FOLLOW ME

Thursday, September 29, 2011

Weekend @ KLCC

23.9.2011 - Tiba di KL untuk settle hal kasut. Saya minta seorang pakar kasut buat custom shoe untuk mak saya memandangkan mak saya limping dan kasut di sebelah kiri perlukan ketinggian 1 inci dari sebelah kanan. Nak cari custom shoe di Kemaman memang tak ada sbb tu ambil keputusan untuk customised di KL. Kalau rasa nak tempah jugak, bolehla call Ms Lulu. Sangat baik orangnya dan kasutnya sangatlah ok. 

Appointment saya dgn Ms Lulu jam 3, so sebab tak ada plan lain, dalam jam 11 kami ambik cab menuju ke Aquaria. Last time ke sini 2 tahun lepas. Tak banyak yang berubah cuma ada 1-2 section baru. Kalau dari The Zon (tempat kami tido) ke Aquaria, teksi caj RM8,sebenarnya jalan kaki 10 minit dah boleh sampai tapi sebab bawak budak2 better ambik teksi lah. Ni gambar @ Aquaria. 

laluan yg kreatif.
Panjat for better viewing
feeding time @ 11.30 am



Tgk ular albino

Peace dr Jihah. Jaga2 blakang tu belut letrik tuu
Katak albino pun ada.
pose comel utk camerawoman



frog prince? hahahaha





Besor bapok ikang blakang.
Jihah & Dhirah.

ikan mende ntah namanya. muka mcm buaya.



adik senyum semewek

Nak melintas ke seberang lautan. Panjangnya jambatan!

Pari mari dekat saya, suruh ambik gambor dia.




Di dlm glass tunnel.

 teppek di cermin




UFO in the water? wow
Attack of the clones :)


Siapakah lelaki di dalam sut itu?
side kick skali!



Adik kata letih, xboh jalan, nak dukung.

Tai chi plop.. hahahaha


Penangan tai chi tuan haji, ikan ketakutan!

Penyu pun lari juga!




Budak2 dari Sek. Kuala Kemaman. Excited!

Sila tuan-tuan dan puan puan.. nak makan ikan apa hari ni.. ?? hahaha


Peace all :)

Lps balik dr Aquaria, saya ke Kheng Yu untuk jumpa Ms Lulu pasal kasut mak, lps tu jalan2 lagi ke Berjaya Timesquare.

Pemandu yang confirm tidak berlesen

snap dari atas bas sekolah gila (crazy bus school)

takda orang pun nak main langgar-langgar.. kasihannn

dlm train. peace sokmo ehhh. :)

Balik dr Times square terus ke Hotel, rehat dan solat lps tu terjun dalam kolam!!! niceeee!



Garfield pun tido tunggeng doh, letih sgt lah tu!

Had a very nice weekend, Alhamdulillah.

Wednesday, September 21, 2011

Harimau makan sushi malam ni?




Harap-harap Harimau mampu nak menelan sushi malam ni, 1-0 pun cukuplah! Janji menang! Ada live di Astro Arena 801 dan RTM2 jam 7 mlm. Jangan lupa untuk menyokong & jangan alpa solat maghrib. InsyaAllah menang lah tu! Amin!!

Sunday, September 18, 2011

Blackburn 4-Arsenal 3

Arsène Wenger believes Arsenal need to rediscover their defensive confidence after conceding four goals in Saturday’s defeat at Blackburn Rovers.

A new-look back four that included full debutant Andre Santos and recent signing Per Mertesacker succumbed to three second-half strikes at Ewood Park and the manager admits that defensive improvement needs to be made.
Oh well Mr Wenger, say what you have to say to cover your mistake.. the same old reason....why dont you let Pat Rice do your job, please!

Wednesday, September 14, 2011

UCL - Dortmund 1- Arsenal 1


Borussia Dortmund 1-1 Arsenal FC

Robin van Persie's goal before half-time (42') looked sufficient for the visitors until Ivan Perišić's stunning equaliser late on earned Dortmund a draw. 



Walcott's assist enable RVP to score.
RVP scored @ '42

"I am happy we manage to score" (me too! Mr Wenger) :)
Next Game : Arsenal v Olympiacos 28/9/2011.

First UCL game for Arsenal's newcomer Mikel Arteta
Come On Arsenal!!

Wednesday, September 7, 2011

Our 9th Anniversary

9 tahun dulu, 7hb September, jam 9.00 pagi....








Hari ini, 7hb September, 2011, Alhamdulillah kami masih lagi bergurau senda dan saling mengusik, masih bercinta dan saling memerlukan antara satu sama lain, tanpa dia saya pasti akan terumbang ambing..tanpa saya dia pasti tak dapat minum teh susu yang paling best setiap pagi... hahahaha. Untuk anak-anak kami yang menjadi penyeri..Najihah & Nadhirah.. Abi & Ummi love you both very-very much.

 
Semoga Allah merapatkan lagi hubungan kami, memurahkan rezeki kami, menjauhkan kami dari fitnah dunia dan menyatukan kami di syurga firdausi. Semoga anak-anak kami membesar menjadi anak-anak yang solehah. Semoga bahagia hingga akhir hayat, hingga maut memisahkan. InsyaAllah. Amin.











