Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat
Lagu yang dinyanyikan oleh arwah Sudirman Hj Arshad ini pasti menyentuh kalbu setiap telinga yang mendengarnya, sedih, sayu, dalam AF berapa ntah lagu ni dimainkan dan Aznil serta juri-juri menangis termasuklah penonton. Sungguh besar penangan lagu ini.
Namun keinsafan setiap yang mendengar tidak semuanya sama, ada yang mendengar kemudian menyesali dan berubah, yang tiada ibu atau bapa mula sedar liabiliti mereka untuk mendoakan kesejahteraan kedua-duanya disana, dan yang masih ada ibu atau bapa pastinya bersyukur kerana belum terlambat untuk berbuat baik kepada mereka.
Namun jangan ingat manusia semuanya sama, rambut sama hitam hati lain-lain.. ada yang seperti ckp orang ganu 'serupa tula', lagu adalah lagu, realitinya untuk mereka kehadiran mak dan ayah adalah liabiliti yang berat dan payah untuk diuruskan lagi-lagi jika kedua-duanya mencapai keuzuran yang boleh menggoncang keimanan. Anak ramai namun payah untuk menjaga seorang ibu, alangkah ruginya mereka dengan pahala yang ditawarkan tuhan.
Saya sayang mak&ayah saya.
-wassalam-