FOLLOW ME

Wednesday, July 7, 2010

Slipped Disc!!..adoiii

Hari isnin jam 9 pagi, dah siap2 pakai baju nak gi kerja, tetiba tangan ni rasa gatal pulak nak mengalihkan pasu bunga, bukannya apa tapi disebabkan bau dari pasu tu yang sungguh menusuk kalbu disebabkan 'kepandaian' anak2 kucing suami yang lebih sukakan privasi untuk berak kat dlm pasu daripada berak kat pasir yg digunakan oleh mak & bapak kucing.

4 biji pasu, semua ala2 sebesar pemeluk, 3 biji dah alih ke tengah panas, tinggal satu, tak perasan kat dalam pasu tu suami dah letak batu sungai (kononnya nak elakkan anak2 kucing dia berak kat dalam), sambil membongkok saya cuba mengankat pasu tu, adoiiiiii!!! bunyi klik kat belakang dan terus terduduk...

Kaki kanan terus rasa kebas dan bhgn belakang terasa sakit yang amat. Lihat keliling mujur ada batang penyapu, dicapai dan digunakan untuk saya berdiri. Terpaksa memanjat anak tangga seperti budak yang baru belajar berjalan padahal anak tangga tu 3 batang saja.. sakit mmg tak boleh nak diceritakan.

Saya pakai tudung, letak minyak wangi (sempat lagi tu...hehehe) cari kunci kereta, bawak handbeg, start kereta dan cuba mengensot masuk ke tempat driver ala2 OKU, mujurlah kereta tu auto jadi tak perlu guna dua kaki. Dalam kereta saya call suami dan bgtau la cerita..blablabla....


Dari klinik kat bawah ofis, doktor Norlida terus buat surat untuk saya jumpa pakar ortho di Hosp. Pakar Kuantan. Kena buat x-ray, mmg rasa spt OKU sebab saya terpaksa gunakan wheelchair utk bergerak. Lepas tengok result xray, doktor kata saya kena slipped disc, so kena admit at least 3 hari.. tak maunya saya admit, susah dgn anak yg bersekolah, so saya mintak surat doktor utk saya buat fisio di kemaman, doktor kata ok cuma petang tu saya disuruh buat dulu fisio pertama di tingk. 4 hospital tu. Jumlah semua RM367-75, aminn... :-)

Jadi, Apa kebendanyer penyakit slipped disc? (yang ni saya tanya En.Google)


Jawab En. Google:

"Tulang belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan. kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh, kemalangan,kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.

Kebiasaannya penghidap sakit belakang diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun. Tetapi ia juga boleh menyerang mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang mereka lakukan.
Apabila disc terkeluar (slipped disc),akar saraf(nerve roots) akan terjadi himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.

Disc yang terkeluar kerap terjadi kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun.Ia kerap terjadi apabila selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang,posisi badan yang tidak betul, otot yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang."



Maka bermula dari hari isnin hinggalah pada saat saya menaip post ini, saya kena melalui fisio yang dijadualkan selama satu minggu, sekarang jam menunjukkan pukul 2.15 ptg, kul 3 nanti appointment saya dgn fisio, sesi pagi tadi pukul 11.00, setiap hari 2x.... harap2 saya cepat sembuh. InsyaAllah...

Sekian & Salam

1 comment:

*h k m h z h r* said...

ciksu.
get well soon yeah!