FOLLOW ME

Sunday, September 28, 2008

Kad Aidilfitri ibu-ibu Cyber



Kad raya ini saya terima dari Limerick. Dari kawan rapat masa kat Sekolah Menengah dulu, dia kawin pun dengan schoolmate gak, cam saya la. Kalau masuk dalam blog dia, uihh.. macam macam ada. Glamer. Thanks Kin untuk ingatan dgn kad raya yang kiut miut. tapi naper gambar masjid tu cam Masjid Terapung kat Kuala Ibai jer, tu Masjid kat Limerick ker kat Trg? Confuse..



Yang ini pulak saya terima dari Kak Gie, pun schoolmate gak. Lama tak dengar berita, tup tup jumpa di alam siber ni. Sekarang Kak Gie di Johor, dah berkahwin dan mempunyai seorang putera yang macho dan kiut. Tak nak balik kg ke Kak Gie? Thanks Kak Gie untuk ingatan.

Quality Hotel Shah Alam

Drove to Shah Alam on Friday,26.9.08 for appointment with ENT specialist at Selangor Specialist Hospital a.k.a SMC scheduled the next day. Book hotel via internet. Fast and easy. Our booking with Quality Hotel Shah Alam was confirmed the same day.

Quality Hotel situated near Plaza Alam Sentral and Anggerik Mall, so it was quite easy to find. Arrived at the hotel around 1400 and were told that all junior suites were occupied. As our booking already confirmed, the management has replaced the room with executive suite. Hehehehe.. lucky us, junior suite to executive suite with same price.



The room is spacious and clean and the hotel is also walking distance to shopping complex. But limited view (only dining has view, others i.e living and bedroom are blocked), small bathroom compared to deluxe's @ Concorde Hotel, Astro (cable TV) only in bedroom, No iron provide.

Overall ?- just ok. Will book another hotel next time.

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri



SALAM AIDILFITRI untuk yang mengenali diri ini, paling istimewa untuk:

AKA SUAMI TERSAYANG

AKA KIN

AKA KAK GIE

aka KAKCIK

dan sahabat-sahabat lain yang mengenali diri ini yang mana blognya ku tidak ketahui, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 17, 2008

AlFatihah

Hari ni saya menerima satu sms dari rakan lama, kawan karib masa di SHAMS dulu,mesejnya simple, tapi cukup mengejutkan saya. Peristiwa sedih bagi rakan kami di kelas 5 Abu Daud dulu, Najihah namanya, ibu beliau telah meninggal dunia jam 4 pagi hari ni. Hari Nuzul Quran. Seingat saya bapa beliau telahpun lama tiada.

Untuk sahabat saya, Najihah, tabahkan hati atas peristiwa ini, harus redha atas pemergiannya kepada panggilan tuhan untuk alam yang kekal abadi. Marilah kita doakan semoga ibu Najihah dan seluruh umat islam yang lain yang telah pergi, termasuk ibu mertua saya,datuk,nenek, bapa saudara, sepupu dan sahabat handai semoga dicucuri rahmat yang berpanjangan, dijauhkan daripada azab kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

AlFatihah.

Sunday, September 14, 2008

Award baru dari Limerick



Thanks Kin untuk award, tima kasih bebanyak.

Wednesday, September 10, 2008

Kenangan Merdeka 2008



27-8-08 hingga 31.8.08 kami sekeluarga ke Shah Alam, banyak agenda - 28.8.08 : saya ke SMC untuk follow up. Alhamdulillah, doktor cakap getting better tapi masih tak boleh escape surgery sbb gegendang bocor, jadi masih kena lalui operation untuk tampal (tak tahu macam mana cara doc akan buat, imagine macam tampal tayar basikal bocor kot.. hahaha). Entahlah, 27.9.08 ni kena kesana semula untuk another follow up, harap2 good news. InsyaAllah.



Kami menetap di Concorde Shah Alam, takpalah belanja skit sebab bawak anak-anak, biar selesa. Ambil pakej family 5hari 4 malam, dapat tiket masuk Sunway Laggon Theme Park percuma untuk satu family. Apa lagi, balik dari klinik 28.8, terus get ready untuk ke Sunway lagoon. Kesian, dah tua baru merasa nak main air.. memang tak pernah berkesempatan untuk ke Sunway lagoon atau Sunway Pyramid, even masa belajar kat Bangi, sebab pikir kat sana keadaan mesti hectic dan barang mahal, so bila dah tuhan bagi kesempatan nih, apalagi.. bergumbiralah kami anak beranak.



