FOLLOW ME

Monday, December 12, 2011

Solat berjemaah dan makan-makan

Tahun ni tak ada family day untuk keluarga Haji Awang sebab banyak event sepanjang tahun. Awal tahun Cek Dah dan Pok Pi terima ahli baru , kemudian Cekngah Hajjah Nozna dan Ayahngah Hj Khairi ke Mekah menunaikan Haji kemudian Pak Lang dan Mak Alang tambah seorang lagi ahli baru . Dua cucunda, Hannan dan Muin menduduki peperiksaan SPM, Muqri berkhatan dan Tok Wan pula diduga Allah dengan keuzuran, dimasukkan ke hospital kerana masalah usus.

Setiap yang diberi tuhan pasti ada kerahmatannya, kedatangan dua cucu baru (yang kedua-duanya lelaki) pasti menambahkan bingit keriuhan kalau berkumpul dan pastinya menjarakkan lagi angka cucu lelaki yang sungguh maju ke depan berbanding cucu perempuan yang kini di dalam perbandingan 15:11 dan Alhamdulillah tokwan juga kini duduk di rumah ayah, semakin sihat namun tidaklah segagah dulu memandangkan umur tok wan pun dah masuk 97 tahun (ikut IC) namun saya pasti mungkin umur sebenar tok wan sudah melebihi 100 tahun kerana orang dulu-dulu selalu daftar anak lambat.

So jumaat baru ni memandangkan semua ada (kecuali Mak Alang shj yang terdampar di pulau labuan :-), maka ayahanda pun mengorbankan 2 ekor itik kesayangannya untuk anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu yang berkumpul (cicit belum ada) dan mak tambah lagi dengan 10 ekor ayam kampung. Memang gulai ayam mak tersangatlah sedap hingga menjilat kaki, makan-makan, borak-borak dengan diserikan solat maghrib dan isya' berjamaah. Alhamdulillah. Semoga hubungan kami sekeluarga semakin akrab dan dijauhkan kami dari sebarang kesulitan. Amin.

Ucaptama dari pengerusi rumah selepas solat maghrib. Pendek sj. Mungkin pengerusi sudah lapar. :-)

Makmum kecik tengok apa tu?

Welcome home ketua cucu-cucu yang baru balik dari New Zealand. ka nui ngaa mihi (ahahaha betulke ni?) anyway tahniah!

solat sunat hajat/istikharah. Yang kecik tak join, maybe semua hajat sudah dipenuhi.

Muqri yang baru 2 minggu berkhatan. Syoknya bercerita pengalaman kpd sepupu2 yang lain.

Najihah anakanda kesayangan abi dan ummi. Sepanjang cuti duduk rumah tok dan tokki. Bila la nak balik kemaman ni....

sementara menunggu isya'. Tuan Hj Saiful beri taklimat pasal duit saraan RM500. Dia mewakili Khairi Jamaluddin maybe. :-) sori hubby. Gurau-gurau sj. Love ya!