FOLLOW ME

Sunday, March 6, 2011

Lamanya!!!!

Assalamualaikum,

Wow, lamanya tak mengetuk keyboard, tak tahulah apa sebab, mungkin x berapa banyak masa terluang, malas pun ada. x banyak mana pun perubahan selama saya menyepikan diri (chewahhh!).

4 hari lepas birthday saya ke-34, alhamdulillah adalah kek tanda ingatan, tapi tahun ni tak ada hadiah dari suami, tak apalah, ucapan ikhlas seribu kali bermakna dari hadiah yang dipaksa-paksa. (i think so).. hahaha

Minggu depan InsyaAllah akan menunaikan umrah 12 hari, alhamdulillah dijemput lagi olehNya, kali ini bersama suami, anak-anak dan mak ayah saya, semoga semuanya berjalan lancar. Mungkin inilah hadiah birthday paling bermakna untuk saya sepanjang hidup dibumiNya ini.

Minta juga doakan semoga saya sekeluarga selamat pergi dan kembali dan semoga mendapat umrah yang mabrur.

Oh ya satu lagi (mana boleh tinggal pasal dia ni.... hehehe), lusa ARSENAL akan jumpa Barcelona di nou camp, baru ni menang 2-1 @ emirates, harap boleh menang, sapa tahu!! hari sabtu nak jumpa setan merah pulak kat old trafford utk 5th round FA, fuhhh dahsyat jugak schedule, takpa... Gunners never dive, Gunners will strive!

Love,
tokkapor.

2 comments:

NoorGie said...

ya Allah Jie, lama dok mencoret disini hehehehe...lama dok dengo berita log tok kapor nih

Jie said...

hahaha betul tu Kak Gie, lama gileeeerrrrr! sekolah baru best tak? baca post kak gie kat fb mcm x best jer sekolah tu.. tak apalah kak gie, tempat baru mmg cam gitu, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain.. ye dok. anyway kak gie, tqvm singgah blog jie. Muahss.