Nadhirah dan Jihah paling gembira sebab selalu tak ada masa nak bawak mereka pergi mandi kolam, so boleh lepas gian. Dhirah sampai batuk, telan air 2 kali. Hehehe.



Keesokkannya, suami ada tournament taekwon-Do dari 29-31.8.08 di stadium Malawati Shah Alam. Dah masuk 31 thn tapi masih aktif dan berbisa! suami masuk acara individu pattern dan team sparring. Tahun ni tak dapat menyokong dari dekat sebab jaga nadhirah yang masih kecik. Teriak dari jauh je lah. Suami dapat gangsa untuk pattern 4th Dan, susah nak menang emas kalau libatkan acara yang subjective ni.. bergantung pada judges, kalau judges tu dah set nak bagi menang kat negeri tu, kita buat pattern atas udara pun tak bleh menang. Untuk team sparring, suami jadi back-up dan team manager, letak budak muda2 kat depan jadi fighter, tak sangka menang emas sebab acara ni memang dimonopoli oleh Kedah sejak 2-3 tahun lepas. Tahniah untuk team Terengganu dan untuk suami... bangga kerana masih dapat kumpul pingat walaupun anak dah dua!



Kami sambut merdeka dekat dalam stadium sebab masa malam 30 hb tu, acara sampai pukul 1.30 pagi,tak pernah sepanjang saya mengikut suami pergi tournament buat acara sampai lewat malam. Paling lewat pukul 10-00 malam dah berhenti. Jihah dan Dhirah nasib baik bawak tuala dan banyak baju spare, kira berkampung dalam stadiumlah hari tu. Pukul 12 juruhebah teriak merdeka 3 kali dan suruh kami semua nyanyi lagu Negaraku, ish.. tak pernah sepanjang hayat celebrate merdeka ni.. dalam hati geram gak sebab laungan merdeka terlampau kuat, dia jerit pakai mic, bising.. mujur Jihah dan Dhirah tak terjaga. Anyway, inilah kenangan merdeka untuk kami sekeluarga. 31.8.08 kami berangkat balik ke Trg lebih kurang jam 5.00 ptg selepas selesai acara penyampaian hadiah dan penutup. Rasa letih dan sakit seluruh badan..

Tahun depan tournament akan diadakan di Sabah. Tahun ni team Terengganu No.2 keseluruhan dengan 5 emas, Juara keseluruhan dapat kat Negeri Kedah. takpalah, tahun depan kami mesti rampas!! ya ke tak abang... ke syok sendiri je nih.. hehehehe.Salam.

Happy Birthday Nadhirah!



5.9.08-Nadhirah cukup 1 tahun. Semoga dibahagiakan lagi hubungan kami sekeluarga atas kehadirannya.




Untuk Dhirah, Ummi dan Abi doakan semoga membesar sebagai anak yang baik, anak yang solehah, rajin, cerdik dan adik yang baik kepada Kakak Jihah. Amin.

Happy Birthday Dear!!

Sunday, September 7, 2008

Award no.2



"This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world."

P/S:-

Thanks Kin. Nampaknya kena beli almari baru nih, untuk simpan award jer.. ;-)

Mak Patah Peha

Satu perkara yang tak pernah terpikir oleh saya dan tak pernah terlintas untuk melihat mak terlantar atas katil tak boleh bergerak. Tapi itulah takdir namanya, hari ini kita sihat, esok belum tahu.

Kesian sungguh melihat mak. Kaki belah kanan langsung tak boleh digerakkan. Dia jatuh masa nak buang sampah kat belakang rumah. Entahla, selama ni samada pembantu atau ayah yang tolong mak buang sampah, hari tu dia nak buang sendiri.. mak sakit lutut dah lama, sakit lutut pun belah kanan juga, menyebabkan dia jalan terhenjut, kaki belah kanan pun dah bengkok sikit.

Mak jatuh hari isnin 2 minggu lepas, dua hari sebelum saya bertolak ke Shah Alam untuk follow up penyakit saya yang tak habih-2 lagi. Plan asal nak tinggalkan anak dengan mak sebab susah nanti dekat specialist, tunggu lama, tapi bila kejadian menimpa, plan B la.. terpaksa bawak semua.

Mak tak nak pergi hospital so kami kena cari bomoh patah. Mujur ada satu bomoh patah yang mak kenal dekat Kijal. Bomoh kata ambik masa untuk sembuh sebab faktor usia. kesian mak.

Saya sentiasa berdoa dan harap kawan2 pun dapat doakan semoga mak saya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.