FOLLOW ME

Monday, July 14, 2008

Meh kita berkongsi Ilmu

Hari ini rasa nak berkongsi ilmu yang cetek nih, manalah tau boleh membantu sedikit sebanyak untuk mana2 kawan yang rasa nak beli rumah ke bangunan ke tanah 4 ekar ke.. wallahua'lam.

rasanya lebih senang letak info pakai nombor. so sesape yang tak faham bulehla bertanya kepada makcik ini yang akan cuba menjawab ikut ilmu yang ada didada ini . kalau tak jawab maknanya soalan tu mungkin complicated dan memerlukan ujikaji dan bacaan2 lain supaya tak salah bagi advise (kan tak pasal2 kita pulak kena saman).

Ok, infonya seperti berikut:-

1) Kerajaan pada ketika ini memperuntukkan rebet (diskaun) 50% atas duti setem bagi pindahmilik untuk rumah kediaman yang harganya tak melebihi RM250,000-00. Kalau ada yang nak tahu cara pengiraan duti setem, nanti next post saya bagitau.

2) Rebet diatas berkuatkuasa sehingga 2010 shj. Lepas tu kena tunggu belanjawan plakla.

3) rebet tu jugak sekali seumur hidup. Maknanya kalau dah pernah apply untuk rebet sebelum ni untuk rumah yang pertama, beli rumah kedua tak ada rebet la.(kalau samy vellu, dia kata "yillek")

4) Kalau nak beli tanah kosong, bank akan bagi loan biasanya sehingga 75% sahaja, yang lebih kena tanggung sendiri. kalau apply ikut perbendaharan (loan Govt), boleh dapat full, cuma tak boleh terus bina umah atas tanah tu, kena bayar dulu instalment ikut potongan gaji dalam sebulan dua, baru bleh apply untuk gadaian kali kedua.

5) Loyar fee kalau nak beli umah,1% untuk RM150K yang pertama dari harga jual beli, balance 0.7%, lepas tu ada service tax 5% .

Oklah, tips2 lain next post la yer.

salam.