FOLLOW ME

Monday, May 30, 2011

Hadis berkenaan tenang dalam solat


Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solatmu kembali kerana kamu belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solatmu kembali, kerana kamu belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian.
Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutuskan mu dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu kerana itu ajarkanlah kepada ku."
Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."
-Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0435-

No comments: