FOLLOW ME

Monday, August 25, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan




Salam.

Almost setahun selepas ramadhan 2007, kini ramadhan 2008 akan menjenguk tak sampai lagi seminggu. Syukur tuhan melanjutkan umur saya untuk melaluinya lagi tahun ini. Terima kasih Kin kerana hadiahkan saya buah kurma kat atas tu.Err.. Air zam-zam ada?? Kalau ada, forwardlah skali. :-)

Tahun lepas tak merasa berpuasa kerana masih dalam pantang bersalin. 5.9.2008 nanti genap Nur Nadhirah Al-Ashari Binti Saiful Nizam berumur 1 tahun dan 7.9.2008 genap usia perkahwinan kami 6 tahun. Alhamdullilah.

Bulan ramadhan mengingatkan saya pada pemergian ibu mertua pada 23 ramadhan, 3 tahun yang lalu, antara peristiwa sedih di dalam hidup saya dan suami sekeluarga namun sentiasa mengingatkan kami bahawa hidup ini hanya sementara. Yang kekal abadi adalah kepadaNya. Rumah suami di Chabang Tiga kini disewakan kepada saudara kerana ayah mertua kini tinggal dengan abang ipar di Kerteh. Masih terngiang suara ibu mertua mengaji setiap pagi selepas solat subuh. Paling istimewa, di bulan puasa dia paling suka masak bistik, makan dengan roti. Sedih atas pemergian beliau, tapi itu adalah ketentuan Ilahi dan kami Redha atas pemergiannya.

Untuk kawan-kawan, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna bersama keluarga. Selamat bertarawih.

Salam.

Sunday, August 10, 2008

Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam

Kami singgah menginap di Hotel ni bulan lepas, kalau tak silap, Selasa, 29/7/08. Pergi ke Selangor sebab urusan perubatan saya, terlupa nak booking dulu hotel, ingatkan tak sibuk mana Shah Alam, rupa-rupanya malam tu malam Bola-Malaysia v. Chelsea. Ternganga gak bila pergi dari satu hotel ke satu yang lain, semua dah penuh.... kesian Jihah sebab terperap lama dalam kereta.

Dari concorde pergi ke Grand Blue Wave, lepas tu cari Quality hotel tapi tak jumpa sebab malam dan dah lupa jalan + kepala pening, last2 menuju ke Seksyen 2.. cakap ngan suami kalau INTEKMA pun penuh, malas nak pikir dah, tido dalam kereta je lah..

Sampai INTEKMA lebih kurang pukul 9++ malam, mata pun dah merah. nasib baik ada satu bilik kosong sebab cancel booking. Apartment 2 bilik. RM260-00. Ambik je lah.

Anyway, review bilik : agak kurang value dgn duit yang di bayar, kedua2 bilik ok cuma kurang bersih. Bila angkat selimut, nampak bedsheet yang lusuh dan ada kotor2, rasanya basuh tak bersih. Bau pun tak best.

Dapur ok, cuma kurang facility. Yang paling tak puas hati bilik mandi, eee... tengok tab mandi, memang confirm kena mandi berdiri.. tak adanya nak berangan mandi buih kat dalam tu.. hehehe..paham2 ajelah.. anyway.. ini adalah pengalaman saya, mayb orang lain dapat bilik yang lebih ok. Nasib masing2.

Cuma pendapat saya, nama pun resort & Convention centre, harga pun bukannya 80 ringgit semalaman, harap2 INTEKMA akan improve lagi pd masa2 akan datang supaya dapat revie yang lebih ok. Ok lah... salam.

Saturday, August 9, 2008




First time terima award kat cyber ni. Rasa riak ni... hehehehe.. thanks Kin. Tapi biasala.. mana bleh dapat award senang-senang... mesti kena buat keje.. :-)

So, sebagaimana yang dikehendaki, saya pastekan kat sini syarat2 award ni.

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Okey...skrang kena past kan award cum tag ni ye.. ish.. kejapla Kin.. dah lama tak terima award nih.. blm puas lagi nih.. oh award ku.. (hehehe berangan macam kat Hollywood) nanti Jie nominate la..... Jangan marah aa

Monday, August 4, 2008

2nd surgery

Rasanya dah lama menyepi. Ini pun tak naklah bercerita panjang-panjang. Rabu ini saya akan menjalani surgery kali ke-2. Tak tahulah outcomenya macam mana. Risikonya pun ada. Tapi taknak lah mentrauma kan diri sendiri. Pasrah dan redha dengan ketentuan tuhan. Yang penting, kita ikhtiar. Betul kan???

Untuk kawan-kawan, kalau sudi tolong doakan keselamatan saya. Semoga saya tabah menmghadapi dugaan ini..

Salam.