FOLLOW ME

Wednesday, April 27, 2011

TURATH ULAMA'-TV1

SELASA 26/4/2011- Inilah kali pertama saya menyaksikan rancangan ini yang ditayangkan di TV1 jam 7-00 malam. Rancangan ini adalah terbitan JAKIM  dan mula ditayangkan di TV1 pada akhir bulan March baru-baru ini. Hari ini kuliyyah disampaikan oleh Ustaz Azhar Hasyim dan isi kandung adalah berkenaan kitab Faridatul Fara'id iaitu sebuah Kitab berkaitan Tauhid yang dikarang oleh Syeikh Ahmad Al-Fatani.

Pada mulanya saya rasakan rancangan ini biasa-biasa saja, seperti rancangan agama lain yang biasa saya lihat contohnya Tanyalah Ustaz yang setiap hari ditayangkan di TV9 jam 7-8 pagi. Kemudian apabila uztaz menyebut berkenaan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) maka terus saya memberi perhatian yang lebih. 

Mengikut terjemahan ustaz ini, ASWJ itu bermaksud orang-rang yang mengikut pendapat Abu Hassan Al-Ashaari dan Abu Mansur Al-Maturidi dan sesiapa yang menolak pendapat ini maka mereka bukan dari golongan ASWJ. 
Huh? Saya terpinga-pinga kerana sebagaimana yang diketahui oleh saya ciri-ciri ASWJ ini adalah orang yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah ,tidak melampau-lampau atau taksub dengan suatu fahaman dan seharusnya merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman Salafulssoleh. Saya mula jadi macam P. Ramli.. ana sudah confuse, ana confuuuuseeeee.. macamana ini... betulkah apa yang diajarkan?

Kalau Ustaz tersebut memberikan ajaran definasi sedemikian, maka apakah orang-orang yang lahir sebelum kedua-dua ulama' tersebut bukan dari golongan ASWJ? Nabi Kesayangan kita Muhammad SAW dan para sahabat adalah insan-insan yang lahir lama sebelum ulama-ulama yang disebutkan, jadi bagaimana dengan mereka?

Saya rasa amat terkejut dengan kuliyyah-kuliyyah yang mengajar ilmu-ilmu sebegini yang sepatutnya ditapis terlebih dahulu oleh JAKIM kerana ia ditayangkan di TV dan ditonton oleh ribuan manusia kecualilah JAKIM sendiri mengiyakan ajaran-ajaran sebegitu. Mungkinkah? 

Ciri-ciri ASWJ yang saya faham. Anda ingin tahu? 
Klik disini.www.youtube.com/watch?v=zIbeuL_8PLE





Semoga mendapat ilmu yang berguna. Wassalam.

Monday, April 25, 2011

Bersyukur



Dari Abdullah bin A'mr r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang berdoa kepada Allah S.W.T., Allah S.W.T. akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang tidak berdoa Allah S.W.T. tidak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar. Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadaan itu dia bersyukur kepada Allah S.W.T. (dengan kurniaan dan limpah Allah S.W.T.), Allah S.W.T. akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi dunianya yang kurang, maka Allah S.W.T. tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur."
Hadith riwayat Tirmizi

Sunday, April 17, 2011

Berdoalah! Allah Maha Mendengar.



Kita beranggapan jika apa yang kita doakan tidak diperolehi dengan kadar yang cepat, maka doa kita tidak dimakbulkan. Hari ini kita berdoa dengan harapan permohonan kita diterima tanpa kelewatan, alangkah angkuhnya kita dengan tuhan.

Kita perlu ingat bahawa doa kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.  Cuma cepat atau lambat yang membezakannya. Jika tidak diperolehi ketika hayat di dunia, Allah pasti telah menyimpan doa tersebut untuk kita di akhirat kelak. Malahan jika doa kita di dunia tidak diperkenankan adalah mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan kepada kita jika dimustajabkan. Jika diberikan, mungkin kita akan hanyut dengan limpahanNya atau mungkin mendapat kerugian dalam kehidupan di dunia atau akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

Berdoa adalah satu ibadat. Lihatlah! Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Walaupun pada dasarnya kita pasti berdoa untuk keperluan diri kita sendiri namun Allah mengurniakan pahala kepada orang yang berdoa tersebut kerana orang-orang yang berdoa itu pasti akan tunduk dengan penuh khusyu’ dan keikhlasan. Sabda Nabi : Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Maka rugilah kita jika tidak berdoa kepadaNya sedangkan doa itu pasti mendatangkan suatu imbuhan atau pulangan kepada kita atas apa yang diminta dan dengan keuntungan berganda apabila diberikan pahala pula untuk setiap doa yang dipohon.

