FOLLOW ME

Thursday, December 11, 2008

Tag dari Cikgu Lama

Tag ni saya terima dari cikgu lama yang semacam adik beradik bagi saya. Saya cubalah jawab semampunya yer Kak Pah... hehehehe..bismillah.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Agama dan keluarga.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Kuew Teow Goreng.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Not Applicable. Dah kawin pun.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
InsyaAllah sehingga ke akhir hayat.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Dengan suami saya, dari dulu, kini dan selamanya. (romantik giler nih..) heheheh

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Beryani Bistro kat Kemaman, makan Megi goreng.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Readers Digest.

8. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak. Senang nak cakap pompuan dgn pompuan. Ayah sensitif sikit.

9. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Nabi Muhammad S.A.W

10.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
1.Suami saya 2.Mak saya 3. Ayah saya 4. Norsiah (kakak saya yang sulung) 5.Nozna (Kakak saya No.2) 6. Kak Azie (staf saya) 7. Rahini (Staf juga) 7. Anda, yang selalu melawat blog saya dan meninggalkan komen-komen yang berguna untuk saya, thanks in advance.

11. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Yup! tapi sekali sekala kalau outstation, terpaksa hantar dobi. Lebih2 lagi kalau musim hujan ni.

12. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
London, nak tengok Final English Premier League.

13. Pelukan atau ciuman?
Dua2 bleh.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
KAK PAH.
- Senyum sokmo
- baik
- kuat semangat
- kuat berusaha
- penyabar
(kak Pah, tak baik riak... hehehehe... gurau jer.. yang kat atas tu ikhlas, thanks for the friendship, now, then, hopefully forever)

15. 8 perkara yang amat saya gilai
- Pasta.
- Cerita Greys Anatomy
- cari resepi baru (tapi tak masak pun, simpan buat harta karun)
- ubahsuai kedudukan sofa dlm rumah. kejap kat kiri,kejap kat kanan..
- Lagu 'Alone' by Heart
- Shopping baju anak2
- Minum susu segar.
- Main Playstation dengan suami.

16. 8 perkataan yang sering di ucapkan.
- YA ALLAH
- Hello (sebab jawab telefon kat ofis)
- Abi, nak makan mende hari ni?
- Letihnya..
- Ngantuk weh
- Abi, jom makan.
- Jihah, gi mandi.
- hek eleh...


17. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
- Rasanya lama doh dok baca buku.. Akta tu ada ah..dok dang.

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
- Alone-Heart
- Total Eclipse of the Heart- Bonnie Tyler
- Are you sleeping- Najihah suka nyanyi lagu tu.
- I wanna hold your hand- Beatles
- Lagu Raya yang dinyanyikan oleh Tan SRi P.Ramlee
- 1,2,3,4- Aris Ariwatan
- Lagu-lagu raihan
- King of wishful thinking- OST Pretty Woman

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun ni
- Kena berani ambil risiko.
- Jangan mudah percaya pada klien, banyak yang macam ular...
- Kerja ofis jangan bawak balik rumah, masa lepas pejabat adalah untuk famili.
- Jangan rasa pressure kerana boleh rosakkan suasana.
- Dugaan tuhan adalah untuk membersihkan dosa kita.. kena tabah hadapi dugaan
- Anak yang sulung dah semakin besar, kena pandai jawab soalan yang ditanya supaya dia tak confuse dan salah panduan.
- Hidup seperti bola, kejap kat atas, mungkin esok kat bawah, mesti tawakkal dan sentiasa dekat padaNya.
- Tuhan dan bagi kenikmatan semasa hidup, sentiasa bersyukur dan berusaha untuk bekalan di Akhirat

DAh selesai... Alhamdulilah

Raya di hospital

Tahun ni raya korban agak suram sebab mak masih blm sihat sepenuhnya (patah peha 3 bulan lalu) dan ayah saya dimasukkan ke wad HKT hari jumaat 2 hari sebelum raya. Terkejut bila mak call lebih kurang jam 6.30 pagi friday morning bgtau ayah dah admitted.

Saya dan keluarga sampai di HKT lebih kurang jam 11.00 pagi. Tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat. Saya ingatkan hari Jumaat waktu melawat dari pagi hingga petang, rupanya hanya dibuka bermula 12.30 thghari hingga 7.00 malam sj. So, saya pergi jumpa makcik guard kat depan pintu besi, bgtau emergency, saya dibenarkan masuk tapi husband kena tunggu kat luar ngan anak2 dan kakak yang sulung. Abang ipar dah ada kat tingkat 7.

Sampai kat katil ayah, dia tengah tidur, sedih..... saya ingat tak nak kacau tapi tak sampai seminit, dia terjaga. Saya salam tangan ayah dan tanya progress. Dia kata ok cuma doktor kata dia mungkin mengalami permulaan strok. Muka sebelah kanan nampak sedikit perbezaan, mata kanan sedikit sepet daripada asal. Saya kemudian pulang sebentar ke rumah mak dengan suami dan anak2 then lepas zohor pergi balik ke HKT, drive sendiri sebab suami jaga baby yang tido.

Kebanyakan masa saya dihabiskan kat hospital, selalunya shift saya untuk jaga ayah dari jam 10.00 pg sampai 3 ptg, lepas tu kakak sampai maghrib dan malam adik saya akan berjaga sampailah pagi esok. Alhamdulillah, ayah saya dah dibenarkan pulang hari selasa, raya kedua, tapi doktor kata masih kena berjaga2.

Hari Raya Aidiladha tahun ni kami sekeluarga raya di hospital, dari jam 10.30 sampailah 5.30 ptg. Untuk suami saya, terima kasih atas pengorbanan masa dan tenaga sepanjang ayah saya berada di hospital. love you.

Untuk ayah dan emak, semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Amin.