FOLLOW ME

Tuesday, January 17, 2012

Semaklah dulu kesahihan ilmu sebelum menerima

Salam sahabat duniaku,

Alhamdulillah di FB sekarang ramai sungguh yang berkongsi atau 'share' ilmu-ilmu yang diperolehi samada melalui bacaan ataupun yang dipost di wall masing-masing. Suatu perkembangan positif kearah mencari ilmu bekalan akhirat dan berkongsi ilmu tersebut untuk manfaat bersama dan ia adalah jauh lebih baik dari 'share' gambar2 yang tidak senonoh, lagu2 yang tidak bermanfaat ataupun cerita2 hantu karut yang langsung tidak membantu perkembangan minda pembaca yang lain.

Akan tetapi, suatu masalah yang besar apabila orang yang 'share' lupa untuk menyelidik kesahihan apa yang di share tersebut lalu mendatangkan satu hukum agama baru yang diguna pakai oleh setiap yang malas untuk mencari kebenaran sedangkan ia jauh berbeza dengan hukum yang sebenarnya, maka terpesonglah si pemakai itu dan makin jauhlah dia dari amalan agama yang sebenarnya. Bila orang terpesong, apakah kita tidak terpalit dengan keterpesongan mereka itu kerana keterpesongan mereka bermula dari artikel yang kita post kan? Nauzubillah. 

Sahabat saya,

Carilah ilmu yang sahih dan kemudian kongilah bersama sahabat2 yang memerlukan, jangan feed dada yang lapar dengan perkara yang bukan-bukan. Jangan terlampau excited untuk postkan di wall artikel yang belum tentu ada kebenaran kerana ia akan mencerminkan peribadi anda sendiri, tindakan anda adalah reflect kepada siapa anda.

Dari blog zaharuddin.net, beliau ada memberikan tips sebelum menerima sesuatu ilmu yang diajar, antaranya:-

1)      Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu "  ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)

2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya.  Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.

3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya.

4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.

5)  Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah tersebut.

6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya.  Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini. 

7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.

8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.

Sekian, semoga apa yang dipostkan oleh kita selepas ini memberi manfaat kepada yang lain, InsyaAllah apa yang dipraktikkan kepada yang membaca artikel-artikel yang dipostkan itu akan memberikan kita sedikit portion pahala untuk bekalan di alam yang abadi.  

Wallahualam.