FOLLOW ME

Thursday, December 11, 2008

Raya di hospital

Tahun ni raya korban agak suram sebab mak masih blm sihat sepenuhnya (patah peha 3 bulan lalu) dan ayah saya dimasukkan ke wad HKT hari jumaat 2 hari sebelum raya. Terkejut bila mak call lebih kurang jam 6.30 pagi friday morning bgtau ayah dah admitted.

Saya dan keluarga sampai di HKT lebih kurang jam 11.00 pagi. Tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat. Saya ingatkan hari Jumaat waktu melawat dari pagi hingga petang, rupanya hanya dibuka bermula 12.30 thghari hingga 7.00 malam sj. So, saya pergi jumpa makcik guard kat depan pintu besi, bgtau emergency, saya dibenarkan masuk tapi husband kena tunggu kat luar ngan anak2 dan kakak yang sulung. Abang ipar dah ada kat tingkat 7.

Sampai kat katil ayah, dia tengah tidur, sedih..... saya ingat tak nak kacau tapi tak sampai seminit, dia terjaga. Saya salam tangan ayah dan tanya progress. Dia kata ok cuma doktor kata dia mungkin mengalami permulaan strok. Muka sebelah kanan nampak sedikit perbezaan, mata kanan sedikit sepet daripada asal. Saya kemudian pulang sebentar ke rumah mak dengan suami dan anak2 then lepas zohor pergi balik ke HKT, drive sendiri sebab suami jaga baby yang tido.

Kebanyakan masa saya dihabiskan kat hospital, selalunya shift saya untuk jaga ayah dari jam 10.00 pg sampai 3 ptg, lepas tu kakak sampai maghrib dan malam adik saya akan berjaga sampailah pagi esok. Alhamdulillah, ayah saya dah dibenarkan pulang hari selasa, raya kedua, tapi doktor kata masih kena berjaga2.

Hari Raya Aidiladha tahun ni kami sekeluarga raya di hospital, dari jam 10.30 sampailah 5.30 ptg. Untuk suami saya, terima kasih atas pengorbanan masa dan tenaga sepanjang ayah saya berada di hospital. love you.

Untuk ayah dan emak, semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Amin.

3 comments:

NoorGie said...

Semoga cepat2 sembuh Amin...

one-areyou said...

banyak-banyak berdoa semoga cepat sembuh dan sentiasa dalam ketenangan. amin..

kin hashim said...

semoga kesihatan ayah jie bertambah baik... di waktu2 gini, kalau anak2 tunjukkan keperihatinan pun dah cukup untuk buatkan mak ayah kita rasa 'segar' kembali... :).