FOLLOW ME

Saturday, June 14, 2008

Minyak oh Minyak!!

Pagi ni, ambik kancil suami bawak pergi pasar, start enjin, tengok minyak sikit lagi nak turun bawah E (dah sentuh E, cuma belum sampai bawah!! hahaha, memang kritikal) so takpalah, bleh isi terus on the way. Stop kat stesen Caltex Kubang Kurus (Kesian Kubang, tak gemuk2) suruh isi RM20(Terengganu best, ada lagi orang tolong isi, so takyah la turun kereta,tengok jarum minyak tak naik pun, aikk..biar betul!! lepas bayar kat makcik tu, tengok jarum minyak pun gerak slow2.. Ya Allah, besar tahi cicak jer bezanya.Tak sampai suku!!

Tengahari pulak, suami bawak KIA pergi isi minyak, terkejut bila dia bagitau tangki penuh RM105!! hahaha, dulu sebelum minyak naik, kalau isi penuh dalam RM70++. Memang terasa bahang kenaikan harga minyak nih.

Petang ni dia ada kelas Taekwondo kat Sek Keb Kampung Baru kat Kerteh, ramai gak student. Ada assistant yang rajin dan baik, nama Yaser. Belajar lagi. Skang ni dia tengah praktikal kat gebeng. Semester depan masuk balik ah Poly kat Penang. Anyway, balik dari Kerteh, suami stop kat stesen PETRONAS, isi minyak Kancil yang telah diisi pagi tadi, dia isi penuh..RM60++.. dasyat!! hari ni saja, dah habih 185++ untuk minyak saja. Walawe!!!

1 comment:

Muhammad Azli Shukri said...

inilah bahanya apabila kita mempunyai kepimpinan yang lemah..