Lama tak menulis. Operation hari selasa lepas alhamdullilah. Admit pukul 0945pg terus diberikan baju biru belah belakang yang seksi. Ada butang 3 jerk.. huhu. seksa sungguh nak pakai. Nurse bagitau kena buang segala benda yang ada kat tubuh. Yang dalam2 pun tak bagi pakai (sorry, ayat 18SX)hehehe. Lebih kurang kul 1015 ditolak masuk ke OT. Takut dan ngeri...
First time masuk OT (dan InsyaAllah tak nak masuk dah lepas nih!!) tengok ada 4 nurse keliling. Tak sampai 5 minit Doktor Sri (pakar ENT)sampai dan tanya samada dah ready (kalau tak ready pun nak buat camana, bukannya buleh lari) lepas tu datang satu doktor India nama Raj dari bilik OT sebelah, dia datang membebel sebab pagi tadi saya minum air masak secawan (dahaga sangat, nak buat camana, alah cawan cinonit jer, yang baby punya)dia kata orang suruh puasa dia minum air..blablabla.. tengah duk membebel dia ambik mask yang tutup mulut tu (cam biasala,apa ke mende namanya Kin?) rasa macam sejuk2.. lepas tu tak tau dah apa yang berlaku. Rupanya dah kena bius!! Doktor Raj tu pakar anaesthetic. (thanks kin, dapat ilmu baru blajar bahasa medic!).
Sedar2 rasa sakit kat telinga, pegang rasa kapas. Tengok jam pukul 1105.Tengok keliling..rupanya dah kat luar OT. dengar nurse kata "puan, dah ok. Puan rehat dulu, nanti.. (blurrrrr)" rasanya mungkin mamai lagi.. dan tertidur.... bila bangun orang dah nak angkat letak atas katil dekat wad.
Doktor Sri datang semula lebih kurang kul 1500 bagitau penyakit telinga saya tu kritikal, dia bgtau dah habih gegendang telinga dihakis termasuk tulang telinga dalam. Kesannya pendengaran sebelah kanan mayb permanent tak ok/kurang jelas. Suami cakap kat saya "kesian dia, lepas ni dah jadi OKU" amboi...... suuuukaaaaaaanya dia.. rasa kelakarla tu. bukannya dia yang kena.. ish...nakal macam selalu !!!
Anyway, saya tetap bersyukur at least dapat kesan sebelum jadi lebih kritikal. Hari sabtu ni kena ke Kuantan Specialist lagi untuk cuci dan tukar kain yang ditinggalkan dalam telinga ni. Harap selepas ni dapat bekerja dan menjalani hidup seperti biasa. Untuk abang, OKU pun OKU lah, bini abang jugak. hahaha. gurau.
Untuk Kin, nanti ada masa lebih jie akan copy chatbox kin dan letak kat blog ni ... mayb lambat sikit.. jangan marah aaa... xoxo :) wassalam.