Tahun ni kami sekeluarga beraya di kampung saya, Kg Bukit Payong, Marang sebab mak saya masih tak boleh gerak, patah peha seminggu sebelum puasa, tahun lepas pun di Bukit Payong jugak sebab saya masih dalam pantang kerana bersalin. Nadhirah sekarang sudah 1 tahun. Tahun depan InsyaAllah kalau tiada aral melintang, kami akan beraya di Kerteh, rumah abang ipar yang sulung sebab ayah mertua ada disana.
Dua hari sebelum raya, kami bungkus tapai. Kakak saya n suaminya yang duduk kat Sabah diberi tugas untuk cari daun getah kat kebun ayah, sian dia. Takpa la Alang, bukan selalu kena suruh.. heheheh.. Saya pulak kena basuh beras pulut, 10 cupak. Banyak tuh!!! lenguh gak tangan ni, tapi takpala.. kena ikhlas.. :-) Kakak saya yang sulung tukang kukus dan letak ragi. Dia kata masa letak ragi kena senyum sokmo, baru tapai jadi manis (karut!!) hehehe... Tokwan pulak tukang kerat lidi. Husband saya tak campur, jaga Nadhirah jer, dia kata dia dah profesional dalam hal2 buat tapai nih, so kena bagi kat amatur pulak supaya pandai macam dia.. [yelah tu abang!! :-)]. Petang tu aktiviti membungkus tapai dengan daun getah sampai dekat asar. Letih!!
Kami raya tahun ni bertema warna kelabu tahi anjing (huduhnya bunyi kaler tu). Suami la nak sangat warna tu, Najihah nak warna pink, tapi pikir2 macam tak best la pulak baju melayu warna pink, so semua setuju warna kelabu untuk raya tahun ni. dhirah tak paham mende pun, dia hepi jer.
First day raya tahun ni tak banyak beza macam yang lepas2, boleh dikatakan kebanyakan sepupu sepipit dan anak beranak lain datang kerumah ayah, tahun ni kami satu famili, ayah dan abang2 ipar serta anak2 saudara pergi dari rumah ke rumah yang berhampiran, tahun lepas tak sempat. Najihah dan Nadhirah cukup hepi sebab kutip duit raya. Ruginya sebab tangki perut saya ni kecik, tak boleh nak makan banyak2, First day raya saya pening dan asyik sendawa (buruk betul perangai). :-), mungkin sebab makan tapai banyak sangat dan minum air berkarbonat kot.. ntahla..
Hari kedua raya bersamaan hari lahir Najihah- 2.10.03, dah lima tahun dia.. besar dah anak dara kami ni.. Tahun ni celebrate sekali dengan abang ipar yang sulong, tarikh lahirnya sama, cuma umurnya berbeza.. memang berbeza!! (macam iklan senheng!) Kakak saya tukang beli kek dan belon. Najihah terkedu sebab orang nyanyi birthday untuk dia... terharu tgk kegembiraan diwajahnya.. Terima kasih Ceklong untuk birthday party cum rumah terbuka. Nadhirah cam biasa..hepi sokmo!
Raya keempat kami ke airport untuk hantar anak saudara balik ke Germany, anak abang husband saya. Abang ipar saya yang sulong ni namanya Ir Hj Ahmad Nazari, sekarang menetap di Kerteh sebab dah buka ofis sendiri disana, MECIP Global Engineers Sdn Bhd, di bandar baru Kerteh. Ayah mertua dan abang ipar no.2, Badrul Hisham dan famili dia pun ikut sekali ke airport. Imi berlepas ke KL 430ptg via MAS. Babai n take care Imi, jumpa lagi tahun depan!!!
Raya tahun ni alhamdulillah berjalan lancar dan tiada insiden2 yang tak best, semuanya best belaka. Untuk kawan2 dan sahabat yang mengenali diri kami sekeluarga, SELAMAT HARI RAYA dari kami sekeluarga.Maaf Zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment