FOLLOW ME
Monday, August 25, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan
Salam.
Almost setahun selepas ramadhan 2007, kini ramadhan 2008 akan menjenguk tak sampai lagi seminggu. Syukur tuhan melanjutkan umur saya untuk melaluinya lagi tahun ini. Terima kasih Kin kerana hadiahkan saya buah kurma kat atas tu.Err.. Air zam-zam ada?? Kalau ada, forwardlah skali. :-)
Tahun lepas tak merasa berpuasa kerana masih dalam pantang bersalin. 5.9.2008 nanti genap Nur Nadhirah Al-Ashari Binti Saiful Nizam berumur 1 tahun dan 7.9.2008 genap usia perkahwinan kami 6 tahun. Alhamdullilah.
Bulan ramadhan mengingatkan saya pada pemergian ibu mertua pada 23 ramadhan, 3 tahun yang lalu, antara peristiwa sedih di dalam hidup saya dan suami sekeluarga namun sentiasa mengingatkan kami bahawa hidup ini hanya sementara. Yang kekal abadi adalah kepadaNya. Rumah suami di Chabang Tiga kini disewakan kepada saudara kerana ayah mertua kini tinggal dengan abang ipar di Kerteh. Masih terngiang suara ibu mertua mengaji setiap pagi selepas solat subuh. Paling istimewa, di bulan puasa dia paling suka masak bistik, makan dengan roti. Sedih atas pemergian beliau, tapi itu adalah ketentuan Ilahi dan kami Redha atas pemergiannya.
Untuk kawan-kawan, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna bersama keluarga. Selamat bertarawih.
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
air zam zam belum ada la jie... cari kat google la ye...hehehhe...
Post a Comment