FOLLOW ME

Wednesday, June 22, 2011

perlukah kita menggantikan solat akibat uzur syarie?



Saya bukan ustazah jauh sekali seorang yang pakar dalam hal-hal agama, namun saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana harap apa yang saya perolehi ini dapat dimanfaatkan oleh kawan-kawan wanita saya yang lain.

Suami saya 2 hari lepas bertanya kepada saya, "emm sayang (saya tambah2lah sikit supaya bunyi romantik gitu..) hahaha, abang dengar perempuan yang tak sembahyang sbb uzur haid kena ganti sembahyang yang dia tinggal. "Hah??" saya terpegun, mak aiiii, mmg confirm saya tak tahu hal ini dan memang tak pernah diberitahu oleh ustazah bahawa wanita yang didatangi uzur perlu gantikan solat mereka. Saya jawab "ya ke??? kalau ganti puasa ya lah."

Maka saya cuba mendapatkan jawapan yang sahih  yang diputuskan berdasarkan asas yang kuat dan saya telah mendapat jawapan disini yang mana menyatakan seperti berikut:-

"jika seorang wanita bersih dari haid atau nifas pada waktu Asar maka ia wajib menunaikan dengan solat Zohornya sekali menurut pendapat ulama' yang paling sahih. Ini kerana waktu kedua-dua salat itu boleh dihimpunkan keatasi haknya kepadah orang yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan musafir. (Pada waktu itu) wanita tersebut juga boleh dikategorikan sebagai orang yang sedang uzur yakni dengan sebab waktu bersihnya jatuh pada akhir waktu. Demikian juga jika wanita tersebut bersih pada waktu Isya', maka hendaklah dia menunaikan solat Maghribnya sekali. Perkara sedemikian ini juga seperti mana yang telah difatwakan oleh kebanyakan dari kalangan sahabat.
Maknanya, saya perlu qada' solat maghrib pada hari tersebut jika sekiranya saya telah suci pada waktu isya' atau juga saya hendaklah qada' solat zuhur jika saya telah suci pada waktu asar pada hari tersebut dan bukanlah saya perlu menggatikan keseluruhan waktu-waktu solat sepanjang hari-hari saya di datangi haid.

Alhamdulillah saya juga telah mendapatkan jawapan dimana saya hendaklah menqada'kan solat jika sekiranya saya memasuki waktu solat itu di dalam keadaan suci namun sebelum sempat saya menunaikan solat saya telah didatangi haid, maka saya hendaklah menggantikan  solat yang saya tidak sempat tunaikan pada waktu tersebut setelah saya suci kelak. Terima kasih kepada tuanpunya blog ini.

Syukur pada Allah kerana memudahkan saya mendapat jawapan yang dicari. Pengetahuan ini adalah baru bagi saya dan insyaAllah saya akan praktiikan sebaik saya mengetahui.


Timbul pula isu berkenaan perlukah qadha' solat yang sebelum ini tidak dilakukan kerana tidak mengetahui hal demikian? Maka jawapan yang saya perolehi adalah sebagaimana berikut:-

Ada dikalangan pendapat yang mengatakan perlu solat tersebut di Qadha'. Akan tetapi, jika solat yang masih baru ditinggalkan, bolehlah diqadha' , jika sebaliknya (solat yang lama ditinggalkan), memadai dengan bertaubat dan memperbanyakkan solat-solat sunnat. Ini adalah pandangan yang dipilih oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. Kata beliau :-


وتارك الصلاة عمدا لا يشرع له قضاؤها ، ولا تصح منه ، بل يكثر من التطوع ، وهو قول طائفة من السلف .

"Dan meninggalkan solat dengan sengaja tidak di syara'kan mengqadha'nya, (jika ia melakukan solat qadha' tersebut) tidak sah baginya, bahkan hendaklah perbanyakkan melakukan solat sunat, itu adalah pandangan kumpulan dikalangan salaf" - [Al-Ikhtiyaaraat, ms 34].

Diantara ulama' semasa yang cenderung kepada pendapat ini ialah bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh. WA.

Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Terima kasih pada kemajuan teknologi yang boleh memberikan kita ilmu di hujung jari. Antara malas dan rajin sahaja yang menjadi pemisah untuk mencari jawapan kepada kekaburan. Semoga ilmu yang saya perolehi ini menjadi info yang berguna untuk semua. Wassalam.



2 comments:

s a r said...

assalamualaikum :)

thanks for sharing.

pernah juga dengar pasal qada' solat ni juga sebelum ini. tapi maybe benda ramai lagi yang tak tahu. thanks ;)

Jie said...

welcome. tqvm for following my blog.