FOLLOW ME

Monday, November 23, 2009

Banjir @ Kemaman

Salam,

Hujan turun lagi membasahi tanah Kemaman, lama sungguh sang matahari bersembunyi, sejak hari jumaat 20/11 hinggalah hari ini, tadi sang matahari menunjukkan dirinya sekejap, lebih kurang 30 minit namun tidaklah seceria biasa, cerah macam tak cerah, malu disebalik awan gelap.

Di saat saya mengetuk keyboard ini, sempat menjenguk keluar tingkap sambil menyaksikan pokok melambai kanan dan kiri,  awan hitam menutupi ruang udara, dan hujan sedang mula membasahi tanah yang belum sempat mengering. Sejukkkknya diluar itu..

Bila dihitung kiranya sudah 3 hari hujan berterusan di tempat saya, di kawasan rendah terutama di Seberang Tayor, Pasir Gajah dan kawasan2 berdekatan sudahpun dinaiki air, jarak kawasan2 itu lebih kurang satu jam menaiki kereta, takut juga kalau berterusan hingga hari Rabu sebagaimana ramalan cuaca yang diwar2kan media, memang confirm rumah saya pun akan dinaiki air.. Oh Tuhan, jauhkanlah kami dari segala kesusahan..Amin.

Gambar 20.11.2009@ 4.20 petang, gambar diambil sekitar rumah saya di Bandar Baru Bukit Mentok.







jam 6.00 petang, same day, naik kereta meninjau keadaan rumah2 berhampiran. Banyaknya air..



 


21.11.2009, jalan menuju ke berek polis dah dipenuhi air,  


Semalam, 22.11.09-Saya menju ke Kerteh untuk satu majlis walimatul urus anak kawan, mula-mula kami lalu ikut jalan belakang-ibok-kemasek untuk mengelakkan trafic jam kat bukit kuang, tapi terkejut bila menuruni bukit selepas zoo kemaman, nampak air melimpah, dan ada 3-4 biji kereta berhenti. So terpaksala pusing balik lalu ikut jalan biasa. Sampai di Kerteh hadapan LMart (sebelah Petronas), jalan tutup sebelah sebab air sedang melintas.



Kesian sungguh dekat kawan saya Kak Pah, buat majlis dalam hujan lebat, tapi takpalah, hujan rahmat. InsyaAllah.

Hari ni 23/11 , masih hujan lagi tapi situasi tak banyak berubah, air pada takat sama cuma kat depan rumah dah kurang sikit.. harap2sang matahari memunculkan dirinya esok. Amin.

Salam.

Friday, November 20, 2009

Doa ketika menghadapi saat kesedihan

Berdoa ketika Sedih 

Ucapkanlah doa berikut yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w:  

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, putra hamba laki-laki-Mu, putra hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil ketentuan-Mu untukku. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku dan diberikan jalan keluar dengan kegembiraan.” 

Kemudian ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan doa ini (pada orang lain)? 
Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”

(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy).

Salam.

Thursday, November 19, 2009

Sekadar Renungan

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari) 

Renung-renungkan lah...

Monday, November 16, 2009

Hari Rajin Sedunia

Jumaat minggu lepas dan minggu ni merupakan minggu yang paling best untuk diri saya, bukannya apa, lama tak memasak disebabkan sblm ni ada helper, so kalau nak masak pun kena yang simple-simple jer la, gulai ayam, nasi goreng, ikan panggang.. makanan2 yang 'semua orang' makan.. sebab helper saya tu makannya punyala memilih dan susah, nasi lemak tak makan, nasi ayam tak makan, nasi goreng kalau tak pedas tak makan, ikan lain selain ikan kembung tak makan... emmmm...susah!.. saya kesian jugak kalau kita makan tp ada orang lain tak makan,  last2 goreng ikan kembung, telur dadar, nasi putih, habih citer. :-)

Sekarang helper dah hantar balik Indon sbb rasa dah tak ada keperluan, anak2 hantar taska sbb mereka demand nak berkawan lagipun banyak aktiviti berfaedah boleh dibuat masa kat taska berbanding duduk dengan helper, tengok tv dari pagi sampaila kami balik keje. Helper pun sama naik tengok citer katun.. ish ish..

