FOLLOW ME
Wednesday, September 10, 2008
Kenangan Merdeka 2008
27-8-08 hingga 31.8.08 kami sekeluarga ke Shah Alam, banyak agenda - 28.8.08 : saya ke SMC untuk follow up. Alhamdulillah, doktor cakap getting better tapi masih tak boleh escape surgery sbb gegendang bocor, jadi masih kena lalui operation untuk tampal (tak tahu macam mana cara doc akan buat, imagine macam tampal tayar basikal bocor kot.. hahaha). Entahlah, 27.9.08 ni kena kesana semula untuk another follow up, harap2 good news. InsyaAllah.
Kami menetap di Concorde Shah Alam, takpalah belanja skit sebab bawak anak-anak, biar selesa. Ambil pakej family 5hari 4 malam, dapat tiket masuk Sunway Laggon Theme Park percuma untuk satu family. Apa lagi, balik dari klinik 28.8, terus get ready untuk ke Sunway lagoon. Kesian, dah tua baru merasa nak main air.. memang tak pernah berkesempatan untuk ke Sunway lagoon atau Sunway Pyramid, even masa belajar kat Bangi, sebab pikir kat sana keadaan mesti hectic dan barang mahal, so bila dah tuhan bagi kesempatan nih, apalagi.. bergumbiralah kami anak beranak.
Nadhirah dan Jihah paling gembira sebab selalu tak ada masa nak bawak mereka pergi mandi kolam, so boleh lepas gian. Dhirah sampai batuk, telan air 2 kali. Hehehe.
Keesokkannya, suami ada tournament taekwon-Do dari 29-31.8.08 di stadium Malawati Shah Alam. Dah masuk 31 thn tapi masih aktif dan berbisa! suami masuk acara individu pattern dan team sparring. Tahun ni tak dapat menyokong dari dekat sebab jaga nadhirah yang masih kecik. Teriak dari jauh je lah. Suami dapat gangsa untuk pattern 4th Dan, susah nak menang emas kalau libatkan acara yang subjective ni.. bergantung pada judges, kalau judges tu dah set nak bagi menang kat negeri tu, kita buat pattern atas udara pun tak bleh menang. Untuk team sparring, suami jadi back-up dan team manager, letak budak muda2 kat depan jadi fighter, tak sangka menang emas sebab acara ni memang dimonopoli oleh Kedah sejak 2-3 tahun lepas. Tahniah untuk team Terengganu dan untuk suami... bangga kerana masih dapat kumpul pingat walaupun anak dah dua!
Kami sambut merdeka dekat dalam stadium sebab masa malam 30 hb tu, acara sampai pukul 1.30 pagi,tak pernah sepanjang saya mengikut suami pergi tournament buat acara sampai lewat malam. Paling lewat pukul 10-00 malam dah berhenti. Jihah dan Dhirah nasib baik bawak tuala dan banyak baju spare, kira berkampung dalam stadiumlah hari tu. Pukul 12 juruhebah teriak merdeka 3 kali dan suruh kami semua nyanyi lagu Negaraku, ish.. tak pernah sepanjang hayat celebrate merdeka ni.. dalam hati geram gak sebab laungan merdeka terlampau kuat, dia jerit pakai mic, bising.. mujur Jihah dan Dhirah tak terjaga. Anyway, inilah kenangan merdeka untuk kami sekeluarga. 31.8.08 kami berangkat balik ke Trg lebih kurang jam 5.00 ptg selepas selesai acara penyampaian hadiah dan penutup. Rasa letih dan sakit seluruh badan..
Tahun depan tournament akan diadakan di Sabah. Tahun ni team Terengganu No.2 keseluruhan dengan 5 emas, Juara keseluruhan dapat kat Negeri Kedah. takpalah, tahun depan kami mesti rampas!! ya ke tak abang... ke syok sendiri je nih.. hehehehe.Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wah..wah..wah....Jie, x sangka yea hj saiful kita nih..active betul dalam taekwondo....tahniah la....
glamer gitu msk srt kabo! hehhehe
Post a Comment