FOLLOW ME

Monday, July 14, 2008

Meh kita berkongsi Ilmu

Hari ini rasa nak berkongsi ilmu yang cetek nih, manalah tau boleh membantu sedikit sebanyak untuk mana2 kawan yang rasa nak beli rumah ke bangunan ke tanah 4 ekar ke.. wallahua'lam.

rasanya lebih senang letak info pakai nombor. so sesape yang tak faham bulehla bertanya kepada makcik ini yang akan cuba menjawab ikut ilmu yang ada didada ini . kalau tak jawab maknanya soalan tu mungkin complicated dan memerlukan ujikaji dan bacaan2 lain supaya tak salah bagi advise (kan tak pasal2 kita pulak kena saman).

Ok, infonya seperti berikut:-

1) Kerajaan pada ketika ini memperuntukkan rebet (diskaun) 50% atas duti setem bagi pindahmilik untuk rumah kediaman yang harganya tak melebihi RM250,000-00. Kalau ada yang nak tahu cara pengiraan duti setem, nanti next post saya bagitau.

2) Rebet diatas berkuatkuasa sehingga 2010 shj. Lepas tu kena tunggu belanjawan plakla.

3) rebet tu jugak sekali seumur hidup. Maknanya kalau dah pernah apply untuk rebet sebelum ni untuk rumah yang pertama, beli rumah kedua tak ada rebet la.(kalau samy vellu, dia kata "yillek")

4) Kalau nak beli tanah kosong, bank akan bagi loan biasanya sehingga 75% sahaja, yang lebih kena tanggung sendiri. kalau apply ikut perbendaharan (loan Govt), boleh dapat full, cuma tak boleh terus bina umah atas tanah tu, kena bayar dulu instalment ikut potongan gaji dalam sebulan dua, baru bleh apply untuk gadaian kali kedua.

5) Loyar fee kalau nak beli umah,1% untuk RM150K yang pertama dari harga jual beli, balance 0.7%, lepas tu ada service tax 5% .

Oklah, tips2 lain next post la yer.

salam.

Usrah

Usrah yang lazat, lemak berkrim
(Kenapa tajuknya 'usrah yg lazat, lemak berkrim'?..hehhehe..)

Okey...ni di copy and paste drp blog KinHashim;

(sori Kin, kiranya dah berkurun baru buat tag nih, mintak ampun)

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Kin ~ secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...

Jie - Masa kat Sekolah. SHAMS. duduk asrama masa form 1. lepas tu, keluar asrama, usrah pun out jugakla.. lepas tu form3 masuk smula, usrah pun on semula. Kiranya masa dkt SHAMS lah yang banyak. Masa kat UKM kurang usrah, cuma buat sesama kawan2 kat dorm. tapi nama pun UKM, participant pun 3-4 kerat je la. Kiranya dalam 4-5 tahun, betul2 masa sekolah dan matrik.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Kin ~ Ina ni jr kat sek dulu... dia 5 thn duk kat asrama, tu la, agaknya,sbb kat asrama wajib kot... :). masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).

Jie- alamak. Rasanya dah terjawab kat atas la.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Kin ~ Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...

Jie- Mula2 rasa terpaksa, tapi lama2 baru sedar ia cara terbaik nak eratkan persahabatan dan wujudkan keinsafan dalam diri.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Kin ~ Syukur, seronok berukhwah, berharap org lain juga punya perasaan yg sama.

Jie - rasa insaf, rendah diri dan rasa manusia paling bertuah dalam dunia.

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Kin ~ Merasai manisnya bersahabat, menyelami hakikat perjuangan, menerokai ilmu baru, ingat memperingati sesama ahli dan melatih membentuk kepimpinan dalam diri.

Jie - Dapat ilmu baru, sahabat baru, eratkan hubungan dengan sahabt yang sedia ada, tambahkan keinsafan dan hubungan yang lebih kuat dengan Allah swt.

(rindunya aku pada zaman itu.....huhuhu)

Kin. Thanks hantar tag. last week famili g buat usrah lepas maghrib. Alhamdullilah walaupun kawan2 di shams dah jauh terpisah, masih ada keluarga untuk saling mengingati.