Firman Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Kita bolah berdoa dimana-mana dan pada bila-bila masa namun kita amatlah digalakkan untuk berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam kerana di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi: Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Akhir kalam,semoga kawan-kawan saya yang membaca entri ini tidak putus-putus memanjatkan doa dengan penuh khusyu’ dan keikhlasan diiringi keinsafan kepada Allah swt kerana ianya adalah suatu ibadah sebagaimana dari Riwayat at-Tirmizi disahihkan oleh al-Albani Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.

Semoga doa-doa kalian dimakbulkan tuhan. insyaAllah.

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

-Terima kasih pada tulisan Dr Maza yang memberi saya idea pada coretan ini.-

-Wassalam-

Monday, April 11, 2011

Cahaya - Giegiel

Hari ni saya nak kongsi satu lagu kegemaran saya masa awal tahun 2001-2002,dah lama sangat saya mencari lagu ni, tak jumpa sebab tak ingat sapa yang nyanyi, semalam barulah diketemukan semula melalui searching kumpulan rock 90-an, akhirnya jumpalah apa yang dinanti, macam jejak kasihlah. :-)


Lagu ni bukan lagu cintan, bila dengar memberikan keinsafan dan rasa sayu dalam hati saya. Saya suka dengar lagu ni sebab musiknya tak heavy tapi taklah sampai tangkap leleh, rentak boleh dikatakan slow rock lah. Bila dengar lagu ni, teringat zaman-zaman bergayut dengan boyfriend dulu sbb lagu ini merupakan teman setia setiap malam sementara menunggu boyfriend telefon. Dulu statusnya boyfriendlah, sekarang dah jadi suami :-)

Sayangnya kumpulan ni dah tak tahu kemana, lagu sedap mungkin kurang promosi dan akhirnya kumpulan pun berkubur. Apa-apapun, have fun all!.

klik disini untuk lihat:

Cahaya - Giegiel

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri
Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi
Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu


*For my Hubby, thanks for the sweet memories. Love you then, now, forever till death do us part. InsyaAllah. Awwwwww.. romantiknya saya!!

11/4/2011- Banjir di Hulu Terengganu

11/4/2011-TERKINI

HULU TERENGGANU -  Hujan lebat terus menerus sejak pagi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu dinaiki air. Sehingga jam 6 petang, seramai 255 mangsa banjir telah dipindahkan ke empat pusat bantuan banjir.

Beberapa batang jalan di daerah tersebut ditutup untuk semua lalu lintas selepas air banjir meningkat menjadi antara 0,5 dan 1,3 meter. Jalan-jalan terlibat:

1-Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih,
2-Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk
3-Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping.

rujukan: http://buletinonline.net

Sunday, April 10, 2011

09/04/11-Hujan di Kemaman

Remaja-remaja sekarang sibuk nak pergi putrajaya tengok hujan (RAIN) yang datang buat show disana, saya tak perlu susah, hujan datang pada saya di kemaman. :-)

Semalam start dari jam 1600 sampailah ke pagi ni hujan tak berhenti-henti di Kemaman, tengok belakang rumah air dah banyak mengisi lopak-lopak kecil dan longkang, tengok rumah jiran sebelah wah dah macam mini swimming pool gitu.

Sekarang hujan tak menentu, macam lagu Hujan sendirilah..(ni HUJAN dari Malaysia, bukan hujan (RAIN) dari Korea) ala tajuk lagu apa tu, lupalah,..bunyi dia mcm gini .. "pagi yang gelap kini sudah cerah, aku adikmu lalalalala."..  semalam pun jemur kain pukul 1000 pukul 1100 langit dah mendung, aikkk,, kusangka panas hingga ke petang rupanya nak hujan ditengahari? tapi kemudian langit kembali cerah. Alhamdulillah sempatlah kain jemuran kering, kalau tak jadilah macam cerita Pendekar Bujang Lapok, "Angkat Hujan, Jemuran dah Turun.." hahahaha, ayat terbalik tuu! dengar 10x pun masih blh gelak lagi.

Suami saya semalam seharian dia di K.Trg,dia sms saya bagitau hujan lebat di K.Trg, macam nak banjir semula. Kesian orang-orang yang duduk di tempat yang mudah kena banjir mcm rumah abang ipar saya di belakang Bangunan Yayasan Islam, hari tu dalam seminggu 2 kali kena banjir kilat. Ishh.. memang tak larat!

