FOLLOW ME

Sunday, August 1, 2010

7 Tipu Daya Syaitan

Tulisan: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Perniagaan Jahabersa
Cetakan Kedua: 2008

Buku ini saya perolehi dari suami yang dihadiahkan kepadanya oleh seorang sahabat.

Cuma ingin berkongsi ilmu yang diperolehi dari membaca buku ini:

7 TIPU DAYA SYATIAN KE ATAS UMAT ISLAM

TIPU DAYA #1 - MENAKUTKAN UMAT ISLAM
 -takut kepada perkara ghaib/hantu sehingga percaya kepada tilikan bomoh dan dukun
-takut untuk mendalami ilmu agama sehingga percaya membuta tuli kepada amalan org tua-tua
-takut untuk menegah keburukan/kemungkaran kerana lebih sayangkan status atau kedudukan
-dll

TIPU DAYA#2 - MEMPERINDAHKAN PERKARA MUNGKAR
 -cth #1 : Zikir berirama dan dibaca dengan kuat sehingga lalai tujuan sebenar berzikir

Firman Allah " Dan sebutlah serta ingatlah (zikir) akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menguatkan suara (jahr) pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai" - Al-A'raf 7:205

-cth #2 : Amalan memagar rumah dengan meletakkan kepercayaan bahawa jampi tersebut dapat menghalang dan melindungi rumah mereka dari syaitan dan secara tidak sengaja menidakkan Allah sebagai tempat berlindung. Dengan keyakinan kepada sesuatu selain Allah untuk memelihara rumahnya dari mudarat, maka penghuni rumah itu telah syirik kepada Allah dan hajat syaitan tercapai untuk mensyirikkan umat islam.

-cth#3: Membaca pelbagai tambahan doa sebelum makan
Sabda RasulAllah "Apabila seseorang itu memasuki rumah dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya) :Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam"


Kemudian syaitan mengubah amalan ini dengan menambah-nambah kepada pelbagai bacaan sebelum makan. Sekalipun seseorang itu membaca doa Basmalah, syaitan menghasutnya untuk menambah dengan doa-doa yang lain yang mana ini adalah bida'ah. Mungkin ada yang akan bertanya bahawa bukankah membaca doa-doa tambahan sebelum makan adalah suatu kebaikan? Maka hendaklah kita ingat bahawa kebaikan sebenar berasal dari Allah dan RasulNya. Adapun yang selain itu dianggap kebaikan maka ia tidak lain adalah tipu daya syaitan yang memperindahkan perkara mungkar.

TIPU DAYA #3 - MEMPELBAGAI JALAN KEBENARAN
 Manusia yang sudahpun berada di atas landasan yang betul kemudian dibisikkan syaitan "Hendaklah kamu bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran tersebut" . Maka orang-orang yang berada di atas landasan tersebut mula menokok nambah ajaran asal supaya dirasakan lebih kuat perbuatannya maka lebih dekat dia kepada tuhan sedangkan dia mengada-adakan apa yang tidak disuruh oleh Allah dan juga Rasulnya.


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah" (Al-Zukhuf 43: 37)

TIPU DAYA #4 -JANJI & ANGAN-ANGAN KOSONG
-bagi orang yang banyak berbuat maksiat, syaitan membisikkan bahawa tidak perlu bertaubat serta merta kerana umur masih muda.
-bagi orang yang bersolat 5 kali sehari, syaitan menabur janji bahawa amalan itu sudah cukup untuk ke syurga tanpa perlu berbuat amalan-amalan ibadah yang lain.
-bagi orang yang ingin membenteras bida'ah, syaitan berjanji bahawa jika dia bersikap keras nescaya semua bida'ah akan berjaya dihapuskan.
-dll

TIPU DAYA #5 - MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
-Bida'ah dalam urusan agama, menambah-nambah apa yang telah diajarkan di dalam Al-Quran dan apa yang telah diamalkan RasulAllah.
-Mengubah ciptaan Allah pada diri kerana tidak berpuashati dengan apa yang Allah anugerahkan pada diri.
-dll

TIPU DAYA #6 - MENJADI JURUCAKAP ALLAH
-Mengulas sesuatu tragedi yang berlaku cthnya mengatakan " Tragedi ini berlaku sebab kilang arak di sana" seolah-olah mempunyai hubungan terus dengan Allah dengan menerangkan sebab sesuatu kejadian itu berlaku.

-Menyampaikan hadith tanpa menyemak sumber dan darjatnya, dan kemudian menyampaikan hadith tersebut kepada orang lain tanpa menyemak samada ia benar ataupun palsu semata.
-membicarakan hukum hakam agama tanpa ilmu.

TIPU DAYA #7 - MEMBERI NASIHAT
-Syaitan berbisik kepada hati sehingga kita percaya bahawa ia adalah perkara yang baik untuk dilakukan sedangkan syaitan hanya ingin menyesatkan dan mengkafirkan kita.
-menceritakan masalah rumahtangga kepada kawan kemudian mula mendapat nasihat-nasihat yang kemudian kita mengikut apa yang diajar oleh nasihat tersebut sedangkan nasihat tersebut tidak lain adalah bertujuan untuk membesarkan lagi jurang hinggalah berlaku perceraian.



Untuk kawan-kawan,semoga ringkasan di atas memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Sekian, Wassalam.