FOLLOW ME

Saturday, January 17, 2009

Dugaan Januari

Tanggal 17 Januari, 09 kira2nya dah 6 kali Nadhirah ulang alik klinik, 3 daripadanya lelah, skali demam dan skali cirit birit. Hari ni batuk + selsema + lelah. Ingatkan tadi tak nak bawak pergi klinik sebab ubat salbutamol banyak lagi tapi masuk tengahari makin kuat batuk dan bunyi kahak. Kesian. Tak makan dan bila minum susu akan muntah.

Pergi klinik tadi jam 5.00ptg, klinik 24 jam. Bukan nak sangat ke klinik tu tapi disebabkan klinik tu je yang ada ubat yang pakar sarankan untuk diletakkan dlm nabuliser, so kiranya tak ada pilihanlah. Selalunya lepas nab nadhirah akan lega sikit.

Bila dipanggil jumpa doktor, saya ingatkan nak dibawa nadhirah untuk nab rupanya kena dengar doktor merungut sebab kerap sangat datang klinik (pelikkan????) Dia kata sepatutnya saya dan suami kena garang sikit dengan Najihah (anak yang sulung) supaya dia tak selalu peluk dan cium adik (huh???)sebab dialah pembawa kuman kpd adik, dia yang start batuk lps balik dari sekolah last week. Kesian Jihah, macam nak nangis dia dengar doktor cakap gitu. Dia kata kalau degil rotan jer... , berair mata anak saya tu.. manalah sampai hati nak rotan anak sebab peluk adik dia... tak paham.

Doktor tu bagi preskripsi baru, tukar ubat, nasihat kakak tak payah pergi skolah 1 minggu ni dan adik pun tak boleh keluar rumah untuk satu minggu, saya dan suami dilarang bawak anak travelling dan tak boleh balik kg dalam masa satu minggu ni.. Ish... saya senyap jer tapi dalam hati impossible tak balik kg this week sebab dah janji dengan ayah untuk bawak dia ke IJN hari rabu ni, saya pulak ada appointment ENT the next day kat Shah Alam, nak tak nak anak2 mesti tinggal rumah tok untuk 2 hari (tapi tak bagitau doktor.. takut....heheheh.. doktor garang giler!!!!).

Anyway, sekarang dua2 dah tidur dek penangan ubat yang doktor beri tu... harap2 dua2 cepat sembuh dan ceria semula. Amin.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tinggal 2008

Hari ni 1.1.2009, Alhamdullilah saya masih lagi diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk merasai kedatangan tahun baru, masuknya tahun 2009 bererti usia pun bertambah dan anak2 juga akan semakin dewasa.

2008 memberikan saya kenangan, ada yang indah dan ada yang pahit, nama pun kehidupan, pasti ada asam garamnya. Bak kata orang tua-tua, yang pahit ditelan, buat pedoman untuk masa-masa mendatang. Banyak ujian dari Allah untuk saya dan keluarga; pembedahan saya, mak patah kaki, ayah masuk hospital.. namun saya pasti setiap dugaan itu ada hikmah dan saya redha dan bersyukur kerana dugaan itu mendekatkan saya kepadaNya.

Untuk suami saya, terima kasih kerana sentiasa disisi, menemani saya dalam suka dan duka sepanjang 2008. Untuk ibu, bapa dan tokwan saya, semoga tahun 2009 memberikan kesihatan yang lebih baik untuk mereka, Untuk anak-anak saya,semoga mereka membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Untuk Kakak saya, Norsiah(7.1) & Norhashimah (2.1), Abang Ipar saya,Abang Sham (1.1)dan kawan akrab saya, Rukini (4.1) Selamat Hari Lahir dari saya, semoga tahun ini memberikan lebih keceriaan untuk kita semua.

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!