FOLLOW ME

Tuesday, September 6, 2011

Raya di Gong Kekabu

Tahun ni Alhamdulillah dapat balik awal ke kampung, ofis tutup seminggu sempena raya, hari sabtu 2 hari sebelum raya dah sampai di Gong Kekabu, kampung tempat saya dilahirkan dan tempat kelahiran bapa saya. Mak saya orang Pulai Tinggi, lebih kurang 10km dari Gong Kekabu, tak jauh manapun. :)

Hari ahad kami berpakat nak buat tapai, ni agenda setahun sekali. Kalau tak ada tapai memang kurang meriah lah raya.Sebenarnya bukanlah kempunan nak makan tapai tapi masa membungkus tu yang best, semua berkumpul dan kemudian masing-masing lumba siapa paling cepat bungkus tapai, ada yang mengelat pakai sudu besar dan daun getah pun besar-besar, kiranya sepuluh kali bungkus dah habis satu talam. Kalau orang makan kiranya skali makan kenyang setahun la. Hari tu kami berbuka ramai-ramai kat rumah mak, ada ikan patin gulai tempoyak, ayam bakar, gulai ayam, abc dan macam-macam lagilah. Masa time makan tak ingat dunia! lepas tu mulalah perut ketat dan tak larat nak gi solat tarawikh. Tapi alhamdulillah malam tu semua ke masjid [walaupun ada yang mengelat solat tarawikh tak habis! :) ]

Kakak saya no.3, Alang, tiba dari Sabah malam raya, kesian dia sebab dia tak sempat nak berpuasa di rumah mak, tapi at least boleh balik raya dan celebrate sama-sama ngan adik beradik lain. Tahun lepas Alang balik raya haji saja, raya puasa dia raya kat Sabah sbb tiket flight yang govt bagi hanya boleh guna setahun sekali saja, itupun sponsor tak masuk mak dan ayah. Govt hanya tanggung untuk suami dan anak2 saja, uish kalau balik tiap2 raya memang boleh botak kepala, kira botak yang memang dah tak tumbuh rambut terus lah! Anyway tahun ni Alang bawak mak dan ayah mertuanya sekali. The more the merrier. Memang meriahlah!! :)

Hari raya mcm biasa sambut tetamu, buat air, basuh pinggan dan buat site visit rumah saudara mara yang berhampiran. Saya lepas habis 2 rumah dah surrender sbb perut dah bergoyang dengan air sunquick dan kuih raya tapi yang lain meneruskan serbuan raya dari rumah 3 sampailah ke rumah yang ke 13. Uisshhh dahsyat raya diorang. Petang raya saya dan husband serta anak-anak asalnya nak ke kerteh untuk meraikan bersama abang-abang ipar dan ayah mertua, tapi hanya sampai Dungun saja sbb semua dah berkumpul disana. So kami beraya di dungun sajalah petang tu di rumah sepupu sebelum bertolak balik semula ke k.trg lepas asar. Dari K.T ke Dungun dan balik semula memang sgt cepat, bertolak jam 4.30 dari Dungun jam 5.15 dah  sampai Ajil sebab guna LPT yang baru dibuka, langsung tak jem!

Saya sangat bersyukur kerana tahun ni diberikan nikmat dan rezeki oleh Allah untuk meraikan raya, Alhamdulillah cukup sempurna!. Semoga Allah memberikan kegembiraan yang berterusan untuk kami hingga ke Ramadhan dan Syawal tahun-tahun seterusnya.

InsyaAllah.

Ni gambar-gambar raya, tak banyak sbb malas nak upload. :)

Happy viewing.

Ni adik dan sepupus yang tinggal di Kerteh. Adila yang atas kiri semalam dah berangkat ke Sunderland, selamat jalan kak Dila!.

Adik dan sepupus yg tinggal di K.T. Jihah tak ada dalam gambar sebab dia tak ikut pergi Kerteh, sibuk kutip duit raya kat Bukit Payong.

Ni adik dan Chicha (bukan chicarito yer), Chicha tua setahun dari adik.

2nd day di rumah Ceklong, rumah kakak saya yang sulung. Yang baju gelap tudung putih tu Alang saya. Yang macam bodyguard pakai kopiah tu adik saya yang bongsu. Yang lain semua anak saudara. Ada 22 orang anak saudara semuanya, uishh skali bagi duit raya boleh tutup bank. :)

Adik yang relax dengan sepupus.

Main Bola 2nd day Raya, tetiba para ayah lebih excited dari kanak-kanak.

Adik dan kazen 'Fathurrahman'. Kalau dia tak dapat bola dia nangis. Bijak gak taktik tu. :)

Petang Raya ke4 kami singgah di Batu Bersurat, Kuala Berang. Selama ni lalu saja, tak pernah singgahpun.

Sebelah petang 4th raya kami melawat Taman Tamadun Islam. Ni bergambar depan Taj Mahal. Memang cantik untuk bergambar, lain kali kena bawak kerusi sendiri so boleh ambik family photo, tak payah pergi kedai gambar. Background memang cantikkan!