Tuesday, September 6, 2011

Raya di Gong Kekabu

Tahun ni Alhamdulillah dapat balik awal ke kampung, ofis tutup seminggu sempena raya, hari sabtu 2 hari sebelum raya dah sampai di Gong Kekabu, kampung tempat saya dilahirkan dan tempat kelahiran bapa saya. Mak saya orang Pulai Tinggi, lebih kurang 10km dari Gong Kekabu, tak jauh manapun. :)

Hari ahad kami berpakat nak buat tapai, ni agenda setahun sekali. Kalau tak ada tapai memang kurang meriah lah raya.Sebenarnya bukanlah kempunan nak makan tapai tapi masa membungkus tu yang best, semua berkumpul dan kemudian masing-masing lumba siapa paling cepat bungkus tapai, ada yang mengelat pakai sudu besar dan daun getah pun besar-besar, kiranya sepuluh kali bungkus dah habis satu talam. Kalau orang makan kiranya skali makan kenyang setahun la. Hari tu kami berbuka ramai-ramai kat rumah mak, ada ikan patin gulai tempoyak, ayam bakar, gulai ayam, abc dan macam-macam lagilah. Masa time makan tak ingat dunia! lepas tu mulalah perut ketat dan tak larat nak gi solat tarawikh. Tapi alhamdulillah malam tu semua ke masjid [walaupun ada yang mengelat solat tarawikh tak habis! :) ]

Kakak saya no.3, Alang, tiba dari Sabah malam raya, kesian dia sebab dia tak sempat nak berpuasa di rumah mak, tapi at least boleh balik raya dan celebrate sama-sama ngan adik beradik lain. Tahun lepas Alang balik raya haji saja, raya puasa dia raya kat Sabah sbb tiket flight yang govt bagi hanya boleh guna setahun sekali saja, itupun sponsor tak masuk mak dan ayah. Govt hanya tanggung untuk suami dan anak2 saja, uish kalau balik tiap2 raya memang boleh botak kepala, kira botak yang memang dah tak tumbuh rambut terus lah! Anyway tahun ni Alang bawak mak dan ayah mertuanya sekali. The more the merrier. Memang meriahlah!! :)

Hari raya mcm biasa sambut tetamu, buat air, basuh pinggan dan buat site visit rumah saudara mara yang berhampiran. Saya lepas habis 2 rumah dah surrender sbb perut dah bergoyang dengan air sunquick dan kuih raya tapi yang lain meneruskan serbuan raya dari rumah 3 sampailah ke rumah yang ke 13. Uisshhh dahsyat raya diorang. Petang raya saya dan husband serta anak-anak asalnya nak ke kerteh untuk meraikan bersama abang-abang ipar dan ayah mertua, tapi hanya sampai Dungun saja sbb semua dah berkumpul disana. So kami beraya di dungun sajalah petang tu di rumah sepupu sebelum bertolak balik semula ke k.trg lepas asar. Dari K.T ke Dungun dan balik semula memang sgt cepat, bertolak jam 4.30 dari Dungun jam 5.15 dah  sampai Ajil sebab guna LPT yang baru dibuka, langsung tak jem!

Saya sangat bersyukur kerana tahun ni diberikan nikmat dan rezeki oleh Allah untuk meraikan raya, Alhamdulillah cukup sempurna!. Semoga Allah memberikan kegembiraan yang berterusan untuk kami hingga ke Ramadhan dan Syawal tahun-tahun seterusnya.

InsyaAllah.

Ni gambar-gambar raya, tak banyak sbb malas nak upload. :)

Happy viewing.

Ni adik dan sepupus yang tinggal di Kerteh. Adila yang atas kiri semalam dah berangkat ke Sunderland, selamat jalan kak Dila!.

Adik dan sepupus yg tinggal di K.T. Jihah tak ada dalam gambar sebab dia tak ikut pergi Kerteh, sibuk kutip duit raya kat Bukit Payong.

Ni adik dan Chicha (bukan chicarito yer), Chicha tua setahun dari adik.

2nd day di rumah Ceklong, rumah kakak saya yang sulung. Yang baju gelap tudung putih tu Alang saya. Yang macam bodyguard pakai kopiah tu adik saya yang bongsu. Yang lain semua anak saudara. Ada 22 orang anak saudara semuanya, uishh skali bagi duit raya boleh tutup bank. :)

Adik yang relax dengan sepupus.

Main Bola 2nd day Raya, tetiba para ayah lebih excited dari kanak-kanak.

Adik dan kazen 'Fathurrahman'. Kalau dia tak dapat bola dia nangis. Bijak gak taktik tu. :)

Petang Raya ke4 kami singgah di Batu Bersurat, Kuala Berang. Selama ni lalu saja, tak pernah singgahpun.

Sebelah petang 4th raya kami melawat Taman Tamadun Islam. Ni bergambar depan Taj Mahal. Memang cantik untuk bergambar, lain kali kena bawak kerusi sendiri so boleh ambik family photo, tak payah pergi kedai gambar. Background memang cantikkan!