FOLLOW ME

Wednesday, July 21, 2010

Pramugari pun merompak!

Berhati-hati bila anda menaiki kapalterbang yang mana penerbangannya mengambil masa agak lama kerana di dalam penerbangan kebiasaannya anda akan tertidur. Saya terbaca berita diutusan hari ini - "Pramugari Air France ditangkap kerana rompak penumpang".

PARIS 21 Julai - Polis Perancis telah menahan seorang pramugari Air France kerana disyaki merompak wang tunai beribu-ribu euro, kad kredit dan barang kemas penumpang yang sedang tidur ketika dalam penerbangan panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis yang menjalankan siasatan sejak beberapa bulan lalu berhubung kecurian di dalam penerbangan antara Perancis dan Timur Tengah telah menahan Lucie R., 47, ketika dia baru sahaja mendarat dari Tokyo Jumaat lalu, kata akhbar Le Figaro.

Polis memulakan siasatan sejak Januari lalu selepas wang kira-kira 4,000 euro (RM16,500) telah dicuri dari lima penumpang. Pramugari itu mengambil kesempatan ketika penumpang sedang tidur dan dia merompak mata wang euro, yen serta Swiss francs di samping jam tangan, barang kemas, kad kredit serta buku cek. - Reuters

Jadi, bila anda ingin menaiki kapalterbang, berhati-hatilah, mungkin kapal terbang anda tidak terhempas tapi anda mungkin dirompak! Take care ya!.

2 comments:

*h k m h z h r* said...

owoh. ganah guh pramugari leni.

NoorGie said...

zaman le ning ni Jie, macam2 hal buleh berlaku...kadang2 bila dipikir2 macam dok logik, tapi...itulah yang dikatakan DUNIA!!