FOLLOW ME

Wednesday, October 12, 2011

Niat

Hari ini saya amat gembira kerana dapat reply email dari Dr MAZA. Alhamdulillah jawapan yang dinantikan sungguh cepat. Saya bertanyakan pada Dr MAZA berkenaan satu post di facebook yang mana ramai sahabat saya 'share' link tersebut iaitu berkenaan mandi wajib.

Ada satu bahagian dimana dinyatakan:
 

Niat mandi wajib jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
 


Sebagaimana jawapan pertanyaan saya kepada dr MAZA berkenaan hal di atas, beliau telah membalas email saya sebagaimana berikut:
 W'salam, itu satu kekarutan yang menunjukkan beliau sendiri x faham maksud niat. Lihat Minda Tajdid bahagian fatwa niat.

Alhamdulillah penjelasan berkenaan niat dihuraikan dengan jelas oleh Dr MAZA di dalam seksyen tersebut dan boleh dibaca disini : Minda Tajdid

Saya suka mengambil satu quote di dalam tulisan tersebut sebagaimana berikut:-

بالنية في العبادات، مثل الصلاة والصيام والغسل والوضوء، ونحوها، وهو ما نرى بعض الناس يجهدون أنفسهم في الإتيان به، مثل قولهم: نويت رفع الحدث الأصغر أو الأكبر، أو نويت صلاة الظهر أو العصر أربع ركعات على لله العظيم، أو نويت الصيام غدا في شهر رمضان.. الخ، وكل هذا لم يأت به قرآن ولا سنة. ولا معنى له، إذ لا يقول الإنسان إذا أراد الذهاب إلى السوق: نويت الذهاب إلى السوق، أو إذا نوى السفر: نويت السفر! ونقل الزركشي عن الغزالي في فتاويه قوله: أمر النية سهل في العبادات، وإنما يتعسر
بسبب الجهل بحقيقة النية أو الوسوسة

Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tiada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”. - Dr Yusuf Al-Qaradawi

Semoga menjadi bacaan yang berguna untuk semua.
Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Monday, October 3, 2011

Happy Birthday Najihah

Selamat Hari lahir untuk anak sulung saya, Nur Najihah yang semalam masuk umur 8 tahun. Sekejap saja masa berlalu dah pun masuk 8 tahun dan tahun depan Najihah akan melangkah masuk darjah 3. Sungguh cepat masa berlalu.

Happy Birthday sayang. Be good to your little sister, semoga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membuat setiap keputusan dengan penuh kebijaksanaan, InsyaAllah.

Najihah - baru sehari melihat dunia. 3.10.2003

2 tahun
3 tahun
4 tahun
5 tahun


6 tahun
Dgn adik- Aidilfitri 2008

7 tahun. Bila meningkat dewasa ambik gambar pun malu-malu :)
15.3.2011. Alhamdulillah dimurahkan rezekinya untuk menjejakkan kaki ke tanah haram.

 Najihah @ 2.10.2011- 8 tahun

8th Birthday.. and counting more happy years ahead. InsyaAllah











 Remember sayang, we love you very-very much, now-then-and always!






Sunday, October 2, 2011

Panggilan Haji

Alhamdulillah, semalam kakak saya no. 2, Cekngah & suaminya selamat berlepas ke Madinah untuk menunaikan Haji. Penerbangan Cekngah, KT006 adalah penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Madinah. Alhamdulillah tak lah letih sangat sebab tak perlu naik bas dari Jeddah ke Madinah.

Kalau ikut jadual, kakak akan berada di Madinah selama 10 hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji. InsyaAllah dijadualkan kembali ke tanahair pada 15.11.2011. Semoga beliau dan suami mendapat haji yang mabrur dan dalam keadaan sihat semasa bermusafir di tanah haram. Amin.
Tetamu Allah bergambar dgn ayahanda yang sedang pilu

Dengan bonda (paling kanan) dan mak saudara

Ceklong sibuk melayan yang lapar, mee goreng dan nasi lemak untuk breakfast di airport sementara menunggu check in. Tengkiu Ceklong. :)

Nadhirah pukul 5am dah bangun. excited utk ke airport.

suamiku tersayang. I love u lah! :)


Ramainya anggota keluarga menghantar jemaah.

Beg2 jemaah dihimpunkan setempat. Good job Lembaga Tabung Haji.

p/s: Sangat merindui Al-Haramain. Semoga saya dapat berkunjung lagi ke sana. InsyaAllah.