FOLLOW ME

Wednesday, June 25, 2008

Cerita tak best, minyak naik lagi?

Alahai, hari ini ada peristiwa yang best dan ada juga yang tak best.

Yang best, tengahari tadi semua staff pergi lunch di KFC kemaman, belanja duit tabung (duit tabung=duit dari klien2 yang baik hati, dalam sepuluh adala sorang,hahaha)semua makan chicken chop kecuali bob dan suami yang ambik ayam goreng. Lepas tu semua makan jelly icecream, macam budak2, belanja semua RM103.00. Balance ada lagi dalam tabung, so bolehla lain kali makan pizza pulak. Tapi yang next time tu kena tanya tukang jaga tabung dulu, Kak Azie, bolehtak??? Hehehehe, kita orang ni kalau bab makan sure on jelah.

Yang tak best, tadi Kakak kepada staf telefon bagitau yang 4 stesen minyak kat Kemaman ni dah tutup hari ni sebab ada arahan dari KL, cuma tinggal stesen minyak PETRONAS Sahaja, biar betul!!! Dia bagitau harga minyak akan naik lagi dalam masa terdekat ni (malam ni ke huh? ish, kancil baru jer isi penuh! Kia pun ada minyak lagi) Towkey PETRONAS kat kemaman pun bagitau tengah tunggu arahan dari KL samada kena tutup atau tak. Yang herannya tu, kanapa sampai kena tutup, bukak je lah.... takkan nak naik harga kena tutup operation kot.. heran sungguh.

Anyway, ni nak balik dari ofis ni kena melilaulah kejap, nak kena check betul ke tak propaganda penutupan stesen minyak nih. Next post saya bagitau k!! Chow.

Salam.

1 comment:

kin hashim said...

yey..minyak naik ! minyak naik! hidup pak lah! hehehhe... jie, tahniah! dah ada blog seniri! nanti saya link kan kat blog saya yer! :).