So apa yang bestnya jumaat lepas? Haha.. masak Nasi Arab, Ayam Panggang dan Dalca, puas hati sbb 'semua orang' boleh makan. :-), Hari Sabtu pagi masak Nasi Lemak, tengahari Gulai Ayam+ telur + nasi putih, malam belasah maggi. :-). 

Minggu ni hari Jumaat masak Nasi Mandi Ayam, sabtu pagi beli nasi kunyit, tengahari masak Ikan Talapia+Nasi Putih+ Sayur Campur, petang buat Flan Epal, malam goreng Ikan Keli. Semalam (ahad) balik kerja awal, sempat lagi buat Kek Coklat.

Kiranya saya ni seperti melepas geramla sbb dah lama tak masak yang suami & anak2 suka except selalunya 'masak yang helper saya boleh makan' saja, Huhhh.. satu kepuasan yang sukar digambarkan.. :-)

Sunday, November 15, 2009

Najihah's Graduation Day.

Jumaat-13.11.09 -hari ni dari pagi dah sibuk tidak seperti biasa, mak dan ayah hari ni nak singgah kat rumah sekejap untuk pinjam kereta Exora kami sebelum bertolak ke KL sbb Pajero ayah belum servis, takut tak sampai KL katanya. Jam 7 pagi saya dah ke pasar cari ayam, hari ni nak masak nasi mandi dan nak ajak mak&ayah dan adik yg jadi driver lunch dulu sblm berangkat. Mak&ayah sampai lebih kurang jam 12.30 tengahari, terus hidangkan makanan untuk lunch sbb waktu zohor awal, nanti terkejar2 nak ke masjid untuk solat jumaat.

Jam 2.00 suami balik dari masjid, mak & ayah dah pun bertolak ke KL, saya & anak2 pulak tergesa2 masuk dalam kereta, Najihah kata hari ni kena berkumpul jam 2! alamak, memang kelam kabut la sikit, maklumla..pengalaman pertama pergi hari graduasi anak, excited!

Sampai di INTAN Kampus Wilayah Timur, tak ada orang pun, hahahaha.. kiranya kami orang pertama sampai, lepas tu baru nampak kereta Alia (best friend Jihah) sampai, dalam 10 minit barula nampak 2-3 bijik lagi. Pintu ke dewan buka jam 2.15, cikgu2 pulak gagal dikesan, agaknya dah tunggu kat dalam dewan kot.

Majlis mula lewat, jam 3.20 baru mula sbb menunggu murid2 yg belum sampai, ucapan aluan oleh pengetua dan kemudian ucapan perasmian dari wakil PPD Kemaman, panjang giler ucapan dia, jam 4 baru habis (itupun dia kata saya tak nak bercakap panjang.. hahaha). Nadhirah pun sampai tertidur masa ucapan diberikan.

Masa Najihah buat persembahan lagu Nabi Yunus, Nadhirah masih lagi tidur, tak sempat tengok kakak dia nyanyi, masa Najihah terima sijil pun dia masih tidur.. kesian..


Masa persembahan akhir, Najihah jadi bidan terjun untuk berpantun sebab budak yg sepatutnya berpantun tu tak datang, saya mula berdebar sbb tak pernah dengar dia praktis kat rumah, dalam hati saya rasa mcm dia tak ingat, muahahahah.. memang pun tak ingat!! habis semua 10 jari dia masukkan dalam mulut lepas tu hujung baju kurung pun dah mula digulung2 dengan jari, mungkin dia gelabah sebab semua orang senyap nak dengar dia berpantun, kesiannya dia... nasib baik tak nangis, lepas tu cikgu pergi dekat dan beritahu rangkap 1 & 2, barula dia sambung rangkap 3 &4, fuhh lega bila dia tengok dia ok saja. Masih boleh rilek dan selamba. :-)

Majlis berakhir jam 5.50, lewat 20 minit dari waktu yg sepatutnya, tak sempat nak berborak panjang dengan parent lain sbb nak kejar solat asar. Cuma sempat bersalaman dengan cikgu2 yg mengajar di sekolah Najihah, rasanya ucapan terima kasih tak cukup untuk membalas jasa mereka mendidik anak saya dari umur 5 tahun, dari tak pandai membaca hingga lancar dan fasih. Semoga Allah membalas jasa cikgu2 semua. Terima kasih untuk satu hari yg sangat menggembirakan. Alhamdulillah.



