FOLLOW ME

Friday, November 6, 2009

Banjir

Hari ni awal2 pagi dah siapkan beg untuk balik k.trg, last week pun balik sebab tokwan tak berapa sihat. Pukul 9 dah siap semua, breakfast dah, mandi dah, kemas rumah dah jemur kain pun dah. Macam biasa kami akan lalu ikut jalan belakang, Jerangau-Jabur sbb lebih dekat dan tak banyak kereta.

Sepanjang jalan hujan renyai-renyai dan kejap2 lebat, nampak banyak air dah penuhi longkang2 dan sungai Ibok pun dah almost melimpah. Sampai di Jalan Bukit Besi, ada lori bagi lampu tinggi, biasanya kalau signal mcm tu maknanya polis @ JPJ buat road block, so lekas2 la saya tarikh seatbelt sbb tadi lupa nak pakai. Tapi suami kata tak kan la tengah hujan ni polis nak buat sekatan.. macam tak logik jer.. ye tak ye pulak kata saya.. then lepas tu ada lagi 3-4 bijik kereta bagi signal yang sama.

Tak sampai 10 minit dah nampak kat depan kereta bersusun2, rupanya air melintas. Suami saya park kereta kat tepi jalan dan berjalan dlm hujan untuk lihat keadaan, pemandu2 lain yg juga turun dr kereta. Saya tunggu dalam kereta shj dengan anak2, berdebar jugak..


Suami masuk semula dalam kereta dan bagitau air dkt paras lutut, tak boleh nak redah, nak tak nak terpaksa pusing balik ambil jalan bandar, so pusing balik dan lalu short cut menuju ke Paka, sampai di Dungun, terasa nak buka radio Terengganu- 97.7 . Ada laporan banjir dari DJ dan inform Jalan Merchang dinaiki air dan ditutup pada kenderaan ringan.. Hahahahaa.. saya tengok kat suami.. apalagi, suami pun pusing balik menuju ke Kemaman, takleh buat apala.. terpaksala balik rumah semula.

3 comments:

kin hashim said...

teruk gak banjir thn ni eh jie?

Jie said...

Kin,
Yang kelakarnya, esok terang benderang, air terus kering tak jadi banjir.. alhamdulillah.

Mang Taekwondo di Dungung said...

Nak redoh banjir kena beraning.

tahun 2004 air naik atas j/raya di kg Nyior paka takat punggung.

hari2 selama 5 hari saya redoh ngan Unser gi keje di kemamang. pagi dan petang.

ok je.