FOLLOW ME

Saturday, January 17, 2009

Dugaan Januari

Tanggal 17 Januari, 09 kira2nya dah 6 kali Nadhirah ulang alik klinik, 3 daripadanya lelah, skali demam dan skali cirit birit. Hari ni batuk + selsema + lelah. Ingatkan tadi tak nak bawak pergi klinik sebab ubat salbutamol banyak lagi tapi masuk tengahari makin kuat batuk dan bunyi kahak. Kesian. Tak makan dan bila minum susu akan muntah.

Pergi klinik tadi jam 5.00ptg, klinik 24 jam. Bukan nak sangat ke klinik tu tapi disebabkan klinik tu je yang ada ubat yang pakar sarankan untuk diletakkan dlm nabuliser, so kiranya tak ada pilihanlah. Selalunya lepas nab nadhirah akan lega sikit.

Bila dipanggil jumpa doktor, saya ingatkan nak dibawa nadhirah untuk nab rupanya kena dengar doktor merungut sebab kerap sangat datang klinik (pelikkan????) Dia kata sepatutnya saya dan suami kena garang sikit dengan Najihah (anak yang sulung) supaya dia tak selalu peluk dan cium adik (huh???)sebab dialah pembawa kuman kpd adik, dia yang start batuk lps balik dari sekolah last week. Kesian Jihah, macam nak nangis dia dengar doktor cakap gitu. Dia kata kalau degil rotan jer... , berair mata anak saya tu.. manalah sampai hati nak rotan anak sebab peluk adik dia... tak paham.

Doktor tu bagi preskripsi baru, tukar ubat, nasihat kakak tak payah pergi skolah 1 minggu ni dan adik pun tak boleh keluar rumah untuk satu minggu, saya dan suami dilarang bawak anak travelling dan tak boleh balik kg dalam masa satu minggu ni.. Ish... saya senyap jer tapi dalam hati impossible tak balik kg this week sebab dah janji dengan ayah untuk bawak dia ke IJN hari rabu ni, saya pulak ada appointment ENT the next day kat Shah Alam, nak tak nak anak2 mesti tinggal rumah tok untuk 2 hari (tapi tak bagitau doktor.. takut....heheheh.. doktor garang giler!!!!).

Anyway, sekarang dua2 dah tidur dek penangan ubat yang doktor beri tu... harap2 dua2 cepat sembuh dan ceria semula. Amin.

5 comments:

NoorGie said...

leeeerr...doktor klinik mana tu Jie..??? eish2 kalau dah namanya dok serumah, nak kena penyakit memeng kena la...x semestinya kalau x peluk x kena...eish...pelik-pelik, ader gak doktor camtu yea...

Jie said...

Doktor tu memang brutal lah Kak Gie, tapi nak buat camne sebab hanya ada 2 jer klinik 24 jam kat kemaman ni, klinik yang satu lagi kalau pergi kena banyak bersabar sebab tersangatlah lambatnya.... macam2.... hehehehe

SHARIFAH ASIAH said...

Gie, tu psikologi telus namanya. Tapi betul juga, dunia ari ni kita kena ajar anak-anak untuk kenal penyakit yang mudah berjangkit dan tidak. Jangan share air masak, jauhi orang batuk, selesama, demam, kudis walaupun family sendiri. Nak buat gane memang dunia ari ni banyak penyakit. Moga cepat sembuh..

kin hashim said...

aik? lain beno bunyi cerita nih? garang beno dr tuh... kot ye pun, cakap la elok2...

EIZAM said...

pergh, cite fasal nab tu kalau boleh tak mau dgr lagi. anak saya pun dah kena. dua kali masuk pital sebb batuk kahak. Dah ler melalak malam malam. penin kepala. bila dah tidu tu, nurse suruh kejutkan nak nab kul 4 pagi gila. tak tahan...pi homeopathy. dia bagi ubat air tawar, immediately anak gua bersin keluar byk kahak. Naturally kahak dah keluar tu tanda dah nak ok la tu...sejak hari tu. sakit batuk je..standby homeopathy...dan alhamdulillah, tak perlu ke hospital lagi....kalau tak....tension!!!!!!