FOLLOW ME

Thursday, July 17, 2008

Kuatnya Dugaan

Kuatnya dugaan. tapi kesabaran atas dugaan itu jika ikhlas pastinya mendapat pahala, kesakitan yang diterima itu pastinya menghapus dosa. InsyaAllah.

Tiga minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang sangat2 mencabar.

Bermula dari kesakitan telinga yang diingatkan perkara biasa, kemudian dioperate telinga kerana sudah kritikal, selepas 2 kali rawatan lanjutan semalam doktor sahkan ada lagi keratosis yang belum dibuang, sangat aktif mengikis tulang telinga dalam dan berada di belakang gegendang telinga, jauh terperosok ke dalam. Dahulunya penyakitku dipanggil Keratosis Obsturans, kini naik satu pangkat dipanggil Cholesteatoma .

Entahlah, nak disalahkan doktor kerana omission, pastinya tidak akan membawa apa2 manfaat kerana benda tu masih lagi ada di dalam, dan yang pastinya aku masih on medication sehinggalah keputusan rawatan susulan ketiga yang dijadualkan rabu minggu depan, kalau ubat titik yang diberikan doktor ini tak berkesan melembutkan benign tumor itu, pembedahan tambahan akan dibuat. Ya Allah... kuat sungguh dugaan.

Aku berdoa kepada tuhan semoga semangatku ditebalkan dan keimananku dikuatkan.
Semalam untukku adalah renungan, hari ini dan hari-hari berikutnya adalah keazaman dan minggu depan adalah perjuangan! Tabahkanlah aku!!

Salam.