FOLLOW ME

Wednesday, August 10, 2011

Dimanakah zakat kita dibahagikan?




"INSIDEN pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya mendedahkan sekali pengakuan orang Islam yang dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan dihulurkan.

Menurut pengadu, gereja itu akan menelefon dua hingga tiga kali sebulan untuk bertanyakan khabar dan masalah. Mereka turut menawarkan individu berkenaan dan anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan termasuk persekolahan anak.
Individu terbabit pada mulanya sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja bagi memastikan anak mereka meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan Baitulmal.
Minggu lepas, seorang rakan penulis bertemu satu keluarga malang yang bergelut dalam kepayahan hidup. Nasib malang keluarga ini dihidu dan dibantu persatuan Buddha sebanyak RM300 sebulan. Nasib baik iman dan pegangan agama keluarga ini utuh dan tidak mudah terpengaruh." -Berita Harian 10/8/2011

Saya langsung tidak terkejut semasa membaca laporan dari BH di atas kerana ia bukan perkara yang baru, saban tahun Lembaga Zakat menerima beribu-ribu hingga ada yang mencecah jutaan jumlah bayaran zakat terutamanya dari syarikat-syarikat besar, ada yang masuk TV, paper, radio namun saban tahun juga kita mendengar ramainya orang miskin pada tahap fakir, mengemis merayu menangis demi mencari sesuap makanan untuk keluarga. Tahun 2010, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) membayar zakat perniagaan RM35.35 juta kepada majlis agama Islam negeri di seluruh negara untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan selepas prestasi kewangan bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai RM1.5 bilion tahun lalu, ini boleh dibaca di dalam BH bertarikh 29.6.2010. Jadi persoalannya: kenapa masih ada orang Islam yang terpaksa mencari tempat berteduh di gereja, menumpang makan minum dan tidur disana? Anda fikirlah kerana saya pun tiada jawapannya.

Semasa arwah ibu mertua saya masih hidup, beliau (arwah) pada saban tahun akan menghantarkan wang zakat dari syarikat anaknya untuk dibayar kepada MAIDAM dan segenap tahun jugalah selepas membuat pembayaran jumlah yang sepatutnya, arwah akan memohon untuk mengambil semula bahagian yang sepatutnya diagihkan oleh MAIDAM dan akan mengagihkan sendiri di kampung beliau kerana arwah tahu setiap tahun tiada zakat diterima oleh orang kampungnya melainkan dari zakat yang diagihkan oleh beliau. Sedih bukan!. Habis kemanakah duit zakat dihantar jika statistik kemiskinan setiap tahun meningkat? Saya pun tak tahu.

Dari Anas bin Malik r.a., seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya? Rasulullah SAW menjawab: “Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya  (Hadis Riwayat Ahmad).

Orang yang memberi zakat adalah orang Islam, orang yang menguruskan zakatpun adalah orang Islam juga, dan pastinya orang yang menguruskan lebih tahu dari yang membayar tentang tugasnya setelah menerima. Bila kehidupan dunia melebihi kepentingan diakhirat, maka mungkin zakat yang diterima dimasukkan ke dalam Fixed Deposit untuk mencari faedah peribadi kerana bakal menerima untung setelah diletakkan disana selama 3 bulan, mungkin jika meletakkannya lebih lama maka lebih besar untungnya,jadi tidak hairan saban tahun zakat yang disimpan tidak pernah habis. Anda fikir-fikirkanlah.....


Wallahua'lam.