FOLLOW ME

Sunday, October 2, 2011

Panggilan Haji

Alhamdulillah, semalam kakak saya no. 2, Cekngah & suaminya selamat berlepas ke Madinah untuk menunaikan Haji. Penerbangan Cekngah, KT006 adalah penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Madinah. Alhamdulillah tak lah letih sangat sebab tak perlu naik bas dari Jeddah ke Madinah.

Kalau ikut jadual, kakak akan berada di Madinah selama 10 hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji. InsyaAllah dijadualkan kembali ke tanahair pada 15.11.2011. Semoga beliau dan suami mendapat haji yang mabrur dan dalam keadaan sihat semasa bermusafir di tanah haram. Amin.
Tetamu Allah bergambar dgn ayahanda yang sedang pilu

Dengan bonda (paling kanan) dan mak saudara

Ceklong sibuk melayan yang lapar, mee goreng dan nasi lemak untuk breakfast di airport sementara menunggu check in. Tengkiu Ceklong. :)

Nadhirah pukul 5am dah bangun. excited utk ke airport.

suamiku tersayang. I love u lah! :)


Ramainya anggota keluarga menghantar jemaah.

Beg2 jemaah dihimpunkan setempat. Good job Lembaga Tabung Haji.

p/s: Sangat merindui Al-Haramain. Semoga saya dapat berkunjung lagi ke sana. InsyaAllah.