Anak-anak saya pula semalam mengeluh bosan duduk rumah so memandangkan cuaca taklah mcm nak hujan, saya bawa anak-anak basuh kereta di Geliga dalam jam 1400 lebih kurang, murah dan cepat, masuk mesin!RM5- 2 minit dah siap. Tapi lepas keluar dari kedai cuci kereta tu, rintik-rintik hujan mula menitik atas cermin, aikk.. dah hujan da? langit cerah je nih.. memang confuse sungguh dengan cuaca. Gelap tak semestinya hujan, cerah tak semestinya tak turun hujan! Tapi tak boleh nak kata apalah, itu semua kehendak dan kuasa Allah swt, kena terima dengan syukur, hujan itukan rahmat!

Masa saya mengetuk keyboard ni, Alhamdulillah cuaca dah cerah, dah nampak cik matahari tapi taklah bersinar hebat masih tersipu-sipu bersembunyi di balik awan, harap-harap Allah benarkan cik matahari bekerja sampai ke petang, Amin.

Tuesday, April 5, 2011

Kisah Anwar Ibrahim jadikanlah tauladan

Gempar lagi seawal tahun 2011 ni bila ada orang mendedahkan rakaman seks yang didakwa dilakukan oleh DSAI. Maka orang mulalah menggeledah youtube kot-kot manalah tahu ada manusia yang sudi upload video tersebut, maka bolehlah cuci mata sekaki.

Saya bukannya penyokong DSAI, mahupun PAS atau UMNO. DAP atau GERAKAN memang sah-sahlah bukan. Saya berpegang kepada prinsip 'pilih orang yang layak jadi pemimpin'. Kalau dah cakap tak serupa bikin,kata sana, keji sini, saya rasa tak sesuailah orang itu nak memimpin saya. Seorang pemimpin perlu seorang yang beragama dan bagi saya tidak mencukupi setakat label 'islam' di kad pengenalan dan masih melakukan perkara-perkara haram yang dia lupa bahawa kemudian hari pasti akan terkena pada batang hidungnya sendiri.

Inilah yang sebenarnya pandangan saya pada DSAI. Saya tidak mengiakan apa yang dipertuduhkan  kepada beliau namun tidak juga menafikan sepenuhnya kerana kalau x angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Dua kali tuduhan sodomy dikenakan ke atas beliau dan kini ditambah lagi dengan rakaman seks yang dikatakan beliau adalah orang yang dirakamkan. Saya kurang bersetuju dengan perbuatan doa selamat untuk DSAI yang dibuat oleh pihak yang x perlu dimaklumkan disini kerana DSAI bukanlah nabi yang ma'sum dan beliau juga adalah orang yang bernafsu, biarlah beliau berdoa untuk keselamatannya sendiri.


Saya berpendapat bahawa pihak yang rapat harus menasihatkan DSAI supaya mengundurkan diri buat sementara waktu bagi menunggu kes beliau selesai kerana jika beliau terus menafikan secara 'bare denial' maka banyak lagi benda-benda lain yang mungkin akan dikeluarkan bagi menjatuhkan airmuka beliau dan juga keluarganya. Buatlah by elections semula, kalau dah kawasan tu kawasan dia, kerusi tak akan kemana,dapat pun bukan pd orang lain, isteri juga!

Pendapat peribadi saya lagi, pemimpin perlu prihatin pada masalah rakyat dan bukan rakyat yang kena selesaikan masalah Pemimpin, kes DSAI ini perlu dijadikan iktibar oleh setiap individu yang ingin dan bercadang nak jadi pemimpin, tak kisahlah, pilihanraya sekarang ke, sepuluh tahun lagi ke, kalau rasa nak buat benda yang tidak bermoral ingatlah apa yang berlaku pada DSAI, kalau rasa orang tak nampak, kiri kanan bahu kita nampak, tuhan pun nampak!.

Nak Tangan Lebih lembut?

Wahwah, ada orang mengajar saya petua untuk dapatkan tangan yang lebih lembut. Katanya ambil sebiji bawang merah, kupas kulit, tumbuk dan kemudian sapukan pada tapak tangan. Tak tahulah menjadi ke tidak sebab tak pernah sempat mencuba, bila kupas bawang, tumbuk bawang dan masukkan dalam kuali, goreng-goreng dan masukkan nasi. Boleh makan, perut pun kenyang.! Tak apalah, orang bagi pertua, kita kena kongsi, so sesapa yang nak mencuba, sila-silalah. Kemudian kongsi-kongsilah kesannya.

Tangan sapalah ni.. hahahaha.

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.