FOLLOW ME

Wednesday, February 4, 2009

Najihah yang suka melukis


Malam ni Najihah tersangatlah tekunnya melukis kat laptop. Dah lama saya perasan dia lebih cenderung kepada lukis melukis & kira-mengira, kalau suruh tulis perkataan, 2 minit confirm cabut ah.

Tadi pun asalnya dia mintak saya buka word sbb nak menulis, tak panjang pun perkataannya "nama saya Najihah, saya .." lepas tu terus tak mahu tulis dah. Hehehe, kiranya 1 minit je, lepas tu cam biasa ah.. kuarlah idea-idea pelik lagi kelakar kat kepala dia.



Gambar katun ni dah banyak kali dia lukis, ada yang terjelir, ada yang pakai topi, ada yang pakai kain, kiranya macam-macam ada (macam astro!) tapi malam ni dia lukis katun tu simple jer, asalnya katun tu takdela cacat mcm tu, cukup lengan semua, tapi dia lukis tak cantum habih so bila masukkan kaler habih la mana yang tak tertutup tu jadi satu warna. Lepas tu dia lukis gambar ni...



Macam mana? Ok jugak kan!

3 comments:

Anonymous said...

unik!
hehe. boley amek architecture besar2 nnti. kalo x suka menulis or membaca takleh la ikot jejak langkah ibu dan bapa jadi lawyer.
hihi..
(;

kin hashim said...

hmmm..buleh..buleh..hehhhe..ni sama minat ngan fawwaz..suka beno melukis..habis kat umah bersepah kertas lukisan dia...kalau main game kat komp, mesti nak main lukis2..

kin hashim said...

gie, mana chat box? ilang doh? wa...ni umah cat baru..fanatik arsenal eh? hehhe..