Video Najihah bernasyid tajuk "Nabi Yunus"- klik sini
Video Najihah nyanyi "Rasa Sayang" & pantun- klik disini
Video Nasyid akhir-klik sini

Salam.

Friday, November 6, 2009

Banjir

Hari ni awal2 pagi dah siapkan beg untuk balik k.trg, last week pun balik sebab tokwan tak berapa sihat. Pukul 9 dah siap semua, breakfast dah, mandi dah, kemas rumah dah jemur kain pun dah. Macam biasa kami akan lalu ikut jalan belakang, Jerangau-Jabur sbb lebih dekat dan tak banyak kereta.

Sepanjang jalan hujan renyai-renyai dan kejap2 lebat, nampak banyak air dah penuhi longkang2 dan sungai Ibok pun dah almost melimpah. Sampai di Jalan Bukit Besi, ada lori bagi lampu tinggi, biasanya kalau signal mcm tu maknanya polis @ JPJ buat road block, so lekas2 la saya tarikh seatbelt sbb tadi lupa nak pakai. Tapi suami kata tak kan la tengah hujan ni polis nak buat sekatan.. macam tak logik jer.. ye tak ye pulak kata saya.. then lepas tu ada lagi 3-4 bijik kereta bagi signal yang sama.

Tak sampai 10 minit dah nampak kat depan kereta bersusun2, rupanya air melintas. Suami saya park kereta kat tepi jalan dan berjalan dlm hujan untuk lihat keadaan, pemandu2 lain yg juga turun dr kereta. Saya tunggu dalam kereta shj dengan anak2, berdebar jugak..


Suami masuk semula dalam kereta dan bagitau air dkt paras lutut, tak boleh nak redah, nak tak nak terpaksa pusing balik ambil jalan bandar, so pusing balik dan lalu short cut menuju ke Paka, sampai di Dungun, terasa nak buka radio Terengganu- 97.7 . Ada laporan banjir dari DJ dan inform Jalan Merchang dinaiki air dan ditutup pada kenderaan ringan.. Hahahahaa.. saya tengok kat suami.. apalagi, suami pun pusing balik menuju ke Kemaman, takleh buat apala.. terpaksala balik rumah semula.

Wednesday, November 4, 2009

WAHABI ?

Dipetik dari Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.islam.gov.my

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah'

Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Dalam amalan fiqh tidak berpegang kepada mana-mana mazhab dan boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam.

. Menolak fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah.

. Melarang imam membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Melarang mengadakan zikir secara berjemaah.

. Melarang amalan tariqah.

. Melarang membaca wirid selepas solat.


Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.


Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.


Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 12997


Semoga mendapat pengetahuan yang berguna dari info ini. Salam.

Sunday, November 1, 2009

Manusia yang kalut!

12 oktober 09 Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hantar memorandum bantahan kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tarik balik perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai yang dipertua YADIM. Tak faham saya apa peranan PGSM ke atas YADIM? Ya PGSM adalah pertubuhan NGO Islam tetapi bukankah lebih baik jika PGSM ini lebih memfokuskan kepada isu2 yang memartabatkan undang2 syariah, membantu ahli2 persatuan yang memerlukan dan semestinya menjadi pengantara untuk menegakkan sesuatu yang hak ? Pendapat saya jangan dicampur adukkan hukum agama dengan hukum politik dan kerjaya kerana boleh mengelirukan manusia dengan kebenaran dan melebihkan manusia kepada kepentingan dan keuntungan....

