FOLLOW ME

Friday, June 13, 2008

makan apa tghari ni??

Emmm... rasa macam lama dah tak masak sbb selalu balik kampung. Asal weekend balik kg, asal weekend takda kat rumah. This week asalnya plan nak balik sbb ada hearing dekat high court KT hari khamis, so plannya nak balik rabu malam, hantar anak kat umah mak... then suami kata ada kelas taekwondo hari kamis kat sekolah al-amin kerteh, so kena ubah plan... hari khamis pagi, pukul 6 mesti bertolak ke KT, anak2 tinggalkan kat suami utk dihantar ke TASKA.

Aleh2, Loyer belah sana call bagitau nak settle, so mintak tangguh hearing pending settlement..apalagi, terus cancellah plan nak bertolak ke KT. So hari ni, tengok dalam peti sejuk ada ikan bawal ngan ayam yang dibeli kat pasar pagi last week.. hehehe..nasib baik ada teknologi..wujud petisejuk.. kalau tak ada kira sedekah kat ayam itik dah item2 tu.. confirm takleh makan dah.

Ingat2 hari nak masak ayam goreng kari, ikan bawal steam, sayur campur ngan telur dadar dah la.. suami bukannya makan banyak pun, tapi kalau masuk kari2 nih.. confirm ratah habihla..

OK la.. dah kul 11pagi, chiow. salam

No comments: