Jumaat minggu lepas dan minggu ni merupakan minggu yang paling best untuk diri saya, bukannya apa, lama tak memasak disebabkan sblm ni ada helper, so kalau nak masak pun kena yang simple-simple jer la, gulai ayam, nasi goreng, ikan panggang.. makanan2 yang 'semua orang' makan.. sebab helper saya tu makannya punyala memilih dan susah, nasi lemak tak makan, nasi ayam tak makan, nasi goreng kalau tak pedas tak makan, ikan lain selain ikan kembung tak makan... emmmm...susah!.. saya kesian jugak kalau kita makan tp ada orang lain tak makan, last2 goreng ikan kembung, telur dadar, nasi putih, habih citer. :-)
Sekarang helper dah hantar balik Indon sbb rasa dah tak ada keperluan, anak2 hantar taska sbb mereka demand nak berkawan lagipun banyak aktiviti berfaedah boleh dibuat masa kat taska berbanding duduk dengan helper, tengok tv dari pagi sampaila kami balik keje. Helper pun sama naik tengok citer katun.. ish ish..
So apa yang bestnya jumaat lepas? Haha.. masak Nasi Arab, Ayam Panggang dan Dalca, puas hati sbb 'semua orang' boleh makan. :-), Hari Sabtu pagi masak Nasi Lemak, tengahari Gulai Ayam+ telur + nasi putih, malam belasah maggi. :-).
Minggu ni hari Jumaat masak Nasi Mandi Ayam, sabtu pagi beli nasi kunyit, tengahari masak Ikan Talapia+Nasi Putih+ Sayur Campur, petang buat Flan Epal, malam goreng Ikan Keli. Semalam (ahad) balik kerja awal, sempat lagi buat Kek Coklat.
Kiranya saya ni seperti melepas geramla sbb dah lama tak masak yang suami & anak2 suka except selalunya 'masak yang helper saya boleh makan' saja, Huhhh.. satu kepuasan yang sukar digambarkan.. :-)