Pada pandangan peribadi saya yang tak famous ni, perlantikan Dr Asri ini tidak mungkin bercanggah dengan agama melainkan penentangan yang dibuat adalah untuk merosakkan dan manjatuhkan reputasi@nama baik beliau semata. Kenapa bersungguh-sungguh benar mereka membuat bantahan sehingga menghantar kepada Yang diPertuan Agong. Dahsyat sungguh penolakan mereka kepada Dr MAZA (Dr MAZA adalah kependekkan kepada Mohd Asri Zainul Abidin) ini hingga diserang kepada perkara yang peribadi dan mengaibkan individu ini sedangkan dia tidak pernah mengaibkan malah cuba menjatuhkan mana-mana individu secara spesifik, yang salah akan ditegur, amalan yang kurang baik diperbetul, bukankah hidup kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain?? ..

Pendapat saya.. mengapa perlu dihantar Memorandum Bantahan dengan mengungkitkan isu2 yang menyentuh hal2 peribadi individu sedangkan orang yang dilantik bukanlah seorang yang membuat perkara jenayah atau menyebarkan ajaran yang sesat, malah tiada ulama' membuat kenyataan bahawa Dr Asri adalah seorang yang sesat tambahan bahtera perubahan yang dibawa Dr Asri adalah berlandaskan quran & sunnah, setiap hukum yang dibawa disertakan dalil, bukan pakai hentam suka hati saja.. orang yang mengaji sanad, ada latar belakang agama, berpendidikan tinggi, ada Phd, ada Ijazah Hadith, sedangkan orang yang menentang tak tahu lagi latar belakang agamanya bagaimana, tersangat arifkah orang yang menentang itu di dalam agama hingga pendapat @ ajaran ustaz yang lain dah tak boleh pakai.. bukan ajaran sebarang ustaz, bekas mufti tu!! Jangan jadikan faktor umur sebagai alasan untuk menidakkan apa yang betul .. saya betul konfius pada orang2 yang berperangai sebegini...

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya PGSM dalam menghantar bantahan perlantikan dr MAZA ini kepada Baginda Yang dipertuan Agong, mungkin mereka didalangi segelintir manusia yang mahukan kepentingan dijaga, mungkin didorong oleh perasaan tidak puas hati atas pencapaian manusia yang lain dan mungkin ada juga yang tidak tahu siapa itu dr MAZA! Bila nak hantar bantahan, mungkin semua pakat turunkan signatories sebab tu bila tengok pada bantahan, nama ayah Dr pun salah eja..

Saya terbaca statement Datuk Seri Shahidan atas fitnah yang dilemparkan pada Dr Asri, takjub saya pada kesungguhan beliau yang menghubungi media dari luar negeri untuk mempertahankan Dr Asri, betapa menunjukkan orang yang benar akan sentiasa mendapat bantuan Allah walau dalam apa jua bentuk sekalipun, mungkin sokongan dari ahli keluarga, rakan taulan atau mungkin dari individu yang mungkin dia tidak kenali siapapun orang itu, seperti saya.

Saya merasakan perubahan yang dibawa Dr Asri dapat memperbaharui diri saya yang sememangnya tidak pakar dari segi hukum hakam agama dan penerangan yang diberikan menjawab kemusykilan di dalam mengerjakan ibadat seharian selagi nyawa masih dipinjamkan oleh tuhan sebelum sampai waktu kembali kepadaNya. Selagi individu itu dapat memperbaiki saya pada sesuatu yang lebih baik, sudah tentu saya akan menyokongnya.

Untuk manusia yang merasakan dirinya adalah ciptaan terbaik, yang masih tinggi egonya dan tidak sanggup menerima kenyataan , ingatlah hidup seperti roda.. hari ini kita di atas esok mungkin kita di bawah.... akan ada pembalasan untuk semua yang kita lakukan kerana Allah sentiasa melihat kita dan Islam sentiasa menghendakkan manusia berbaik-baik sesama mereka.. all men are created equal.. salam.