Dear fren,
Saja jer nak menulis berkenaan FMC package by Bank kat dalam ni sebab ramai yang salah faham apa maksud free moving cost (FMC) yang sekarang tengah dioffer oleh banyak bank especially CIMB dan RHB kepada Customer.
Selalunya apa yang akan diberitahu kepada Customer adalah Bank tanggung semua fee including lawyer fee n disbursement. Tapi sebenarnya bukan semua, yang Bank tanggung separuh saja, iaitu fee yang melibatkan dokumen-dokumen bank termasuk stamping bagi Facility Agreement (conventional loan)atau Property Sale Agreement (untuk islamic loan) yang mana kebiasaannya lawyer akan ambik 1% daripada total loan amount dan bayaran stamping yang harus dibayar kepada Pejabat Duti Setem iaitu 0.5% daripada jumlah pinjaman untuk prinsipal dan RM10 untuk setiap salinan/pendua. Bayaran ini kebiasaannya akan ditanggung oleh Customer tetapi sebaliknya akan ditanggung oleh Bank jika pinjaman dibuat dibawah Pakej FMC.
Jangan terkejut jika kemudian anda masih menerima panggilan telefon daripada lawyer meminta anda membayar bil kerana apa yang bank tanggung adalah untuk gadaian sahaja. Bagi urusan pindahmilik (tukar nama) daripada nama penjual kepada nama anda, kesemua kos yang timbul daripada urusan tersebut akan ditanggung oleh anda sepenuhnya walaupun anda mengambil pakej FMC dengan Bank. Yang merugikan adalah kebiasaannya kos pindahmilik adalah lebih mahal daripada kos gadaian kerana pengiraan jumlah untuk stamping (mati setem) borang pindahmilik bukan tetap 0.5% sebagaimana gadaian, tetapi mengikut skala jumlah pindakmilik iaitu 1% untuk RM100,000 yang pertama dan meningkat mengikut skala yang telah ditetapkan oleh Pejabat Duti Setem.
Bila difikirkan semula, mungkin satu kerugian kerana faedah yang harus dibayar oleh anda kepada Bank dibawah FMC adalah lebih tinggi berbanding faedah dibawah pakej biasa (bukan FMC). Walau bagaimanapun, bagi yang memikirkan untuk mendapatkan duit bagi membayar kos guaman untuk kedua-dua transaksi (gadaian dan pindahmilik) yang mungkin mencapai RM5000 untuk rumah yang berharga RM150,000-00 adalah lebih baik untuk mendapatkan pakej FMC kerana kos yang ditanggung adalah separuh sahaja.
Oleh yang demikian, harapnya anda membuat pilihan yang tepat supaya dapat membuat anggaran perbelanjaan yang tepat yang akan dikeluarkan oleh anda apabila berniat untuk membeli rumah satu hari nanti. Semoga dapat membantu!
Salam.
2 comments:
Is it really free moving costs? Because as far as I know, whatever fees the bank said they "absorb" is actually become part of the housing loan and we have to pay back the bank at a higher amount (coz with interest). Is it right?
Yup! Betul. "free Moving Cost" sbb tak payah keluar duit poket untuk bayar pada loyer. Tapi actually, bila ditimbang balik dgn interest rate yang diberioleh Bank, sama jer....
Post a Comment