambik gambar sekeluarga, DATE mesti BESAR sikit kat gambar tu..
7. Lepas solat isya', tahlil sbg ingatan untuk yang telah tiada;
8. Buat makan kecik2, panggil staf, kawan2 dan jiran sebelah;
9. Suami bagi hadiah, (Honda CRV ke.. muahahahah).. rilek ah abang.. :-);
10.Yang paling penting sebenarnya... kesihatan yang berpanjangan, rezeki dan kegembiraan yang melimpah dari Allah S.W.T untuk merasai setiap detik kehidupan kerana hidup ini hanya pinjaman dan setiap dari kita pasti akan merasai mati.. semoga setiap detik masa kehidupan saya diberkati... Amin.

Ok. Dah kak Pah. Muahhh.

Sunday, March 8, 2009

Cuti2 @ Langkawi 05.03.2009-07.03.2009


Tahun ni family day jauh sikit, last year @ Genting, tahun ni ke Langkawi. Alhamdulillah sebab semua staff ada, takut juga manalah tahu ada yang jatuh sakit, keuzuran dll musibah yang mungkin trip ni tak dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Korum semua 22 orang (12 dewasa 8 kanak2 & 2 infant). Kos +- Rm10,000-00 (flight+hotel+ground tour). Takpalah belanja sikit, bukan selalu, setahun sekali jer.

0730- berkumpul @ Geliga. Plan asal pukul 0700 bertolak, tapi biasala nak cukupkan semua korum, kena banyak2 bersabar..:-). Kami pergi ke LCCT dgn kereta: 1 ssangyong, 1 toyota, 1 honda, 1 viva & 1 kancil. Berhenti makan di Gambang @ 0900.


1340- sampai di LCCT, makan@McD & solat. Flight scheduled 1610, so lepak2 sambil layan anak2 yang hampir tak terlayan. Nadhirah dari Kemaman ke LCCT, susu 4 botol. Sampai kat LCCT tambah 1 botol lagi. Parah!

1630- boarding via AK6306 to Langkawi. Ada yang first time naik flight, teruja dan takut. Sampai di Langkawi @ 1720. Dari airport kami naik van ke Century Suria Apartment, semua skali 3 van. Sampai di hotel +- 1830, lepas solat & makan, terus tido-letih!!

1000 @ 6.3.09- 1/2 day tour- dataran lang, makam mahsuri, tempat buat minyak gamat, atma alam batik & underwater world. fuhh.. letih jugak bila ada timing2 ni.. setengah jam kat situ, sejam kat sini.. tapi tour guard tu sporting dan ok, tak ada lah nak cepat jer, so yang setengah jam jadi sejam, sejam jadi 2 jam. Asal plan 4 jam, jadi 7 jam! hehehe puas hati! Last skali kami singgah di Ismail group, beli coklat, kain batik jawa dan macam2 lagi, pelampung pun ada! Balik hotel @ 1700, lepas solat terus bawak anak2 pergi mandi kolam, best!








0830@7.3.09- berkumpul di lobby, breakfast n checkout. Tunggu van ambik untuk ke airport. Sampai di airport@10.30, sempat lagi tambah koleksi coklat, tapi kat airport mahal sikit. Coklat Daim kat Kuah RM13,00, kat airport RM23.90! Boarding@12.30- sampai KL @ 1.30.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Next year InsyaAllah ada rezeki lebih nak buat family day lagi. Amin!

Salam.