Hari ni ada meeting cum minum petang dengan satu bank di Kuantan. Masa terima jemputan, bincang siapa yang nak pergi, suami pulak kurang berminat bila ada hal2 formal ni, .. masalahnya tak boleh pergi berdua.. anak nak tinggal kat siapa.. itulah kelemahan bila duduk jauh dari keluarga. Mak di KT. Adik beradik pun hampir semuanya disana. Hari ni pulak hari Jumaat, taska tutup. Jadi terpaksa menjadi 'Sura rumahtangga' lah nampaknya suami saya petang ni.
Nak tinggalkan anak2 dengan dia bukannya sesuatu yang menggembirakan kerana terasa menyerahkan tanggungjawab yang sepatutnya milik saya, so semasa suami pergi sembahyang jumaat, terus kutip dan basuh semua botol2 susu, najihah ada 3, nadhirah ada 8! anak2pun dah settle mandi tengahari & makan. Bukan apa, takut nanti suami pening, meroyan dia susah pulak saya. Sori abang.. gurau!! Bila dia sampai dalam +-2.15, nadhirah dah tidur & najihah layan citer kartun kat TV sambil hisap susu coklat (untuk kali ke-5!) so kira ok lah.
Saya bertolak ke Kuantan 2.20, agenda bermula jam 3 p.m, pergi ambik akaun staf kat rumah dia dulu, so lebih kurang jam 2.30 bertolak dari geliga. Dalam kepala sempat kot. Kesian dan berat hati nak tinggalkan anak2 dgn suami. Tapi apa nak buat. Dia pulak tak nak pergi.
Saya sampai kat rumah lebih kurang jam 6.50 ptg. Tengok kat depan porch ada pool yang berisi air (selalunya pool tu saya lipatkan saja sebab jarang guna) hahahaha, dalam hati mesti najihah buat perangai nih. Masuk dalam rumah, suami bagitau nadhirah pun bantai mandi sekali dalam kolam tu. Kesian dia melayan karenah 2 puteri di dalam hidup kami. Keadaan dalam rumah biasa lah... lawa sikit dari bilik stor. berterabur mainan atas kerusi... tutup mata jelah. Anyway, terima kasih abang atas khidmat bakti hari ini. Tabik spring 5 kali!!! Love you!
1 comment:
jie...apa nih...ni video 18sx nih.. hehehe..
Post a Comment