FOLLOW ME

Monday, August 9, 2010

Kalau nak bersama, kena batalkan puasa dulu! hmmmm

Saya terbaca di satu  blog yang dikenali sbg Sxxxx.xxx.Di dalam blog tersebut disiarkan pelbagai soalan dari pembaca dan Uztaz yg mengendalikan blog akan menjawab pd bahagian bawah soalan tersebut. Pelbagai soalan yang kebanyakannya berkenaan puasa ditanyakan pada ustaz tersebut, antaranya cara mengira fidyah kalau nak ganti puasa untuk tahun yang terlepas dan lain-lain lagilah. Tetiba saya terjumpa satu soalan seperti berikut:

Q- salam, puasa baru ni saya bersama suami disiang hari selama 7 hari. x dpt control, mcm mana nak bayar denda fidyah.

dan Ustaz tersebut menjawab seperti berikut:
Suami wajib kafarah sebanyak 60 x 7 = 420. Setiap 60 hari adalah berturut2 tanpa henti.Terdapat cara menangani masalah kawalan ini, lebih2 lagi bagi pengantin baru.
Adalah lebih baik jika bertanya terlebih dahulu, daripada menanggung akibat yang sangat berat ini.
Pertama, pasangan boleh membatalkan dahulu puasa dengan perkara2 yang membatalkan puasa, sebelum bersama.
Kedua, suami berada di sebelah bawah sahaja, dan membiarkan isteri membuat kerja di sebelah atas seorang diri.

Hahaha, tergelak saya baca jawapan ustaz tu, maknanya, cara pertama: Kalau berpuasa, kena buka puasa dulu baru tak kena denda (fidyah puasa 60 hari berturut2) dan kedua (ini yang kelakar sebenarnya) SUAMI BERADA DI SEBELAH BAWAH SAHAJA DAN BIARKAN ISTERI BUAT KERJA SEBELAH ATAS SEORANG DIRI.

Hahahaha, maknanya apa tu? Kalau suami tak syok sama2 ngan isteri walaupun bersama so kiranya suami tak payah bayarla fidyah sbb tak join? cam gitu ke?  tergelak lagi saya memikirkan mcm manala ustaz yang menggelarkan dirinya Imam pun blh jawab mcm gitu sedangkan kita yang sekolah agama setakat tingkatan 5 ni pun rasa tak logik.

Bukankah dulu Ustazah ajar kita kat sekolah, kalau suami bersetubuh dengan isteri (iaitu memasukkan bla bla bla.. (censored) )....disiang hari tanpa sebab yang membolehkan dia tinggal puasa (i.e musafir dll) dia memang kena puasa 60 hari berturut2, mana aci main buka puasa sbb nak bersama ngan isteri, pastu blh elakkan denda 60 hari, tak kirala ambik bahagian ke tak ambik bahagian ke, duduk bawah ke, atas ke, apa ke.. denda tetap denda kan! senangnya dia nak loyar buruk ngan tuhan.

Nak tahu jawapan lanjut dan sahih berkenaan hal ni, bacalah disini. Jawapan dari Ustaz Zaharuddin

Salam.

Episod akhir Belalang

Pada ibu ibu yang tak sempat menonton siri akhir Belalang lakonan mantap Hadziq (Ch611) disebabkan anak-anak nak menonton cerita lain (hehehehe) maka nak dikhabarkan season 1 dah pun tamat, akhirannya Pak Belalang kawin ngan Melati dan Belalang mulakan perjalanan baru merantau ke tempat lain pulak, tak tahula bila pulak nak mula season 2, cerita ni bagus untuk anak-anak sebab banyak pengajaran dari perjalanan hadziq sepanjang dia merantau nak pergi belajar membaca, bagus untuk mak, bagus untuk anak.  :-)

Nak dengar lagu tema Belalang -Tekan Sini

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey Niat di hati nak mengembara,
Guru dicari ilmu diminta

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey Bukannya nujum, bukan temberang
Budak ni geliga otaknya
Bukan sebarang
Apa nasibnya, belalang di rantau
Baiklah hendaknya,janganlah dirisau

Dapatkah ditunjuk,jalan yang gembira
Nasib yang buruk, akhirnya bahagia

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey, akalnya panjang, hatinya terang
Belalang oh belalang
Hey hey
Belalang oh belalang
Mengubah nasib, menjadi senang
Ke mana pergi, disayang orang