FOLLOW ME

Tuesday, July 27, 2010

Tanyalah Ustaz -27/7/2010 @TV9

Sekadar berkongsi apa yg diperolehi dari 'Tanyalah Ustaz'  jam 7.00-8.00pg -tarikh 27/7/2010, tv9, slot bersama Ustaz Hassan Din AL-Hafiz, tajuk perbincangan 'Padang Masyhar'.

Banyak yang saya perolehi pagi tadi,  diterangkan tentang soalan2 malaikat di dalam kubur yang mana akan ditanya kepada manusia dan walaupun soalan2 itu telah kita maklum namun jawapan apabila ditanya kelak bukanlah keluar dari mulut walaupun kita menghafalnya semasa hidup kerana akan dijawab oleh anggota2 yang telah digunakan kita semasa hidup ini, banyak amalan dan kebaikan maka senanglah ia menjawab semua soalan yang ditanyakan, sedikit amalan, pandai-pandailah memikirkan apa yang akan ditempuh pada hari perhitungan.

Satu hari tempoh menunggu selepas dibangkitkan dari alam kubur dan berjalan menuju ke Padang Mashyar sebelum memasuki Mahkamah Allah untuk dihitungkan seperti  seribu tahun di dunia dan manusia selepas melalui siksaan kubur akan seterusnya melalui siksaan di padang masyhar namun ada  7 golongan yang akan dilindungi Allah pada hari pembalasan sebagaimana Sabda RasulAllah SAW:

" Tujuh orang yang akan dilindungi Allah di Akhirat, iaitu (1)Imam (pemimpin ) yang adil (2) orang yang hatinya selalu terikat pada masjid (3) remaja yang menjalani hidupnya kerana Allah (4) dua orang yang saling berkasih sayang dan mencintai karena Allah berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah (5) seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata 'Aku takut kepada Allah' (6) orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya dan (7) seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya "

HR Bukhari & Muslim


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri" (Surah Al-Baqarah:222)

Renung-renungkanlah.

No comments: